Bab 15

73 3 2
                                    



"Kita tak boleh biarkan ni Ari. Bende ni makin melampau." ujar Hana kelihatan serabut memikirkan masalah yang melanda Ari.

Aku turut bersetuju dengan Hana. Ikutkan hati dan keadaan aku sudah tidak larat. Badan aku saja penuh parut. Aku akan rasa badan aku lebih berat dan lemah ketika azan berkumandang. Aku sudah syak mungkin ada yang menghantar 'barang' kepada aku atau mungkin juga saka keturunan keluarga aku mencari tuan baru. Aku juga pernah terdengar perbualan makcik sedara aku berkaitan ini. Malah ada diantara mereka mendapat simptom-simptom pelik seperti saka itu memilih mereka. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala atau tikus. Kadangkala gigi berlaga pada waktu tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Mimpi jatuh dari tempat tinggi. Aku yang dengar pun terasa seramnya. Tetapi tidak pula aku mengalami perkara itu. Hairan.

"Ari, apa kata dalam masa cuti yang berbaki ni kita pergi berubat nak?"

"Tapi family aku suruh cuti sem baru pergi."

"Halah lama sangat la Ari nanti lagi bahaya. Jom jelah kita dua je."

"Kau gila ke Hana?"

"Abis tu kau nak macam ni sampai bila? Takde-takde lepas zohor ni kita terus pergi berubat. Aku drive."

"Eh mana datang keretanya?"

"Jangan la noob sangat. Kereta sewa mana-mana tu berlambak. Takpe aku bayar."

Oleh kerana kesungguhan Hana itu buat aku terharu. Aku akur dengan keputusannya namun aku bayar juga separuh dari kos ke sana. Kelihatan Hana ralik dengan telefon pintarnya. Mungkin sedang berkompromi dengan agensi kereta sewa itu. Aku masih pegun disitu memikirkan pusat rawatan Islam mana yang bagus. Sedang aku mencari tempat itu di dalam telefon pintar, Hana menyapaku

"Jangan risau Ari, tempat tu aku dah tahu dekat mana sebab tahun lepas kawan ayah aku ada ke sana. Dia kata dia elok sembuh lepas berubat."

"Dekat mana?"

Pukul 2 petang.

Aku dan Hana berada di pagar asrama menunggu kereta sewa sampai. Aku ada juga mengatakan mengapa tidak menggunakan aplikas 'greb' saja lebih mudah. Hana risau kita balik tiada pemamdu mungkin dua tiga pagi baru habis berubat. Situ juga kurang pemamdu 'greb' beroperasi kerana jauh dari pusat bandar. Kereta Perodua Axia putih memakir dihadapan kami. Tuan kereta menyapa Hana dan berkata-kata mungkin saja memberi pesanan. Selepas itu, kami pun masuk ke dalam kereta. Aku meletakkan beg berisi baju dan sedikit kudapan agar persediaan untuk perjalanan jauh. Kelihatan Hana sedang menetapkan alamat didalam aplikasi 'wazi' untuk memudahkan perjalan ke sana. Aku melihat alamat tersebut.

"Pusat Rawatan Darusshusna Kampung Melayu, Perak ...Makaih! Jauh nya Hana! Kat Perak!"

Hana ketawa. Dia bersungguh menyakinkan aku bahawa pusat rawatan itu benar-benar membantu. Aku pun mengangguk lemah kerana masih terkejut melihat alamat itu. Tetapi boleh juga kami berjalan-jalan melihat pemandangan. Aku terpana melihat kesungguhan Hana dalam membantu aku. Semoga Allah menjaga baik persahabatan ini. Sepanjang perjalanan itu kami berbual pasal belajar, keluarga, dan juga masa depan. Hana kata dia mahu melancong ke seluruh negara lalu aku pun mempersoalkan tentang kehidupan perkahwinan kerana cara dia bercerita, tiada langsung menyentuh isu percintaan. Dia kata dia serah pada keluarganya saja kerana dia hanya mahu fokus pada kerjaya dan impian melancong. Wah, ada juga perempuan berfikiran begini. Biasanya perempuan lebih memikirkan ke arah perkahwinan saja dan tidak berhenti-henti cerita pasal 'pakwe' mereka. Kadang sebab ini jugalah aku kurang rakan perempuan kerana aku tidak suka asyik menyoalkan perihal jantina bertentangan dengan aku. Aku lebih kepada pemikiran yang rasional dan realiti. Aku kagum dengan pendirian Hana.

PindahWhere stories live. Discover now