"Farry hari ni cuti kan? jom kita pergi pantai mana-mana yang dekat?"
"Boleh jugak, lama tak ke pantai."
Aku pun ke dapur membuat bekal untuk berkelah di pantai. Aku hanya menyediakan sandwich dan air sirap saja untuk ke sana kerana aku risau makanan disana mahal jika dibeli. Aku pun ke bilik untuk bersiap manakala Farry sudah ke kereta untuk memanaskan enjin keretanya.
Langit biru cerah tanpa awan. Cuaca amat memberi kerjasama pada diriku. Panorama yang sungguh nian sekali. Aku menuruni kereta dan menutup pintu kereta. Farry mengeluarkan bakul dan tikar dari tempat duduk belakang. Kami pun berjalan menuju ke pantai sambil mencari tempat untuk berkelah. Terlihat ada sudut dibawah pokok kelapa rendang yang redup sesuai jikalau kami bersantai disitu. Farry melebarkan tikar seluasnya dan aku mengangkat bakul dan duduk diatas tikar bersama bakul itu. Sungguh sempoi-sempoi bahasa angin disini. Rasa sejuk yang boleh menghilangkan rasa penat lelah yang terpekung didadaku.
"Ari tak nak mandi ke?"
"Tak, Ari nak hirup udara je. Kenapa Farry nak mandi pergi lah Ari ada je disini. "
" Eh tak lah, mana boleh tinggal awak seorang saja sini bahaya."
Ujarnya sambil menghirup air sirup bandung yang dibancuh oleh ku dirumah tadi.Tidak lama selepas itu Farry berlalu pergi ke air pantai. Aku membenarkan dia kesana kerana dia kelihatan seperti mahu sekali bermain air disana bersama kanak-kanak yang lain. Farry kelihatan sungguh comel. Aku teringat bisikan yang aku dengar saat aku menanya padanya tentang perasannya pada diriku. Farry, kau sungguh baik. Kau layan aku sangat baik. Namun, aku tidak mahu mengambil risiko. Siapa saja lah mampu bertahan dengan diriku ini. Bahkan dengan diriku ini saja sudah banyak perit jerih yang aku lalui. Aku tahu semua orang dilahirkan berbeza dugaan dan cabaran. Namun, hakikat yang perit perlu dia tahu bahawa aku amat berbeza daripada orang lain. Apa yang lain? Ye aku lain. Umur ku 19 tahun tapi aku sudah ada lebih dari 10 bekas kekasih? Takjub kan? Setiap dari mereka hanya bertahan tidak sampai sebulan bahkan ada yang hanya kekal selama dua minggu. Bukanlah aku mahu cerita bahawa betapa playgirl nya diriku ini dan aku pula bukan mahu menyalahkan mereka juga. Biasa la umur masih muda dan mentah kalau bisa semua benda kita mahu miliki. Apa yang aku boleh katakan sejak aku memasuki ke kolej, aku sudah mula menampak tanda-tanda aneh pada diriku. Aku kini sudah berada disemester yang keempat dan yang kelima adalah semester terakhirku. Pelbagai onak duri yang aku lalui sepanjang berada dikolej. Dan apa yang aku boleh kata aku makin teruk. Apa yang teruk?
"Ari! Awak termenung apa tu? Hehe"
"Farry jangan la baling air ke sini! Habis basah makanan saya buat ni! "
"Hehe sorry! "
Aku menghulurkan tuala kepada Farry. Dia mengelap rambutnya dengan penuh bergaya seperti model shampoo. Lalu dia ke tandas untuk menukar baju. Aku pun mengemas bekal makanan dan minuman. Aku mengulung tikar walaupun angin meniup amat kuat hingga menyukarkan aku mengulung tikar. Farry datang ke arah aku dan mengambil bakul dan tikar ditangan aku. Kami berjalan ke kereta. Dia kelihatan begitu ceria dan ia membuat aku tersenyum.
"Ari, esok family Ari balik Malaysia kan? "
"Ari tak pasti mungkin ada hal yang tak settle lagi ke? Kan? "
Farry mengangguk lemah. Aku langsung tidak meletakan harapan yang tinggi kerana aku tahu mereka akan pulang bila mereka rasa hendak pulang. Aku sudah terbiasa di 'biar'.
"Farry, esok Ari dah nak balik asrama so boleh tak hantar kan? Hee"
" Boleh sayang untuk awak apa-apa pun boleh"
"Farry jangan la panggil Ari macam tu malu lah"
Ketawa kecil Farry sambil menukar siaran radio. Aku melihat keluar tingkap. Pemandangan pantai yang bakal aku rindui. Aku amat bersyukur Farry ada menemani aku.
"Farry nanti Ari masuk belajar, Farry macam mana? "
"Macam tu jelah, tunggu Ari balik lagi"
"Alah, jangan la buat cerita sedih Farry orang tanya elok-elok ni"
"Ye betul, macam biasa lah pagi pergi kerja malam rehat tidur dan bersambung tunggu awak balik. "
"Tapi Ari mungkin tak balik, sebab Ari dah semester akhir mesti banyak projek akhir yang kena siapkan"
"Takpa lah, Farry datang kolej Ari kita makan malam kejap ke."
Aku hanya mampu tersenyum. Aku mula berasa Farry sayang benar pada diriku. Bagi aku Farry juga senasib dengan diri aku. Cuma dia dilahirkan kaya berbanding aku. Aku dan dia jarang berjumpa keluarga sendiri dan banyak masa hanya bersendirian. Namun, dia juga banyak kawan lelaki jadi tidak begitu rasa keseorangan. Farry kalau kau tahu diriku sebenar apa reaksi kau.
YOU ARE READING
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.