Bab 12

75 3 4
                                    

30 minit terakhir. Kertas 5 helai diselak satu persatu ditenung dengan teliti. Segala ilmu habis aku curah disitu. Masa masih berbaki. Aku melihat kembali soalan. Tidak begitu susah namun bukan mudah untuk mengoreng. Aku mengeluh. Aku rasa sudah cukup banyak aku ulangkaji tapi masih rasa tak mampu dapat markah penuh. Aku cuba mengingati satu persatu formula dan hujah-hujah untuk ditulis. Pen mulai dipicit kembali. Aku menambah jawapan aku dengan penuh yakin. Untuk beberapa ketika, pensyarah sudah mengarah untuk berhenti menjawab. Aku akur. Pen dipicit lagi, segala alat tulis ku susun tepi berjauhan dengan buku jawapan. Buku jawapan diambil dan berlalu pergi bersama pensyarahku. Hanya tawakal sajalah selepas berusaha. Aku pun menolak kerusi meja peperiksaan lalu keluar dari dewan peperiksaan. Ramai kelihatan lega dan lenguh tangan akibat 3jam menjawab kertas itu. Ada juga yang mengigil kerana dewan yang sungguh sejuk. Kawan sekelasku semuanya menyapa diri mereka menanya tentang cara mereka menjawab kertas tadi. Aku juga turut ditanya oleh mereka. Setelah itu berpusu-pusu kami ke asrama masing-masing untuk mengemas barang mana tidaknya cuti pertengahan semesta sudah bermula. Tersenyum mereka apabila membayangkan suasana dirumah dengan masakan ibu yang menunggu mereka pulang. Ada juga yang sudah membeli tiket pulang awal seminggu terutama untuk mereka yang rumah jauh seperti di kedah mahupun Johor.

" Ari, Hana dah nak balik ni. Ari betul tak nak ikut hana balik rumah? Situ lagi meriah kalau Ari ada." ujar Hana.

" Takpelah Hana. Ari ok je. Nanti Hana nak balik asrama bagitau Ari tau." balasku.

Hana seperti berat hati meninggalkan aku kerana dia tahu keadaan aku bagaimana. Keluarga aku sibuk belaka. Tetapi aku tidak kisah sebab terbiasa. Aku melihat Hana berlalu pergi. Aku meletakkan beg aku dikerusi. Aku membuka almariku mengambil mee segera. Menekan plug water heaterku. Mengambil mangkuk. Plastik mee segera dibuka. Mee dituangkan dia dalam mangkuk. Air panas dituangkan lalu mangkuk tersebut ditutup bersama pinggan. Aku membuka beg mencari telefon bimbit. Paparan skrin aku kosong setelah dibuka. Aku termenung. Aku masih memikirkan kemana aku mahu pergi selama seminggu ini. Keluhan dilepaskan. Mee segera itu pun aku nikmati sambil memikirkan aktiviti untuk seminggu yang membosankan. Paparan skrin telefon dibuka. Aku pun melihat isu semasa dalam aplikasi 'tuittur'. Banyak gambar kucing saja. Comel. Aku cuma mampu meng'follow' akaun yang berkenaan kucing sebab mahu saja aku membela kucing tapi ... boleh mati kucing tu sebab tiada siapa dirumah. Rumahku ibarat hanya tempat tidur semata sebab itu aku tidak kisah rumahku ada tv ke tak. Sedang aku asyik meng'scroll' aku terlihat ada promosi barang di sebuah pusat membeli belah. Nampak menarik. Promosi untuk hari ini saja. Ciss.

Stesen Harmoni.

Aku melangkah keluar dari gerabak stesen itu lalu ke kaunter penebusan token untuk keluar. Beg yang digalas dibelakang aku betulkan kedudukannya. Agak berat sebab aku membawa sikit pakaian dan laptop serta esaimenku. Aku pun berjalan menuju sebuah pusat membeli belah baru dibuka. Besar tempatnya. Dekorasi bangunan itu sungguh moden dan mewah. Aku pasti barang-barang yang dijual mesti mahal juga. Aku pun bersiar-siar dari satu kedai ke kedai lain. Macam biasa, tengok pegang dan pergi. Haha. Kalaulah aku mampu semua hendak kubeli. Penjaga kedai juga turut memerhati aku yalah aku bawak beg sederhana besar takut-takut aku mencuri. Biasalah kadang orang yang tak bawa apa-apa juga boleh mencuri malah lagi licik. Ketika aku berjalan-jalan dengan penuh asyiknya kelihatan sekumpulan manusia berkumpul ditengah-tengah kawasan lapang. Aku pun mendekati mereka. Wah, ini la promosi yang aku lihat di'tuitur'. Promosi air gula merah bercampur susu segar dan beberapa ketul 'boba'. Minuman itu sungguh terkenal sekarang. Minuman diabetes. Ramai orang beratur panjang kerana harganya yang murah sempena pembukaan kedai itu. Aku menggaru kepala memikirkan mahu cuba atau tidak tetapi melihat mereka beratur panjang dan mesti menunggu lama itu buat aku mengeluh. Stressnya. Aku pun sambung berjalan ke kedai lain. Sedang aku berjalan aku melihat jam ditangan aku. 7.30 malam. Wah berjalan sungguh kau Ari tak reti balik ke? Aku ketawa kecil. Aku pun segera ke stesen harmoni untuk pulang kerumah.

PindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang