Bab 18

74 4 1
                                    

Aku tidak menyangka aku sanggup buat semua ini untuk kepentingan diri aku. Dia tidak bersalah. Aku kena hentikan semua ini. Kunci kereta dicapai. Enjin kereta dihidupkan. Aku segera ke tempat yang suatu ketika dahulu pernah dikunjungi demi memenuhi dendam kesumat diri ini. Tetapi kali ini aku nekad untuk tamatkan segala penyeksaan pada diri Arissa.

59km aku redah. Hujan panas hingga ke larut malam aku tidak pedulikan. Aku memasuki kawasan hutan di kawasan pedalaman. Pelik. Sunyi. Kedengaran burung hantu berkicauan. Aku memasuki satu kawasan perumahan kampung lama. Aku memberentikan kereta. Hairan. Aku yakin sepatutnya di hadapan kereta aku ini ada sebuah rumah usang. Tetapi tiada. aku memasuki kereta semula. Aku memusingkan kereta keluar dari kawasan rumah itu lalu membawa kereta  sekeliling kawasan perumahan itu untuk mencari rumah tok ganuk.

Sudah hampir 1 jam aku mengelilingi kawasan perumahan itu ternyata tiada. Kemana pula Tok Ganuk pergi. Bahkan kejiranan disitu aku menanyakan mereka sama sekali tidak mengenali siapa itu Tok Ganuk. Perasaan resah kian bercambah. Aku menghentikan kereta ditepi seraya memikirkan cara lain.

                                                                                         ~~~~

Dahulu setelah kematian adik aku, Danny. Aku tidak mampu mengawal emosi aku. Aku tidak bekerja kerana terlalu mengingatinya. Aku menangis. Aku rasa seperti ditinggalkan. Aku rasa aku gagal menjadi abang kepadanya. Aku langsung tidak tahu sakit Danny. Aku mula mengetahui apabila menerima call dari hospital. Itu pun Danny ketika itu sudah tenat. Aku mencari doktor untuk mengetahui keadaan Danny. Sayang sekali, Danny tidak mampu diselematkan. Danny menderita kesakitan terlalu lama tanpa aku sedari. Namun ketika itu aku bodoh. Perkataan terakhir Danny adalah nama Arissa sofea. Sayang benar dia terhadap perempuan itu. Rindu sungguh Danny padanya. Sampai selepas kematiannya aku tidak mampu mengawal minda dan emosi aku. kehilangannya sungguh perit. Sehinggakan saat aku mengemas bilik Danny, aku terjumpa satu gambar didompetnya. gambar seorang perempuan. aku melihat belakang gambar tersebut. Arissa Sofea. Tangan aku mula mengigil. 

BANGSAT ! SEBAB PEREMPUAN NI LA ISHA MATI! ISHA RINDU KAN KAU TAPI KAU MANA? PEREMPUAN BANGSAT! 

Sepanjang minggu itu aku mencari semua maklumat tentang perempuan tu diseluruh bilik Danny. Aku rasa cukup semuanya. Aku bawa jumpa Tok Ganuk. Macam mana aku tahu Tok Ganuk? masa tu aku baru habis mengeluarkan duit  dekat ATM tempat mengisi minyak. Ada seorang atuk tua yang menjual rantai daripada daun pokok nipah. Aku cuba melihat rantai-rantai estetika itu. Atuk itu senyum pada aku seraya menghulurkan satu gelang tangan diperbuat dari daun itu seraya berkata

"Atok tahu kamu sedih, atok boleh tolong.. cari atok."

Dengan api membara aku mencari gelang tangan tok ganuk berikan padaku. ada satu surat kecil. Alamat. Aku segera pergi mencari rumah Tok Ganuk. Aku tahu Tok Ganuk ini mengamalkan kepercayaan yang tidak sepatutnya dari segi reka bentuk gelang pun sudah jelas seperti gelang berhala. aku tahu tok ganuk pakar dalam bab-bab ni. aku nak perempuan tu seksa seperti mana aku terseksa.

                                                                                            ~~~

Aku buntu penat aku mencari rumah tok Ganuk. tiada ketemu. aku cari dia di stesen minyak pertama kali bertemu dahulu. hampa. Urgh Farry, kebodohan apakah kau da buat ni. aku risau aku tak sempat tamatkan semua ini. aku sayangkan Arissa.

telefon berdering.

"Hello .. Farry. awak busy ke?"

"Oh Ari, kenapa?"

"Hm .. saya tak sedap hati la Farry."

"Awak sakit ke? bende tu kacau lagi ke?" aku mula kerisauan.

PindahWhere stories live. Discover now