Lisa mencelup kain kecil ke dalam air suam lalu meletakkan di atas dahi Taehyung. Dia juga meletakkan tapak tangannya ke leher Taehyung yang berpeluh."Masih panas…" katanya seorang diri.
"Tetapi sekurang-kurangnya tidak teruk seperti tadi"
Lisa pun mengalihkan tangannya daripada leher Taehyung lalu memandang ke sekeliling bilik Taehyung yang berselerak.
Sama seperti keadaan di Ruang Tamu atau dapur yang juga berselerak. Bahkan keadaan rumah ini sudah sama seperti dilanda taufan selepas perginya Je In dan Tae In.
Akhirnya Lisa mengalihkan pandangannya ke wajah kusam Taehyung.
Sebetulnya Lisa benci untuk melihat wajah ini.
Wajah yang dulunya selalu menyakiti Je In.
Wajah yang dulunya selalu membuatkan Je In menangis.
Wajah yang dulunya selalu tersenyum puas selepas menyeksa Je In dan Tae In.
Wajah yang memang sangat di bencinya.
Tetapi apabila teringat yang wajah ini adalah kawan baik Jung Kook.
Bahkan wajah ini juga sangat dicintai oleh Je In.
Malahan wajah ini juga sangat, sangat, sangat disayangi oleh Tae In.
Membuatkan Lisa menghembuskan nafasnya lemah.
Tetapi apabila melihat wajah Taehyung yang sekarang ini.
Wajah yang kusut, kusam,
Wajah yang kurang makan,
Wajah yang kurang tidur,
Wajah yang menampakkan tekanan hebat,
Dan Lisa sedar yang Taehyung kini sudah sangat, sangat, sangat menyesal dengan perbuatan.
"Bodoh! Ini adalah balasan dengan apa yang kau dah buat dulu Taehyung!! Bahkan balasan ini cukup sesuai untuk diri kau yang tak berguna tuu!! Tapi aku…aku nak kau berusaha sekuatnya berusaha untuk percaya yang Je In Unnie dan Tae In akan pulang semula ke pangkuan kau. Kerana aku yakin yang koorang masih lagi saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain walaupun koorang berada dalam jarak yang jauh. Cepat atau lambat kau pasti akan menjumpai mereka. Jadi berusahalah. Aku, Jung Kook dan Wonwoo akan selalu menolong dan mendoakan kau Taehyung" kata Lisa di dalam hatinya.
Satu senyuman kecil tercipta di wajah cantiknya.
"Macam mana keadaan dia?" Tanya satu suara yang menyebabkan Lisa terus menoleh ke arah Pintu Bilik Taehyung.
"Masih panas lagi"
Wonwoo hanya mengangguk kepalanya mendengar jawapan Lisa.
"Taehyung tu perlukan rehat lagi, baru boleh cepat sembuh" sampuk Jung Kook yang berdiri di belakang Wonwoo.
"Aku rasa lebih baik kalau kita sediakan makanan untuk Taehyung" cadang Wonwoo yang mendapat anggukan daripada kedua insan yang sedang memerhati dirinya.
"Kalau macam itu biar aku jaa yang masak" kata Lisa lalu bangun daripada sisi katil Taehyung.
"Okk" jawab Jung Kook yang masih setia menganggukkan kepalanya.
Lisa memasak…
Hum……
Lisa yang masak…
Oii!! Tunggu sekejap!!
Lisa yang masak!!!
Jung Kook dengan cepat terus menggelengkan kepalanya dengan laju sambil membuat pangkah tanda X menggunakan kedua tangannya.
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...