Chapter 3

380 51 1
                                    

(Koorg bleh angap yg itu adalh Taehyung serta Je In sewaktu kecil)

Selepas menidurkan Tae In di biliknya Je In pun mengambil keputusan untuk duduk di Sofa sambil menonton TV walaupon hakikatnya bukannya rancangan TV yang menjadi tumpuannya melainkan kedua matanya yang tak lepas pandang daripada pintu bilik Taehyung

Krek!

Bunyi pintu bilik yang dibuka oleh Taehyung membuatkan Je In mulai mengalihkan pandangannya ke arah TV semula

Tap!!²

Bunyi tapak kaki Taehyung yang turun daripada anak tangga seakan-akan bergema di seluruh ruang tamu itu

Taehyung menghentikan seketika langkahnya apabila pandangannya tidak sengaja melihat Je In yang sedang menonton TV

"Asal kau tak tidur lagi?"

Je In terus bangun daripada sofa dan menundukkan sedikit kepalanya apabila mendengar pertanyaan daripada Taehyung

"Sebab...sebabnya saya nak tunggu awak makan" jawab Jae In

Manakala Taehyung pulak mengalihkan pandangannya pada jam yang melekat di dinding dan menunjukkan pukul 12 malam "berapa lama kau tunggu aku?"

"Ani tak lama pon 2 jam jaa" jawab Je In yang membuatkan Taehyung berdecih sebal "dia nii bodoh kaa apa!?" Kata Taehyung di dalam hatinya

Taehyung pon mengaturkan semula langkahnya ke arah dapur dan mengabaikan Je In yang masih berdiri seperti patung

"Awak nak makan kaa??" Tanya Je In yang mengikut langkah Taehyung ke dapur "ini saya dah simpankan lauk untuk awak" katanya lagi lalu mengeluarkan lauk yang disimpannya dan menghidangkan ke atas meja makan

Dan sekali lagi Taehyung hanya mengabaikan kata-kata Je In dan lebih memilih untuk membuka pintu peti sejuk lalu mengambil Jus dan menuangkan jus ke dalam cawannya

"Makanan dah siap awak tak nak makan kaa??" Tanya Je In lagi yang membuatkan Taehyung tidak jadi untuk meminum airnya

"Kau nak aku makan makanan yang kau masak ni?" Tanya Taehyung lalu menghampiri Je In yang masih berdiri di sisi meja makan

"Awak kena makan sebab kalau awak tak makan nanti awak sakit"

Taehyung hanya mendiamkan diri lalu memandang makanan lazat yang terhidang di atas meja tetapi tiba-tiba sahaja senyuman mengejek terhasil di wajah Taehyung

"Kau nak aku makan makanan kotor ini hasil masakan daripada anak pelacur macam kau hum?"

Ding! Sekali lagi kata-kata Taehyung berjaya menghasilkan sakit yang mendalam di hatinya

"Jawab lah aku tanya nii!!!"

"Nanti kalau awak tak makan awak akan sakit"

"Dan kalau aku sakit tak ada kena mengena dengan kau kan!!?"

"Ada...nanti saya risau" jawab Je In dengan suara yang cukup perlahan tetapi berjaya juga di dengari oleh Taehyung

"Kau tak perlu lah sibuk nak risau pasal aku!!! Aku pandai lah jaga diri sendiri!" Tengking Taehyung lalu menghempak cawannya ke atas meja makan "dan lagi pun aku rasa jijik sangat nak makan masakan kau!" Sambungnya lagi dengan pandangan dinginya

Taehyung pun berjalan keluar daripada ruang dapur tanpa peduli dengan tatapan Je In

"Tapi saya kena risau..." kata Je In seorang diri dengan suara yang seperti berbisik "saya kena risau sebab saya sayangkan awak...sebab tu saya kena risau"

Perlahan-lahan Je In pun duduk di kerusi dan mulai memandang makanan yang langsung tak di sentuh oleh Taehyung

"Mana diri awak yang dulu?" Tanyanya "saya rindukan diri awak sewaktu awak kecil dahulu"

Please Forgive MeWhere stories live. Discover now