Taehyung masih lagi mendiamkan dirinya. Rasanya tiada kata-kata yang mampu untuk di luahkan daripada mulutnya apabila melihat Je In yang berada di hadapannya.
Manakala Je In pulak melarikan pandangannya ke arah yang berlainan. Asalkan tidak memandang kedua mata Taehyung yang menyebabkan jantungnya berdegup lebih menyakitkan.
"Annyeonghaseyo nama saya Kim Je In" ulang Je In yang masih lagi bertingkah seperti biasa sambil menghulurkan sebelah tangannya untuk bersalaman dengan Taehyung di hadapannya.
Rasanya Taehyung mahu menarik tangan itu supaya dapat mendakap erat tubuh kurus Je In dan memeluknya seeratnya sambil mengucapkan seribu kata maaf serta menyampaikan perasaan rindu dan menyesalnya yang hampir 4 Tahun terpedam.
Tetapi yang Taehyung lakukan masih lagi berdiri seperti orang bodoh dan tidak melakukan apa-apa. Rasanya seperti seluruh anggota tubuhnya tidak mampu untuk digerakkan. Melainkan kedua matanya yang masih lagi setia memandang tangan dan wajah Je In bersilih ganti.
Rindunya.
Puk!
Pelukan erat di bahu Taehyung menyebabkan dia menoleh ke sisi kirinya. Dia melihat seorang Namja yang lebih tinggi daripadanya dan juga berambut warna hitam sedang tersenyum lebar kepadanya.
"Annyeonghaseyo! Nama aku pulak Park Chanyeol! Kau boleh aku Chanyeol! Atau si bijak Chanyeol! Atau pun Si Bergaya Chanyeol! Atau apa sahaja asalkan Chanyeol!"
Taehyung hanya memberikan senyuman kecilnya kepada Chanyeol yang masih lagi merangkul erat bahunya.
Lalu pandangnya di alihkan semula ke arah objek utamanya iaitu Je In.
Taehyung melihat Je In mengalihkan huluran tangannya ke sisi tubuhnya semula. Tetapi dengan cepat Taehyung terus menarik tangan itu dan mengenggamnya dengan erat.
Hangat.
Itu lah yang di rasai oleh Taehyung saat kulitnya bersentuhan dengan kulit Je In.
"An……annyeonghaseyo nama saya ialah Kim Taehyung"
"Saya dan Chanyeol merupakan Dokter baru di sini. Saya harap Dokter Taehyung dapat memberikan tunjuk ajar kepada kami berdua"
Jadi itu maknanya Taehyung akan berkerja bersama-sama dengan Je In.
Dan itu maknanya juga dia dapat selalu bersama dengan Je In setiap hari.
Timbul rasa bahagaia dalam hatinya. Rasanya peluang untuk dia meminta maaf, menenbus semula kesalahannya dulu, menbina semula keluarganya. Rasanya semua itu sudah terbuka sekarang.
Manakala Je In pulak cuba untuk menarik tangannya yang masih lagi di genggam erat oleh Taehyung. Seakan-akan tidak mahu di lepaskan olehnya.
Greb!
Taehyung sedikit terkejut apabila tangan Je In yang berada di genggamnya sudah di tarik dengan kasar oleh Je In sendiri.
"Dokter Kim pasti akan membantu kamu berdua dalam menguruskan hal-hal Hospital di sini. Lagi pun Dokter Taehyung merupakan Dokter yang hebat dan cekap dalam menrawat penyakit. Jadi saya rasa Dokter Taehyung tiada masalah untuk merawat pesakit baru ini" sampuk Dokter Lee.
"Saya rasa gembira dapat berkerjasama dengan Dokter seperti awak" kata Je In yang cuba untuk tersenyum di hadapan Taehyung walaupun hakikatnya hatinya kini sedang menahan suatu perasaan yang menyakitkan.
Taehyung hanya mampu memasang senyuman sendu. Dia berasa peluang yang di berikan tadi akan menghilang. Kerana pandangan Je In yang di tunjukkan kepadanya.
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...