Bab 9

75 2 1
                                    


Pukul 7 petang.

Kedengaran bacaan ayat al-Quran dialunkan dari surau asramaku. Aku ke tingkap bilik untuk menutup tirai. Orang-orang tua zaman dulu sering menasihati untuk menutup segala langsir atau pintu sebelum waktu senja untuk mengelakkan dimasuki mahkluk-mahluk 'halus' katanya. Kalau di ikutkan aku itu semua seperti tahyul saja tapi apakan daya, layankan saja dan aku juga tidak mahu nyamuk dari luar masuk ke bilik ku. Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang. Aku mencapai penyapu dihujung almariku dan menyapu lantai bilik. Habuk bagaikan ditinggalkan setahun. Aku menyapu lantai dibawah meja belajarku, terbesin dibuatnya. Sesudah itu, aku ke tengah bilik menyapu disekeliling almariku dan almari-almari yang tidak berpenghuni. Aku kepenatan lalu menyandarkan badan aku pada almari Hana.

*Gedebukk

"Aduh! Aku ingat almari minah ni berkunci." Bebelku.

Aku mengurut siku yang tersentak pada pintu almari milik Hana. Tertarik mataku melihat satu boneka kecil didalam almari itu. Boneka itu seperti patung bayi dibalut dengan kain putih seakan-akan hidup bagi pandangan aku. Aku cuba mencapainya walaupun agak jauh kedalam. Aku perlu mencapainya perlahan-lahan kerana aku risau baju yang sudah dilipat disekeliling patung itu jatuh.

"Ari! Kau da balik?" ujar Hana.

Kepala aku terhantuk didalam almarinya. Aku mengaduh. Cepat-cepat aku mengeluarkan kepalaku dari almarinya dan berpura-pura menyapu lantai. Hana leka membuka tali kasut nya sejurus membuka pintu.

"Aik, asal pintu almari aku terbukak?" katanya.

"La, mana la aku tahu. Tadi aku sapu-sapu patu sandar kejap kat almari kau pastu dia terbukak."

"Eh, aku rasa aku da kunci weh almari aku lepas kau balik ritu. Takpelah ke aku yang lupa kunci." Sambil mengangkatkan bahunya.

"Mungkin lah. Kau ni Hana baru balik dari mana berpeluh bagai?"

"Ouh, aku jogging tadi. Rajinnya kau sapu lantai nanti sapu bawah katil aku skali tau. Aku nak mandi jap."

Aku mengangguk dan memberi isyarat tangan keluar kepadanya untuk memberi laluan aku untuk sambung sapu lantai. Aku pada mulanya bersifat dingin kepada sesiapa yang baru aku kenali, namun apabila mengenali Hana dan dia juga banyak menolong aku ketika aku meracau. Aku rasa berterima kasih kepadanya. Hana merupakan pelajar semester tiga. Kiranya dia junior aku. Aku tidak dapat satu asrama dengan kawan baik aku kerana dia menyambung pelajarannya sebagai pelajar separuh masa untuk semester akhir ini kerana ada masalah keluarga dan wang. Aku memahami keputusannya kerana dia bukan datang dari keluarga yang kaya. Dia juga seperti aku namun aku masih berjuang disini dengan bantuan biasiswa yang ditawarkan di kolej ini.

Aku menyapu sampah dibawah katil ku, disitu paling susah untuk disapu kerana luas dan kosong menyebabkan aku terpaksa membongkok sedikit. Lalu aku sambung menyapu dibawah katil Hana. Kesukaran bertambah apabila terdapat beberapa objek lain seperti botol shampoo, botol soflan dan beberapa kasut diletakkan disitu. Aku terpaksa membongkokkan lagi badan aku untuk menarik sampah-sampah yang ada. Tiba-tiba aku merasakan sesuatu menarik batang penyapuku dengan daya yang kuat. Posisi aku yang bongkok tadi terus mengakibatkan dadaku ke lantai akibat tarikan misteri itu. Aku terkejut segera aku melepaskan batang penyapu itu. Hatiku berdebar-debar. Aku mengurut dadaku. Untuk mengurangkan rasa gelisah, aku memulas tombol pintu bilikku untuk dibuka. Angin kuat melempang diriku hingga aku terlangkah kebelakang sedikit. Aku beristighfar. Membaca ayatul kursi. Aku menyambung tugas aku lakukan tadi. Mujur tiada apa-apa berlaku. Aku duduk dikerusi seraya mencapai telefon bimbitku melihat notifikasi. Kosong. Aku cuba mendail nombor ayahku. Peti suara. Aku cuba mendail nombor ibu dan kakakku. Hampa. Aku meletakkan telefonku ditepi.

*Ringg!

"Assalammualaikum, wahai adik comelku Arissa ini abang hensem memanggil."

"Walaikummusalam, Farry. Geli la eii!"

"Halah apa yang gelinya ke nak Abang panggil Saya..."

"Nape call Ari?"

"Ala dia ni serius sangat, ni Farry kat uma Ari. Family Ari ada ni tengah buat majlis makan-makan macam doa selamat untuk Ari tu dorang takdan nak call Ari balik tadi, majlis pun baru je selesai tapi biasalah borak-borak dengan kawan dorang tu jadi lama."

"Oh yeke.. buat susah-susah je."

Lalu aku pun berbual dengan Farry hingga tidak sedar sudah pukul 11 malam. Aku meminta diri untuk tidur daripada Farry bukan apa dia kalau ajak berborak memang banyak saja ceritanya dan masa juga tidak terasa berlalu mungkin aku sudah selesa dengannya. Keluarga aku juga menyuruh aku memanggilnya abang kerana aku asyik memanggil nama saja. Tidak manis la kerana aku seperti tidak hormat dia. Aku pun agak kekok memanggilnya abang, bukan apa aku pun tiada abang kandung tiba-tiba saja jadi begini.

Mata aku berair disebabkan aku menguap tadi. Aku segera mengemas meja belajarku. Menuju ke katilku. Aku menoleh ke arah katil Hana. Dia sudah lena. Aku pun menutup lampu bilik lalu naik ke atas katilku. Mengibas-gibas bantalku. Lalu aku pun baring dan menarik selimutku.

Pukul 2.25 pagi.

Aku terjaga. Mungkin petang tadi aku makan makanan pedas hingga sakit perut sampai ke malam. Aku pun turun dari katil dan memulas pintu perlahan-lahan risau Hana terbangun dari lena. Aku segara lari anak ke tandas. MasyaAllah apabila dalam keadaan darurat ini tandas sungguh terasa jauh sekali. Sampai ditandas aku pun melepaskan hajat. Mujur ketika aku menuju ke tandas aku melintas bilik pelajar lain dan mereka masih sedang menelaah di meja belajar. Mungkin mereka ada peperiksaan esoknya. Aku pun pulang ke kamarku. Memulas tombol pintu perlahan-lahan dan menguncikannya dari dalam. Ketika aku hendak naik ke katilku, aku memandang Hana. Lasak sungguh habis jatuh kebawah selimutnya. Aku pun mengambil selimut itu lalu menyelimut Hana. Aku pun menoleh semula ke katilku dan memanjat tangga besi double decker itu. Tiba-tiba kaki aku dipegang tapak tangan yang sejuk beku. Kaki ku dipegang kuat dan erat. Aku berdebar. Dengan pantas aku menarik kakiku terus memanjat tangga itu dan menyelimut diriku hingga ke kepala. Kalau Hana sedang tidur, itu tangan siapa?

PindahWhere stories live. Discover now