Aku mengengam baik kata-kata abah bahawa Farry baik orangnya. Ya betul, dia melayan ku seperti seorang adik kadang-kadang seperti.. Ah tidak mahu aku fikir lebih. Sudah dua minggu aku duduk dirumah bersamanya. Hujung minggu baru bermula. Aku pula sudah kebosanan dirumah bertemankan telefon dan tv dirumah sementara menunggu Farry pulang bersama makanan malam. Bukan apa, aku pandai saja masak tetapi Farry menegah tidak beri aku memasak ketika dia tiada dirumah, risau dapurnya terbakar bukan risau diriku. Ada kala aku menunggu Farry pulang hingga kelewat malam sampai tertidur aku disofa lalu Farry mengangkat ku masuk ke bilik ku. Kadang-kadang juga aku tersedar aku disofa dan dia dibilik ku tidur di atas katil ku. Kurang asam mentang-mentang itu saja katil yang ada dirumah ku. Dari situ hubungan aku dan Farry makin lama makin rapat.
"Ari harini ni kita keluar jom? Bosan la duduk rumah ja. "
"Lah bukan semalam Farry kata nak rehat je ke penat kerja? "
"Alah, itu semalam. Hari ni lain"
"Takpayah lah tadi berita kata hujan lebat petang nanti, duk rumah lah. Kita tengok movie Ari download semalam nak? "
" Habis nak makan apa? "
" Farry, sekarang dunia dah modern la. Kita order jela foodpanda nanti dia sampai kat rumah makanan tu. "
Farry mengangguk. Selesai sampai makanan ke rumah ku. Aku memasang movie yang dijanjikan untuk di tonton. Aku dan dia menonton sambil makan dengan penuh keasyikan.Hujan lebat membasahi bumi. Aku terlena akibat kekenyangan. Aku bermimpi Farry menyelimut tebal diriku seperti sushi lalu memeluk aku seerat yang mungkin. Kami terlena dalam kekeyangan dihadap tv. Aku merasakan Farry memeluk ku sambil mencium dahi ku.
![](https://img.wattpad.com/cover/95179755-288-k460180.jpg)
YOU ARE READING
Pindah
FantastiqueMengisahkan perjuangan Arissa untuk meneruskan hidup walau diuji oleh 'mereka' kerana kesilapannya yang lalu hingga menyeksa dirinya sendiri. namun kehadiran Farryshah memberi dia semangat untuk melawan.