Bab 19

84 5 1
                                    

Farry sedang berubat dengan ustaz. Kalini pelik sedikit kerana Farry mahu privasi dengan aku sekali tak dapat masuk ke bilik itu. Aku musykil. Kuat sangat ke setan tu sampai tak sanggup bagi aku tengok? Aku sudah lah bosan menunggu ni. Aku pun termenung melihat orang sekeliling buat kerja. Hari ni ramai pula orang. Ada yang kehulur kehilir bawak botol air kosong. Ada yang sudah berubat dengan keadaan pesakit duduk di atas kerusi roda. Sudah seperti Hospital pula. Aku bosan la macam ni.

Ting!

Satu mesej masuk. Hana. 

Ari cane gi sana? dah berubat belum?.-Hana

Tengah berubat tapi aku tak boleh ikut ustaz tu kata.-Ari

Aik? tak pernah-pernah pun berasing. Macam fishy je Ari.-Hana

Kan? aku nak pergi tengok tapi risau aku tak kuat lak kang.-Ari

Apa yang tak kuatnya, ingat tak kau lawan setan tu sebelum kita gi berubat? itu kalau aku da menggigil weh siap terkencing haha. Aku tahu kau kuat.-Hana

Hahaha yela kan. Jap la aku gi tengok.-Ari

Okay pape bagitau sis.-Hana

Aku pun beranikan diri pergi keluar. Perlahan-lahan aku jalan sambil melihat sekeliling. Risau ada yang nampak aku mengintai lagi-lagi ustaz dengan ustazah yang rawat aku dulu. Aku mencari tingkap bilik Farry sedang berubat. Tingkap yang ketiga paling hujung. Ya betul tekaan aku. Perlahan-lahan aku mengangkatkan kepala ke tingkap tapi hanya separuh muka. Cukup sekadar melihat.

Farry sedang terbaring tetapi mukanya dibenam dalam bantal. Ustaz sedang duduk bersila berdekatan Farry sambil membaca sesuatu. Aku tak dapat dengar sebab tingkap tebal sangat. Tidak lama lepas tu kaki Farry melonjong ke atas. Mata aku tidak berkelip. Lutut rasa kian menggigil. Riak tubuh badan Farry memang seakan dipegunakan oleh 'benda' itu. Kemudian Farry bangkitkan muka nya seraya menjerit kearah ustaz.

PEREMPUAN SUNDAL TU TAKGUNA !!! AKU PATUT BUNUH DIA !!! JANGAN KACAU AKU !!! DANNY SELAMANYA UNTUK AKU SEORANG !!! ISHA TU AKU PUNYA !!!

Aku tersentak. Biar betul apa aku dengar ni? aku nampak kelibat yang aku lawan dulu. Dia berada di penjuru bilik. Seperti kepanasan. Tidak henti-henti kelibat itu menikam patung yang dipegang namun yang kian terasa sakit kelibat itu sendiri. Aku melihat keadaan itu dengan perasaan bercampur. Kenapa dia sebut nama arwah Danny? isha tu siapa pulak? aku tak faham. Aku tak sanggup nak meneruskan apa yang sepatutnya aku tidak boleh tengok. Aku pun berjalan ke tempat lain.

Apa benda semua ni? Farry kata sebab kawan kerja dia dengki. Ni alih-alih pasal arwah Danny. Kelibat yang sama pulak kacau aku. AH! serabut otak aku!

Aku pun sedang asyik memikirkan hal ini, aku nampak taman. Tiada kanak-kanak di situ. Aku berjalan ke sana. Aku mencari buaian. Ada. Tidak tinggi tidak rendah buaiannya. Oklah aku pun cuma nak duduk. Mujur cuaca redup. Aku pun duduk dibuaian. Perlahan-lahan aku membuaikan dengan kaki aku.

Farry tipu aku ke? dulu dia bagi tahu aku dia sayang sangat adik dia. Dekat mana pulak aku tercicir ni. Tak faham la. Siapa pulak Isha? Awek dia yang dulu ke? Tak pernah pulak dia bagi tahu. Dulu dia bagitahu aku takda siapa minat kat dia. Haishh. Aku pun termenung.

"Danny, kalau la awak ada lagi. Saya rindu awak. Saya rindu kita. Setiap hari saya ingatkan awak. Payah saya mencari cara untuk lupakan awak. Saya rindu sungguh rindu." air mata terbit dan jatuh ke pipi tidak terhenti.

"Arina Sofea, maafkan saya kerana pergi dulu. Saya tahu awak kuat."

Aku menoleh ke kanan. Danny. Sedang duduk dibuaian disebelah aku. Dia tersenyum. 

PindahWhere stories live. Discover now