Je In tengah mendukung Tae In ke bilik tidur mereka. Setelah sampai ke bilik, Tae In pun di rebahkan ke katil dengan Je In yang berbaring di sebelahnya.
Je In pun menepuk-nepuk lembut belakang badan Tae In supaya tertidur tetapi hampir 15 minit, Tae In tetap juga tak tertidur. Lalu sebelah tangan Je In pun berpindah ke rambut hitam anaknya. Memberikan belaian agar Tae In tertidur.
"Omma…"
"Wae sayang? Kenapa belum tidur lagi nii kan dah lewat sekarang"
"Hmm……Omma, Tae In teringin sangat nak pergi Lotte World"
"Lotte World?"
"Yup! Omma nanti bila hari jadi Tae In kan! Tae In nak sangat pergi Lotte World!"
"Ne, nanti bila hari jadi Tae In kita pergi sama-sama okk dah sekarang sayang tidur yup"
"Tapi kita pergi dengan Appa tau!!! Sebab Appa tak pernah sambut hari jadi Tae In……jadi Tae In harap sangat Appa ikut bersama"
"Appa sekarang sibuk lah sayang…"
"Alah Tae In nak Appa ikut sekali Omma jebal!! Tae In nak sambut hari jadi Tae In dengan Appa dan Omma kat Lotte World!"
Je In menghembuskan nafasnya lemah mendengar permintaan Tae In.
"Baik lah nanti Omma cakap dengan Appa okk…" pujuk Je In yang membuatkan Tae In tersenyum lebar.
"Yeey!! Nanti kan kalau Appa ikut, Tae In nak Appa main tembak-tembak dekat kedai permainan!! Lepas tuu kita naik buaian kuda-kuda dengan naik Roler Coaster!! Yeey mesti seronok kan Omma?"
Je In hanya mampu tersenyum kecil mendengar kata-kata Tae In yang cukup bersemangat berserta wajahnya yang berseri dengan senyuman cukup lebar.
Yup ia mesti menyeronokkan kalau Taehyung pun ikut bersama.
Kalau Taehyung ikut bersama…
××××××××××××××××××××××××××××
Setelah Tae In tertidur. Barulah Je In berjalan keluar daripada bilik.
Dia pun menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Dan kedua mata terpandang Taehyung yang sedang duduk di sofa sambil menonton Televisyen.
Satu hembusan nafas di tariknya lalu di hembuskan dengan perlahan. Dia berharap kali ini Taehyung mahu mengikut permintaannya untuk ke Lotte World.
Sebab kali ini Tae In betul-betul bersemangat untuk keluar bersama Taehyung.
"Taehyung aah" panggil Je In dengan suara yang lembut.
Je In pun menundukkan dirinya di sebelah Taehyung yang masih menonton Televisyen. Tetapi Je In sedikit menjarakkan dirinya daripada Taehyung. Sebab Je In sedar yang Taehyung berasa jijik untuk berdekat dengannya.
"Hmm Taehyung……Tae In teringin sangat nak pergi ke Lotte World dengan awak waktu hari jadi dia…awak nak pergi bersama tak?"
"……"
"Boleh lah kali ini jaaa jebal Taehyung aah"
Bukannya menjawab permintaan Je In, Taehyung lebih memilih untuk bangun daripada Sofa. Berniat untuk pergi ke biliknya. Namun Je In dengan cepat memegang pergelangan tangan Taehyung bermaksud untuk mencegahnya pergi.
"Lepaskan!! Kau jangan berani nak sentuh aku!! Kotor lah!!"
Taehyung pun meretap tangannya dengan kasar daripada gengaman Je In. Membuatkan Je In menunddukan kepalanya.
"Mianhea…"
"……"
"Taehyung aah untuk kali nii jaa saya merayu tolonglah peduli dengan keinginan Tae In…jom lah kita pergi Lotte World bersama-sama. Lagi pun Tae In teringin sangat nak keluar bersama dengan awak…jebal"
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...