Frustasi dan menyesal.Itu lah yang di rasai oleh Taehyung sekarang ini. Sudah merata tempat dia mencari di mana beradanya Je In dan Tae In. Tetapi hasilnya tetap juga sama. Langsung tidak dapat di kesan.
Bahkan Taehyung juga selalu menunggu Je In dan Tae In di rumahnya setiap malam. Menunggu di ruang tamu selama berjam-jam. Berharap supaya Je In dan Tae In akan pulang. Tetapi hasilnya? Tetap tidak ada.
Yang Taehyung tahu dia cuma merasa kekosongan berserta kesunyian.
Seperti ini kah rasanya sebuah kehilangan?
Rasanya sangat menyakitkan. Terlalu menyakitkan.
"Jebal…balik lah…"
××××××××××××××××××××××××××××
Taehyung menekan-nekan skrin Smart Fonnya. Cuba untuk menghubungi nombor Je In untuk sejuta kalinya. Tetapi nombor Je In masih lagi tidak aktif.
"Jawab lah"
Taehyung tidak mempedulikan suasana bising di kantin Universitinya.
Jemarinya masih lagi setia untuk menekan-nekan Skrin Smart Fonnya.
"Annyoeng Taehyung!!"
Tegut satu suara di belakang Taehyung. Tetapi Taehyung langsung tidak berminat untuk menoleh ke belakang. Atau mengetahui siapa pemilik suara itu. Kerana fikirannya sekarang ini hanya tertumpu 100% ke Smart Foonya. Masih lagi berusaha menghubungi nombor Je In.
Manakala orang yang berdiri di belakang Taehyung mengerutkan dahinya tanda kesal kerana Taehyung tidak menjawab tegurannya.
Orang itu mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Taehyung lalu menggoncang kuat bahu Taehyung.
"Woii asal kau tak jawab panggilan aku huh!??"
"Iish kau nak apa Jung Kook!!"
Taehyung merengut kesal. Dia pun menepis tangan Jung Kook yang berada di bahunya. Lalu menyambung aktivitinya cuba untuk menelefon Je In lagi.
"Yang kau nak marah-marah nii dah kenapa!?"
"………"
"Weii kau okey tak nii!?"
"Aku tak okey!!!!" Jerit Taehyung.
Taehyung terus menghempas Smart Foonya ke atas meja. Menyebabkan benda persegi itu hampir-hampir pecah kerana perbuatannya.
"Aku betul-betul tak okey!!"
Taehyung meraup poni rambutnya ke atas lalu menyembamkan wajahnya ke meja makan.
Dia berasa sungguh marah. Sungguh kecewa dengan dirinya.
Marah kerana dia masih lagi tidak menjumpai Je In dan Tae In.
Kecewa kerana baru sekarang ini dia sedar dengan perasaannya.
Manakala Jung Kook pulak hanya mampu memandang kasihan ke arah sahabat baiknya itu.
"Cuba kau tengok keadaan kau sekarang ini"
"Maksud kau?"
Taehyung mengangkat kepalanya lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Jung Kook.
"Maksud aku, macam mana kau nak cari mereka kalau keadaan kau pun dah sampai tahap macam ini"
Taehyung memandang dirinya sendiri.
Dirinya yang tidak terurus. Serabai. Kedua matanya yang membengkak kerana kurang tidur. Bahkan badanya juga kini sangat kurus kerana kurang makan.
Silap, tapi jarang makan.
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanficSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...