Jam dinding menunjukkan pukul 1 pagi tetapi Taehyung belum juga pulang ke rumah mereka. Manakala Je In yang masih setia duduk di sofa dan menonton TV sambil menunggu kepulangan suaminya.Rancangan di TV langsung tidak dapat menarik perhatian Je In yang asyik melirik ke arah pintu rumah. Bahkan hanya kedengaran suara-suara daripada TV yang menemani Je In.
Je In pun mengambil Smart Fonnya yang di letakkan di atas meja dan menekan keyboard di skrin Fonnya untuk menghantar pesanan Whassap.
To: Taehyung
Taehyung aah awak di mana?? Cepat lah pulang sekarang sudah pukul 1 pagi. Dan saya risaukan awak…berhati-hati nea…
Sent…
Setelah selesai Je In pun meletakkan semula Smart Fonnya ke atas meja. Dan kembali menyambung memandang pintu rumah. Namun hingga 20 saat sejak dia mengirimkan pesana Chat kepada Taehyung tetapi Taehyung langsung tidak membalas chatnya.
Je In pun mengambil semula Smart Fonnya untuk menelefon Taehyung tapi sayangnya langsung tak diangkat oleh Taehyung walaupun telah di hubungi banyak kali.
"Taehyung aah awak di mana?" Tanya Je In seorang diri dengan wajah yang cukup risau.
KREK!
Bunyi pintu rumah yang di buka oleh Taehyung membuatkan Je In terus mengukirkan senyuman lega dam seterusnya melangkah dengan laju ke arah suaminya itu.
"Taehyung bagus lah akhirnya awak balik juga ke rumah…" kata Je In dengan senyuman indahnya
Manakala Taehyung pulak hanya mendiamkan diri lalu mengeluarkan Smart Fonnya daripada poket seluarnya.
200 Miss Call From je In
150 Chat From Je InTaehyung sedikit terkejut apabila melihat apa yang terpampang di Skrin Fonnya.
"Serisau itu kah Je In pada aku?" Tanya Taehyung di dalam hatinya.
Tapi Taehyung tetap lah Taehyung, dia tetap juga menunjukkan wajah dingin walaupun sebetulnya di dalam hati sudah terbit suatu perasaan berdebar.
"Hmm…" gumun Taehyung yang masih lagi tidak memandang wajah Je In.
"Taehyung, awak sudah makan? Aah kalau belum saya akan tolong hidangkannnya untuk awak"
"Tak payah!" Jawab Taehyung dengan nada yang dingin.
"Betul nii?"
"Yup!! Sebab aku sudah makan bersama dengan So Mi dan juga menjalani malam panas bersamanya" jawab Taehyung sambil menekankan perkataan Malam Panas.
Menakala Je In pulak cuba untuk tersenyum, cuba berusaha untuk menetralkan perasaanya yang bagai di tusuk ribuan pisau kerana kata-kata suaminya itu. Je In cuba untuk melenyapkan rasa sakit di hatinya.
Bukankah sepatutnya dia dah biasa dengan kata-kata seperti itu.
"Kalau macam itu saya akan tolong menyiapkan air hangat untuk awak mandi, dan juga membuat Coklat panas untuk awak sebelum tidur nea?"
"Tak payah nak tunjuk rajin sangat lah! Bosan aku tengok tau tak! Sudah aku penat jadi aku nak tidur terus!" Jawab Taehyung dengan nada yang menyampah lalu berjalan melewati Je In untuk menuju ke biliknya sendiri.
Dan Je In hanya mampu melihat belakang badan Taehyung dengan pandangan sedih.
Ya, Taehyung tak pernah memakan masakannya selama mereka berkahwin kerana bagi Taehyung masakan Je In hanya layak di makan oleh binatang sahaja.
YOU ARE READING
Please Forgive Me
ФанфикSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...