Sudah hampir 2 minggu Yeoja yang berusia 50 tahun tapi masih kelihatan cantik itu meninggalkan Korea untuk mengikut Suaminya pergi ke Malaysia atas urusan kerja.Dan pagi ini dia dan Sang Suami telah pulang ke korea dengan selamatnya.
Puan Kim melihat robot anjing berwarna Silver di tangannya dengan senyuman yang masih setia terukir di wajahnya. Sesekali kedua-dua matanya melirik ke luar tingkap kereta. Menunjukkan betapa tidak sabarnya dia untuk berjumpa dengan cucu, anak serta menantunya nanti.
"Apakah robot serta tingkap kereta itu lebih menarik daripada saya hum?" Tanya Tuan Kim. Menyebabkan Puan Kim mengalihkan pandangannya ke arah Sang Suami yang sedang duduk di sisinya sambil memeluk erat bahunya.
"Aniya cuma saya tidak sabar untuk memberikan robot ini pada Tae In. Dia pasti sangat seronok bila tengok robot ini. Ah, saya betul-betul rindu kan Tae In!"
Tuan Kim hanya tersenyum kecil mendengar kata rindu daripada bibir isterinya. Tangannya teralih untuk menbelai rambut isterinya dengan sangat lembut.
Serta sama seperti isterinya dia juga sangat merindukan Tae In. Berada di Malaysia selama 2 Minggu dengan di bebani banyak urusan kerja menyebabkan Tuan Kim serta Puan Kim tiada masa walaupun hanya sedikit untuk menghubungi Je In atau Taehyung.
Jadi untuk kali ini Tuan Kim dan Puan Kim ingin membuat kejutan dengan datang ke rumah Taehyung secara mengejut tanpa memberitahu Taehyung atau Je In dahulu.
"Pasti mereka terkejut kan bila tengok kita datang rumah mereka secara tiba-tiba"
"Nea, kita akan buat kejutan untuk mereka, sayang"
Akhirnya kedua pasangan itu tertawa kecil bersama-sama apabila membayangkan betapa terkejut dan seronoknya wajah Taehyung, Je In dan Tae In apabila melihat kedatangan mereka secara mengejut.
"Park, tolong bawa lebih laju sebab kami sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka" arah Tuan Kim kepada pemandunya.
"Baik Tuan"
"Ini akan menjadi kejutan istimewa" kata Puan Kim lalu melihat semula ke arah Robot Anjing dengan senyuman lebar yang mulai terikut.
Yup, kejutan yang istemewa untuk mereka berdua.
Tapi mungkin bila mereka sampai di rumah Taehyung.
Kejutan itu akan menjadi kejutan yang menyedihkan.
××××××××××××××××××××××××××××
Setelah sampai di hadapan rumah Taehyung. Tuan Kim serta Puan Kim pun keluar daripada kereta dan melangkah dengan bunyi yang perlahan menghampiri pintu rumah Taehyung.
"Tak berkunci" kata Puan Kim yang memegang tembol Pintu rumah Taehyung lalu memutarkannya dengan cukup perlahan.
"Selepas kiraan ketiga, Chagiya terus buka pintu ini okk" arah Tuan Kim.
Puan Kim mengangguk tanda menyetujui arahan suaminya.
"Hana, dul, ses!!" Kiranya Tuan Kim. Lalu dengan laju Puan Kim pun terus membuka pintu rumah Taehyung secara mengejut.
"Tae In!! Tengok nii Nenek bawakan mainan untuk Tae I……"
BRUGH!
Bunyi mainan robot anjing yang jatuh ke lantai apabila Puan Kim yang terkejut melihat anaknya iaitu Taehyung sedang mencium leher seorang yeoja di atas Sofa.
"KIM TAEHYUNG!!!!" Jerit Tuan Kim dengan penuh amarah apabila melihat kelakuan anaknya itu.
Manakala Taehyung yang merasa namanya di panggil terus sahaja mengalihkan pandangan ke belakang terkejut apabila melihat Appanya yang sedang menatapnya dengan pandangan membunuh manakala Ommanya pulak sudah terduduk di lantai dengan kedua mata yang mulai memerah.

YOU ARE READING
Please Forgive Me
Fiksi PenggemarSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...