Episod 28

252 28 2
                                    


Taehyung melabuhkan punggungnya ke kerusi empuknya. Dia pun memicit dahinya yang terasa berdenyut kerana terlampau berkerja sehingga ke tengah malam.

"Penatnya!" Keluh Taehyung.

Taehyung baru sahaja berniat untuk menrebahkan kepalanya ke meja kerjanya tetapi terhenti apabila kedua matanya tidak sengaja memandang  sebuah bingkai gambar yang terletak di hadapannya.

Bingkai gambar yang di berikan oleh Ommanya.

Gambar Je In dan Tae In yang sedang tersenyum bahagia.

Satu senyuman lembut tercipta di wajah lelahnya.

Taehyung mengambil gambar tersebut lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusinya. Dia pun memandang lama kedua wajah yang di rindui olehnya.

"Annyeong"

Kata Taehyung seorang diri dengan kedua matanya yang masih memandang lama Gambar itu.

"Je In hari ini saya rasa penat sangat sebab perlu berkerja lebih masa"

Kedua mata Taehyung beralih memandang wajah cantik isterinya.

"Walaupun penat separuh gila tapi saya rasa bahagia sangat sebab operasi pembedahan yang di lakukan hari ini berjaya tau!"

Taehyung masih lagi terus mengeluarkan kata-katanya.

"Nea, awak jangan risau lah saya sentiasa ingat pesanan awak supaya selalu makan tepat pada waktunya, selalu berehat apabila penat, kena selalu jaga kesihatan saya"

Taehyung tertawa kecil apabila teringat dengan pesanan daripada Je In.

"Gomawo sebab awak selalu ambil berat pasal saya. Gomawo Je In"

Kali ini kedua mata Taehyung teralih pulak ke wajah Tae In.

"Aah hero Appa!"

Senyuman Taehyung semakin melebar.

"Tae In, kamu tahu tak yang kat Hospital Appa kerja nii ramai kanak-kanak yang comel, lucu dan baik tau! Nanti bila Appa dah jumpa kamu, Appa akan kenalkan kamu dengan kanak-kanak di sini"

Taehyung terus sahaja bercakap. Seakan-akan penat yang dirasainya tadi terus sahaja menghilang apabila memandang kedua wajah insan yang di sayanginya.

"Kamu kan suka bila mempunyai kawan yang ramai kan?"

Kedua ibu jari Taehyung bergerak-gerak untuk mengusap kedua wajah isteri dan anaknya.

"Je In…Tae In"

Panggilnya.

"Tae In, Je In adakah korang berdua makan dengan baik? Berehat apabila penat? Adakah korang berdua menjaga kesihatan juga hum?"

Taehyung mendekatkan lagi bingkai gambar tersebut ke wajahnya.

"Dan yang lagi penting, adakah korang berdua bahagia sekarang ini?"

Taehyung masih menahan senyumannya supaya teguh untuk terukir kerana tidak mahu garisan melengkung itu terganti dengan issakan menyakitkan.

Please Forgive MeWhere stories live. Discover now