Episode 4

326 40 0
                                        


Flash Back On

"Kenapa pulak Tae kena kahwin dengan Je In!?" Tanya Taehyung yang tidak dapat menerima keputusan Omma dan Appanya "sebab Omma percaya yang Je In mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk kamu!" Jawab Puan Kim

Manakala Je In pulak hanya mendiamkan dirinya di sebelah Taehyung

"Tapi Omma Tae masih muda lagi lah!! Tae tak pernah pun terfikir nak berkahwin!!"

"Walaupon kamu masih muda tapi tabiat kamu itu yang selalu berganti-ganti perempuan buatkan Appa dengan Omma risau?!! Macam mana kalau nanti berlaku sesuatu buruk disebabkan tabiat buruk kamu ini ha!?" Balas Tuan Kim pulak

"Tapi Appa, Omma!?…"

"Sudah Appa tak mahu dengar apa-apa lagi alasan!? Keputusan kami dah muktamad yang kamu kena juga berkahwin dengan Je In paham!!" Kata Tuan Kim dengan cepat memotong kata-kata anaknya

"Dan Je In kamu setuju kan dengan keputusan kami?" Tanya Puan Kim sambil mengenggam kedua tangan Je In "sa…saya ikut sahaja apa yang Omma dengan Appa katakan" jawab Je In sambil menunddukan kepalanya

"Baguslah kalau macam tu apa kata kita buatkan pernikahan mereka bulan depan setuju tak?" Tanya Tuan Kim yang mendapat anggukan laju daripada Puan Kim

Dan Taehyung pulak mendengus sembal kerana terpaksa menyetujui keputusan Omma dan Appanya lalu dia pun memberikan jelingan tajam pada Je In yang masih menundukkan kepalanya

"Je In ikut saya sekejap!" Arah Taehyung lalu menarik pergelangan tangan Je In dengan kasar dan berjalan keluar daripada rumah

"Kau!! Apasal kau setuju dengan perkahwinan ini ha!!?" Tanya Taehyung sambil mengenggam kuat pergelengan tangan Je In membuatkan Je In merintih sakit "sa…saya cuma…cuma tunaikan apa yang diminta oleh Omma dan Appa…" jawab Je In dengan nada yang takut

"Kau jangan berani panggil mereka sebagai Omma dan Appa sebab mereka bukannya Omma dan Appa kau faham!!" Tengking Taehyung lalu menkuatkan lagi genggamannya

"Aarh Taehyung lepas sakit!!"

"Eerh sakit!? Hei anak pelacur kau dengar sini sakit kat tangan kau nii tak sebanding dengan sakit hati aku sebab kena kahwin dengan kau bodoh!!" Tengking Taehyung tanpa peduli dengan wajah kesakitan Je In

"Sakit…"

"Okk kalau kau teringin sangat nak kahwin dengan aku okk aku setuju!! Tapi kau jangan menyesal sebab selepas kita kahwin aku akan layan kau macam hamba!!"

Taehyung pun melepaskan gengaman tanganya daripada pergelangan tangan Je In lalu berjalan dan melanggar bahu Je In dengan kasar menyebabkan Je In tertolak ke belakang

Je In pulak hanya mengosok pergelangan tanganya yang memerah dan perih sambil memandang belakang badan Taehyung yang semakin menghilang daripada pandangannya "kenapa awak benci sangat dengan saya??"

               ××××××××××××

Je In memandang cincin emas yang tersarung di jari manisnya dengan senyuman kecil terhias di wajahnya

Lalu pandangannya di arahkan ke sekeliling bilik Taehyung yup sekarang ini dia sudah sah menjadi isteri Taehyung

Je In berasa bahagia kerana dapat menjadi isteri lelaki yang dicintai sejak kecil tetapi pada saat yang sama dia juga sedih kerana lelaki yang dicintai juga menerima kerana terpaksa

Please Forgive MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang