Aku merenung paparan skrin besar ketika rakan sekelas aku asyik membentangkan projek mereka di dalam kelas namun aku tidak mampu menumpukan perhatian terhadap apa yang dibincangkan. Aku masih terfikir apa yang ustaz dan ustazah berkata pada aku dan hana. Emosi aku kurang stabil mengenangkan hal ini. Aku melihat jam. 4.50 petang. Aku melihat telefonku. Tiada notifikasi. Aku mula terfikir untuk berjumpa dengan keluarga aku tetapi mereka seperti sibuk saja. Tempoh aku menghabiskan belajar juga berbaki beberapa minggu saja. Banyak benda aku kena fokus tetapi hal ini saja mampu mengacau emosi aku.
Farry, busy ke?-Ari
Kenapa Ari? Okay takni?-Farry
Tahla Ari tak dapat nak fokus satu apa pun.-Ari
Ari mungkin penat study ni. Nanti habis kelas rehatla.-Farry
Ari makan apa malam ni?-Farry
Mee segera je.-Ari
Malam ni makan dengan Farry la nanti lepas balik kerja Farry jemput k. Dah lepas kelas rehat tau nanti Farry da sampai Farry call.-Farry
Aku merenung kata-kata Farry. Buat aku tersenyum. Dia amat baik kepada aku. Aku mengaku aku mulai jatuh cinta padanya tapi sebolehnya aku menidakkannya. Yelah, aku ni apa je ada. Belajar pun tak habis lagi. Kerja? Jauh sekali. Pandai habiskan duit mak bapak jela. Kelas aku berbaki 10 minit tersia begitu saja dengan menung. Aku mengemas beg dan beredar keluar dari kelas. Perlahan-lahan aku berjalan. Ambik feel habis kelas kata kan. Tiba-tiba aku nampak Hana. Dia juga baru habis kelas tengah kemas-kemas beg. Aku pun masuk menuju ke dia. Mukanya agak tegang mungkin stress.
"Kau ok takni?"ujarku.
"Eh, Ari. Biasalah haha aku taktahu apa aku buat tadi weh."
"Kau pikir pasal tu gak ke?"
Dia mengangguk. Tidak aku sangka hal ini beri impak juga dekat Hana. Dia kata dia risaukan aku. Aku faham. Tetapi sebesar mana pun ujian Allah beri kepada kita, dia tahu yang kita mesti boleh hadapinya walau apa pun. Aku dan Hana pun ke cafe untuk membeli makan malam. Aku hanya menemani dia saja kerana aku bilang yang aku keluar bersama Farry. Sementara menunggu dia membeli makanan aku termenung. Aku rasa rindu dengan keluargaku. Aku rindu masakan ibuku. Aku rindu suasana gelak ketawa kami bersama. Kini peluang sebegitu agak tipis. Kakak aku kerap kali bekerja jauh. Ibu aku sibuk dengan kerjanya hinga lewat malam baru pulang. Ayah aku pula kian sibuk menguruskan hal rumah dikampung. Aku tidak mahu menyalahkan takdir tetapi aku redha. Ini lah jalan kehidupan aku yang mungkin nampak sepi tapi sebenarnya indah jika pandai mengaturkannya. Hidup ini jangan diikutkan emosi dan nafsu semata.
"So Ari, pasni kau nak buat apa?"Hana menanya membuat aku pecah dalam lamunan.
"Aku nak kena cari punca dia lah."
"Abistu, kau tanak cakap kat family kau pasal ni?"
"Janganlah dulu. Banyak bende aku kena pikir hana."
"Tulah kau pun last sem dah. Berapa minggu je lagi haa. Bersabar eh." ujar Hana sambil mengurut bahuku.
Malam itu aku berbual dengan Farry seperti biasa. Dia menceritakan hal ditempat kerja dan segala lelahannya. Aku pula bercerita tentang kerinduan aku dengan keluargaku. Aku masih bersyukur apabila Farry sentiasa ada untuk aku. Dia seperti kawan yang hadir mengindahkan kehidupan aku yang suram. Dia pun mengatakan sejak kehadiran aku dalam hidupnya dia berasa tidak keseorangan.
"Farry nak dengar cerita tak masa Ari sekolah menengah dulu?"
"Boleh jugak tu alang-alang tunggu makanan sampai."
"Okeh..
Dulu kan family Ari tak stabil lagi so kitaorang kerap pindah rumah. Time tu Ari baru je pindah dekat sekolah tu. Situ semua best-best. Paling Ari suka makanan kantin. Hee. Ari cuma nak cerita yang Ari terkenang dekat sorang kawan Ari ni. Nama dia Danny. Dia baik, semua orang dekat sekolah minat dia. Danny dengan Ari kenal tanpa diduga. Masa tu Ari tengah sedih sebab kucing Ari mati. Dia datang dekat Ari bagi tisu pastu dia small talk nak kasi Ari tak nangis. Saat tu Ari bersyukur sangat Danny ada. Sejak dari situ kitaorang mula berkawan. Lama-lama tu muncul pulak cinta antara dia dengan Ari. Tapi pada mulanya Ari menolak sebab Ari tahu kitaorang budak lagi and dia pun ramai minat kat dia. Dia faham tapi entah macam mana ada orang tahu yang kami ni saling suka. Ini lah padahnya. Parut 11. Dorang benci kat Ari. Ari pernah tengah masak-memasak dekat bilik ERT time tu cikgu pergi mana tah. Dorang pegang tangan Ari. Dorang toreh tangan Ari dengan pisau yang dorang baru pakai potong cili. Bila cikgu masuk bilik tu. Salah sorang curah air panas kat tangan Ari. Depan cikgu dorang kata terlanggar. Ari terus gi hospital. Esoknya tangan berbalut. Tapi parut tu still ada sampai sekarang. Tapi Ari tak cerita pun dekat Danny. Dia tengah fokus pertandingan dia. Ari bersabar je. Ikutkan banyak je Ari kena buli tapi Ari still bersabar. Tapi tak lama lepas tu, family Ari dekat kampung ada hal. Kitaorang kena pindah and duduk situ. Berat hati nak tinggalkan Danny. Tapi tulah last Ari jumpa dia, Ari terpaksa cerita semua yang Ari lalui. Dia marah, nangis semua ada. Tapi apakan daya benda da jadi. Hubungan Ari sampai situ jelah."
Aku tidak sangka pula Farry akan beremosi sebegitu sekali. Terbit air mata jantan dia apabila mendengar kisah aku. Aku ketawa kecil melihatnya. Elok saja makanan pun sampai. Kami pun makan.
"Kenapa eh perempuan sanggup tahan semua yang jadi dekat dia?" ujarnya.
"Sebab sayang lah.." kataku seraya senyum padanya.
"Kalau adik Farry ada lagi mungkin dia sebaya Ari. Lama dah Farry rekemen kat Ari."
"Eh kesitu pulak. Dah-dah makan."
Habis saja makan, Farry bawa aku pulang ke asrama. Aku berterima kasih kepadanya kerana belanja aku makan. Dia tersenyum. Dia juga suruh aku call dia jika aku masih tidak mampu fokus bila aku belajar. Aku mengangguk memahaminya. Setelah melihat keretanya beredar dari kawasan asramaku aku pun naik ke bilik.
Kelihatan Hana tidur dimeja belajarnya. Aku mengejutkannya menyuruh tidur dikatil. Dia akur. Aku mengemas mejanya tanpa disuruh. Aku melihat jam sudah pukul 10 malam. Baiklah aku berehat saja lagipun semua kerja aku sudah siap. Aku menuju ke katil Hana. Selimutnya aku tarik menutup dadanya. Kesian penat sungguh mukanya. Aku juga mengemas katil bawah dengan mengambil bantal dan selimutku diatas kerana aku terasa mahu tidur dikatil bawah. Suis lampu ditutup. Aku menyelimut diriku. Loceng ditelefon ditetapkan. Aku pun menaip sesuatu.
Terima kasih kerana sentiasa ada untuk Ari. Selamat Malam Farry.-Ari
Pejam celik pejam celik minggu ini merupakan minggu terakhir aku bersama Hana. Hari ini aku tiada peperiksaan jadi aku menolong Hana mengemas barang-barangnya. Ketika menolongnya teringat pertama kali aku mengenalinya. Begitu sombong aku padanya tetapi sekarang dia lah paling rapat denganku. Cadar tilamnya aku cabut perlahan.
"Ari nanti dah abis belajar ni nak buat apa? Kerja?" ujar Hana.
"Tak, Ari sambung Degree nanti. Hana sem depan da tak jumpa Ari kan." kataku mulai sebak dihujung.
"Ari jangan la nangis. Takpelah lain kali kita boleh contact ke jumpa." Hana juga sebak dengan kataku.
Alhamdulillah semenjak aku berubat di Perak, aku tidak lagi digangu malah amalan zikir dan al-quran aku pertambahkan dengan nasihat ustaz dan ustazah disana. Hana banyak menolong aku. Aku banyak berhutang budi dengan dia. Selesai mengemas beg-begnya kami pun menarik beg menuju ke kereta ayahnya. Keluarga mereka juga sudah kenal aku. Semua pasal aku mereka sudah tahu. Aku bagai anak mereka juga. Mereka ajak aku pulang ke rumah mereka bila aku ada masa lapang. Aku mengangguk saja. Aku pun bersalam dengan ibu Hana. Aku menyalam tangan Hana dan memeluknya. Pelukan aku diiratkan lagi oleh Hana. Dia berat hati meninggalkan aku. Aku tersenyum.
"Ari aku pergi dulu tau. Apa-apa kau call je aku tau." ujarnya
Aku mengangguk lemah seraya menggelap air mataku. Kereta avanza hijau berlalu pergi. Perlahan-lahan aku melangkah dengan hati yang hiba. Ini lah perasaan perpisahan yang perit aku pernah rasa apabila kau benar ikhlas berkawan antara satu sama lain. Namun aku harus hadapi semua ini dengan penuh kesabaran. Tidak mengapa aku tidak pernah keseorangan. Allah kan ada.
YOU ARE READING
Pindah
ParanormalMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.