Aku mulakan nafas baru aku dikampung halaman selepas apa yang berlaku. Aku tahu langkah aku penuh dengan ego. Tetapi jika kau ditempatku mungkin kau akan buat yang sama. Jauh disudut hatiku sedih untuk meninggalkan semua ni dengan secara tiba-tiba. namun apakan daya itu yang aku mahukan.
Keluarga aku akur dengan keputusan aku. Mereka menghantar aku pulang tinggal bersama nenek ku. Beberapa bulan kemudian mereka membuat keputusan untuk pindah berdekatan rumah nenekku. Ya, pindah buat selamanya. mereka juga bukan muda lagi. masing-masing sudah capai umur berpencen.
Hubungan aku dan farry aku tinggalkan. Tetapi aku tahu dia masih mencintai dan menunggu aku. Dia masih berhubung dengan keluarga aku. Aku cuba melupakan diri dia. Betul tiada siapa mampu mengantikan cinta pertama aku, Arwah Danny. Untuk segala perbuatan yang Farry telah lakukan pada aku, aku maafkan. Namun parut dihati masih kekal. Pintu hati aku seperti disemen ditutup rapat. tidak mampu lagi aku menerima siapa-siapa. Mungkin akan berpanjangan hingga entah bila. Buat masa ini biarlah aku menyepi dan fokus pada cita-citaku.
Selepas habis pengajian diploma aku, aku mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan disebuah pasar raya dikampungku. Jadi rutin harian aku sudah lain. Pagi aku akan bangun, mandi dan solat berjemaah bersama nenek ku. Alhamdulillah nenek aku masih larat dan bertenaga. Aku lebih gemar memanggil nenekku sebagai wan. Biasa lah aku ada darah pahang. Itu merupakan identiti orang berdarah pahang. Lalu, aku akan menolong wan membuat sarapan dan bekal untuk aku pergi kerja. Kami akan bersarapan bersama. tidak lama kemudian aku berangkat ke tempat kerja. Wan aku pula akan mula aktiviti dia dikebun belakang rumah. menjaga bunga dan sayur-sayur. Dia gemar sungguh begitu. Aku tidak la risau dia bukan keseorangan. mujur ada kawannya di rumah sebelah menemani. mereka berkongsi minat yang sama.
Alhamdulillah aku punyai ramai kawan ditempat kerja. ada juga yang mahu mengorat tapi dibiar sepi. aku cuma menganggap sebagai kawan. Teori aku mengatakan apabila gadis bandar pindah ke kampung mereka akan lebih diburu oleh jejaka disini mungkin mahu meningkatkan 'market' mereka. Halah, seperti rakyat malaysia berkawin dengan mat salih sudah tentu orang pandang tinggi. begitu la terjadi disini. tetapi aku tahu, masa aku tidak lama disini. sekadar mengisi masa lapang.
Cukup saja pukul 7petang, aku pulang dengan motor ex5 ayah aku. walaupun rumah mak dan ayah tidak jauh namun aku tetap pulang ke rumah wan. aku tidak mahu dia keseorangan walaupun dia tidak kisah. Ibu dan ayah aku akan ke rumah nenek untuk memasak makan malam dan makan bersama. Namun masih terasa kurang apabila kami makan bersama. Kakak aku. dia berhijrah ke singapore kerana mendapat peluang pekerjaan disana. kami berbangga dengan dirinya. itulah rutin harian aku. tipulah tidak rindu akan bandar kuala lumpur. mungkin ada rezeki nanti kami ke sana lagi.
~~
Sebelum ini aku kata aku tidak lama disini kan? ya, aku mengambil keputusan untuk menyambung lagi pendidikan aku. keluarga aku yang menyarankan kerana dia tahu diploma saja tidak cukup lagi-lagi dengan kos yang ambil sebelum ini. Rezeki aku datang awal. Selepas raya puasa, aku sudah mula menyambung pengajian sarjana muda di johor. Aku amat gembira kerana dapat menyambung pendidikan aku namun aku pula perlu berhijrah jauh dari keluarga. Pahit namun harus ditelan. aku pun mula membuat persiapan satu persatu untuk merantau disana.
Bulan raya puasa merupakan bulan yang digemari ramai orang termasuk aku. Suasana kali ni sungguh meriah. mana tidaknya rumah aku dan nenek dihurung sanak saudara. tidak cukup bilik dirumah wan? rumah aku ada. Pagi itu semua lelaki berkejaran ke masjid untuk menunaikan solat raya puasa. Perempuan pula bersiap dan kemas rumah untuk meraikan sanak saudara lain yang hendak datang ke rumah. Aku lebih gemar orang datang ke rumah walaupun penat melayan tetapi sungguh berbaloi. aku dapat rasakan keakraban bersama mereka

ANDA SEDANG MEMBACA
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.