Episdoe 23

343 45 9
                                    


Waktu tengah malam, waktu yang sudah menjadi kewajibpan setiap insan di seluruh dunia untuk memejamkan mata mereka dan berada di atas katil yang empuk bersama insan yang tersayang lalu menuju ke alam mimpi yang indah bersama-sama.

Tetapi tidak untuk seorang insan yang bernama Kim Taehyung.

Sunyi, dingin dan suram. Hanya suasana itu sahaja yang sedang menguasai ruang tamu.

Taehyung masih lagi duduk di atas Sofa yang berwarna merah. Dia masih setia memandang ke arah pintu rumahnya.

Menanti kedua insan yang hampir 6 bulan tidak pulang ke rumah.

Taehyung mengenggam kedua-dua tangannya yang terasa beku kerana udara dingin di ruang tamu ini. Kemudian kedua matanya melirik ke arah jam yang melekat di dinding rumah.

"Sudah pukul 3 pagi" katanya seorang diri.

Dia mengosok kedua matanya yang membengkak kerana kurang tidur.

Sekarang ini aktiviti menunggu kepulangan Je In dan Tae In sudah menjadi aktiviti wajib sepanjang malam oleh Taehyung. Daripada pukul 11 malam sehingga pukul 4 pagi. Selama 6 jam itu Taehyung akan duduk di Sofa ini dan setia memandang ke arah pintu rumahnya.

Setia menunggu kepulangan Isteri dan anaknya.

Tetapi selama 6 jam itu terasa sangat hampa untuk Taehyung. Kerana selama 6 jam itu pintu rumahnya langsung tidak di buka oleh kedua insan yang sangat di tunggu olehnya.

Taehyung menghembuskan nafasnya lemah. Cuba untuk mengurang rasa sakit yang dirasai olehnya di dadanya. Tetapi nampaknya itu gagal kerana rasa sakit itu langsung tidak menghilang walaupun sedikit.

Rasa sakit itu tak akan menghilang selagi kedua insan yang disayanginya tidak pulang ke sisibya.

Chuun gyeoul kkeuteul jina
Dasi bomnari ol ttaekkaji
Kkot piul ttaekkaji
Geugose jom deo meomulleojw
Meomulleojwo…

Bunyi Smart Fonnya menghilangkan lamunanya. Dengan gerakan yang malas Taehyung pun mengambil Smart Fonnya yang berada di atas meja.

"Jung Kook?"

Taehyung mengerutkan dahinya apabila membaca nama yang tertera di kaca Smart Fonya.

"Kenapa pulak Jung Kook telefon aku tengah-tengah malam nii?" Tanyanya seorang diri.

"Mungkin dia dah ada maklumat pasal Je In dengan Tae In!" Pikir Taehyung. Dengan cepat Taehyung terus menolak butang hijau di kaca Smart Fonnya.

"Jung Kook kau dah ada maklumat pasal Je In!?"

"Kau tak tidur lagi?"

Bukannya menjawab pertanyaan semangat Taehyung. Tetapi Jung Kook malahan menanyakan soalan kepada Taehyung.

"Aku tanya kau dah dapat kaa maklumat pasal Je In dan Tae In?"

Dengusan lemah didapati oleh Taehyung di seberang pertalian.

"Tak"

Jawapan yang ringkas di terima oleh Taehyung. Tetapi berjaya untuk menghasilkan perasaan kecewa di hati Taehyung.

Lagi.

"Weii Taehyung…"

"………"

"Aku dah agak kan? Waktu-waktu macam ini pon kau masih tak tidur lagi. Taehyung pergi lah tidur, badan kau tu pon perlukan rehat juga, nanti kau sakit"

Nasihat Jung Kook.

Jujur sahaja Jung Kook sangat risau dengan keadaan sahabatnya ini. Sudah hampir 6 bulan dan keadaan Taehyung tak berubah seperti mayat hidup. Terlampau memikirkan mengenai Je In dan Tae In sehingga mengabaikan keadaan dirinya sendiri.

Please Forgive MeWhere stories live. Discover now