"Ap……Appa…sa…sayangkan…Tae…In"Taehyung terus terjaga dari tidurnya. Dan dengan cepat dia pun duduk di atas katilnya lalu mengaturkan pernafasannya yang naik turun dengan laju.
Mimpi?
Yup, tadi itu hanya lah sebuah mimpi.
Taehyung menggosok wajahnya yang berpeluh berserta menpunyai sedikit kesan air mata.
"Tae In?"
Taehyung memandang ke sekeliling biliknya. Tetapi yang di lihatnya hanya lah suasana yang gelap sahaja.
"Tae In aah" panggilnya lagi.
Tadi dia mimpi yang Tae In sudah mati. Tae In sudah tinggalkan dia untuk selamanya.
Dan itu adalah mimpi ngeri.
Mimpi paling ngeri dalam hidupnya.
Dan mimpi itu seakan-akan betul?
Tak!! Tak mungkin!!
Mustahil!! Tae In tak boleh mati!! Tak boleh tinggalkan dia!!!
Tak boleh!!
"Tae In!!!!" Jeritnya lagi.
Taehyung pun menyelak selimut di tubuhnya dengan kasar lalu bangun daripada katil. Dengan langkah yang tergesa-gesa dia pun berlari keluar daripada bilik.
"Tae In!!"
Taehyung pun membuka pintu bilik yang berada di sebelah biliknya.
Iaitu bilik isteri dan anaknya.
"Tae In!!"
Suis lampu di tepi pintu di tekan. Menyebabkan bilik yang gelap itu menjadi terang. Menampakkan suasana bilik yang sunyi dan juga kemas. Menandakan bahawa bilik itu sudah lama tidak ada penghuni.
"Tae In!!!"
Kedua-dua mata Taehyung mencari ke seluruh bilik tersebut. Tetapi yang dilihatnya hanyalah suasana yang sunyi.
Tiada.
"Mungkin di ruang tamu"
Taehyun menutup semula pintu bilik tersebut. Dan berjalan ke arah tangga.
Dirinya hampir sahaja terjatuh sewaktu menuruni anak tangga kerana kakinya yang terlalu tergesa-gesa berserta dia juga sempat melompat dua atau tiga anak tangga. Tetapi dia tidak peduli semua itu. Dia tidak peduli kalau dia jatuh, cedera atau apa pun. Kerana yang dia peduli sekarang hanyalah satu.
Iaitu…
"Tae In!!!"
Matanya memandang setiap penjuru ruang tamu dengan pandangan tajam. Tetapi yang di lihatnya tetap juga sama.
Sunyi.
Masih tiada lagi kelibat orang yang dicari oleh Taehyung.
Jantung Taehyung merasa sangat sesak sekarang ini. Terasa betapa susah untuk dia bernafas. Rasanya seperti pernafasannya tersekat di kerongkongnya. Bahkan hatinya juga gementar.
Takut?
Taehyung rasa takut.
Sangat takut.
Jadi Taehyung perlu berjumpa dengan sosok kecil itu.
Sosok kecil yang mesti Taehyung lihat di hadapan matanya.
Sosok kecil yang boleh di peluk oleh Taehyung dengan erat.
Sosok kecil yang perlu Taehyung pastikan bahawa keadaan dia baik-baik sahaja dan juga tidak sakit.
Dan hanya sosok kecil itu sahaja yang mampu menghilangkan ketakutan yang Taehyung rasakan sekarang ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...