Bab 8

74 5 1
                                    

Pagi yang aman. Aku menyelak langsir bilik. Angin sempoi-sempoi bahasa. Burung berkicauan. Aku membuka tingkap. Pokok-pokok bunga ditaman berwarna-warni. Sungguh indah. Aku pun bersiap untuk ke suatu tempat. Rumah aku kosong. Tiada kelibat manusia. Mungkin mereka ke rumah saudara. Aku membancuh air milo panas. Dihirup perlahan-lahan air itu. Melihat jam di dinding. Aku segera mengemas dapur dan menutup semua plag eletrik. Mengunci pintu rumah. Lalu ke stesen bas. Menunggu bas 150 ke arah pusat bandar. Bas sampai lalu aku naik dan duduk di tempat paling belakang kegemaran ku. Sepanjang perjalanan aku merenung ke tingkap. Usai sampai didestinasi aku inginkan aku pun turun. Berjalan la aku selama 20 minit ke tanah perkuburan lama di teratai indah. Aku memberi salam kepada penjaga disitu. Lalu aku mencari kubur seseorang yang aku cintai. Kuburnya sudah kering tidak disirami. Aku mendekati diri ku ke kubur itu dan duduk ditepi batu yang tersedia. Aku membuka telefon pintarku dan membuka surah Yassin. Usai membaca surah Yassin, aku menyiram air botol ke seluruh tanah. Aku memandang tanah itu sayu lalu aku menoleh untuk beredar. Aku terdengar suara halus memanggil nama aku. Aku terus berjalan.

*Ringg*

"Ari, awak katmana kenapa keluar tak bagitahu?" ujar Farryshah.

"Sorry Farry, saya kat luar ni nanti nak balik saya bagitahu"

"Tak boleh Ari, Abah suruh saya jaga awak! Awak kat mana ni? Saya ambil sekarang!"

"Hmm, saya kat taman perkuburan teratai indah."

"Ok tunggu saya datang tau."

Aku mengeluh berat. Aku menunggu Farry diluar Kawasan kubur lalu aku menoleh kearah kubur yang aku lawati tadi. Mengingatkan kepada aku memori manis kami. Mata mula ditakungi air mata. Aku memujuk hati aku untuk melupakannya, tidak elok kita merapati orang yang telah pergi. Aku masih ingat waktu itu, aku masih bersekolah. Si Arwah datang kepada aku seraya meminta kepada aku tips untuk memujuk perempuan. Aku ketawa. Kasihan dirinya, baru belajar bercinta datang pula pada salah orang. Berbagai tips memujuk perempuan aku berikan kepadanya namun semuanya lebih kepada beri makanan kerana aku kuat makan juga ketika itu. Satu per satu petua didengari dengan teliti olehnya membuatkan aku terasa sedikit suka padanya namun aku sedar dia cuma anggap aku sebagai kawan baiknya. Perkenalan aku dan dia tidak begitu lama kerana selepas itu dia didiagnosiskan menghidap kanser kerana kekurangan darah putih.

*Ping!

Kereta Farry berhenti dihadapanku. Aku membuka pintu lalu masuk ke dalamnya. Kelihatan muka Farry sedikit bengang dengan tindakan aku tadi. Lantas aku meminta maaf kepadanya. Kemudian dia pun memahami aku dan menanyakan kemana aku mahu pergi. Aku meminta dia membawaku ke taman yang dahulu nya tempat aku lepak bersama rakan-rakan sekolah ku. Sampai disana, Farry meletakkan keretanya lalu mengikutku. Aku mengajaknya duduk di kerusi yang tersedia.

"Farry, awak pernah suka sesiapa tak?"

"Mestilah pernah."

"Sekarang pun pernah?"

"Hehe, ada lah. Kenapa?"

"Saja. Tapi saya harap orang yang awak suka tu bukan saya." Senyumku.

Farry kehairanan. Aku mengamati suasana ditaman. Menghirup udara yang segar. Terlalu banyak perkara aku mahu luahkan namun aku tak terdaya. Aku tahu dihati kecil Farry dia ada perasaan terhadapku. Tapi aku menolak, cukup apa yang pernah berlaku 2tahun lalu memberi pengajaran kepada aku bahawa cinta tidak selalunya indah. Telefon aku berdering.

"Hello?"

"Hello ni Ari kan? Sorry kacau awak ni saya Hana."

"Oh, Hana. kenapa ye?"

"Awak balik bila ye? Sebab saya takut sorang-sorang dibilik sejak awak ada kes kemarin tu. Saya segan pula tidur lama-lama bilik kawan saya yang lain."

"Oh yeke, petang ni saya balik da. Jangan risau tau."

"Alhamdulillah, nanti awak da sampai call saya tau."

Aku mengiyakan kata-kata Hana dan menamatkan perbualan dengan salam. Farry memandangku seraya berkata

"Ari kan baru balik kemarin, tak kan hari ni nak balik dah?"

"Farry, Ari banyak esaimen dengan presentation tak siap lagi, lagipun Ari balik bukan ada siapa-siapa pun di rumah."

Dia mengangguk perlahan walaupun dia masih cuba memujukku untuk rehat lebih lama namun apakan daya, aku ini degil orangnya. Petang itu setelah bersiar-siar ditaman, Farry hantarkan aku ke asrama aku dengan berat hatinya. Aku sungguh bersyukur kerana tuhan hadirkan Farryshah ke dalam hidupan aku. Dia saja selalu mengambil berat tentang diriku. Aku tahu keluarga ku sibuk dengan hal masing-masing, aku faham dan aku sudah biasa bersendirian.

"Ari kalau ada apa-apa call Farry cepat tau!"

"Baik, abang." Senyumku.

Tersipu malu Farry dengar panggilan itu.

PindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang