Bab 3

102 6 4
                                    

Ah! akhirnya cuti semester sudah tiba. Masa yg selalu didambakan oleh semua pelajar kolej. Aku memulas tombol pintu bilik asrama ku lalu menghempas beg ke katil double decker ku.

"Aduhh! Ari! sakit la kau bwk batu ke apa?"


"Eh! laa aku tak prasan la kau baring situ. sorry weh aku nak cepat ni."


"Kau nak cepat gi mana, dating eh? aku bagi tahu mak kau."


"Eh bukan lah nak dating , sapa jela pandang aku ni? dahla kulit gelap banyak jerawat gigi rongak pula."


"Eh kenapa cakap macam tu tak baik la. kau ni Allah tu da cipta hamba dia cukup sempurna cuma kau je nafsu lebih nak yang lagi cantik kalau boleh."


"Eh kau ni nak ceramah aku pulak, baik kau kemas tempat tidur aku tu. Amboi sedap tidur eh, cepat kemas aku nak balik rumah ni."

Tanpa memanjangkan perbualan aku bersama rakan sebilik ku, menolong aku mengemas cadar dan bantal-bantal. Peraturan di asrama ini apabila cuti semester bermula semua penghuni asrama perlu mengemas katil mereka dan membawa pulang semua barang mereka ke rumah, tidak sama dengan segelintir asrama dimana mereka dibenarkan untuk meninggalkan barang mereka dan masih menghuni bilik yang sama untuk semester akan datang. Aku mengambil beg tarik ku untuk mengisi segala barang yang ada di almari aku. Sudah ku tahu aku perlu bawa pulang barang-barang ini habis separuh barang ku sudah dibawa pulang dua bulan lalu. Ya aku sudah lama tidak pulang ke rumah selama dua bulan selepas berpindah ke rumah baru.

"Cik Arisa ya?"


"Ya saya."


"Oh nak ke taman cempedak ya?"


"Ya betul."

"Taman cempedak ni yang diluar pagar eh?" 

seloroh seorang lelaki separuh tua yang sedang membawa ku pulang. Aku menaiki grab untuk pulang ke rumah. Hal ini kerana ia lebih murah berbanding teksi yang bermeter. Keluargaku pasti terkejut apabila melihat diriku kerana kalini aku pulang tanpa pengetahuan mereka. Kasi mereka terkejut hehe.

"Terima kasih pakcik!"


"Sama-sama dik"


Aku menarik beg tarik ku dan menjinjing bantal peluk ku yang dibeli oleh Ibu.

"Assalammualaikum!"


Eh, tiada orang dirumah. Aku heran. Aku menutup pintu rumah ku lalu masuk ke bilik ku. Aik! bersih amat. Selalunya bilik ku akan bersepah dengan barang kakak, tetapi sebaliknya yang terjadi. Aku menyandarkan pintu bilik dengan barangku. Aku ke bilik Mama dan Abah. Berkunci dan bermangga. Aik! sejak bila boleh berkunci dan bermangga ni. Aku makin gelisah. Aku ke dapur. Bersih tiada pingan kotor. Bahkan tong sampah turut kosong. Aku membuka peti ais. Kosong hanya air botol mineral.
Aku terpingga. Memikir kemana mereka semua. Aku yang hendak mengejutkan mereka tiba-tiba aku yang terkejut.

*Ringgg!* telefon berdering


"Hello?"

"Ah Arisa, awak tengah free ke sekarang? jom kita makan tengahari? nak?"


"Tapi Farry sekarang dah nak senja. Awak ok tak ni?"


"Eh yeke sorry saya sibuk di ofis tadi sampai lupa makan tengahari hehe so macam mana? dinner with me? saya ambil awak di rumah?"

PindahWhere stories live. Discover now