"Tae In kamu marahkan Omma kaa?" Tanya Je In sambil mengelap rambut Tae In yang basah kerana baru sahaja selesai mandi.Manakala Tae In hanya mendiamkan dirinya dan menundukkan kepalanya ke bawah tanda tidak mahu melihat kedua mata Je In.
Je In menghembuskan nafasnya perlahan melihat tingkah Tae In.
"Maafkan Omma nea"
"……"
"Omma tahu yang kamu nak tunggu Appa tapi waktu itu masih hujan lagi dan Omma tak nak sayang kena deman"
"………"
"Okk macam mana kalau nanti Omma buatkan Nasi Goreng Kimchi nak tak?" Pujuk Je In dengan sebelah tangannya mengusap lembut pipi kiri Tae In.
Tae In terus mengangkat kepalanya apabila mendengar Nasi Goreng Kimchi iaitu masakan kegemarannya.
"Betul kaa Omma?" Tanyanya yang keseronokan sambil tersenyum lebar.
"Betulah!"
Jawab Je In lalu mendukung Tae In dan memberikan ciuman mesra di pipi Tae In.
"Jom ikut Omma masak"
Tae In pun menganggukkan kepalanya tanda membalas kata-kata Je In.
×××××××××××××××××××××××××××××
SKIP
"Ook sayang sekarang ni masa untuk tidur"
Je In pun merebahkan Tae In ke katil lalu menepuk perlahan belakang badan Tae In supaya tertidur.
"Omma…"
"Hmm?"
"Esok hari jadi Tae In"
"Yup Omma ingat kenapa sayang?"
"Hmm sekarang pukul berapa?"
Je In sedikit mengerutkan dahinya apabila di tanya pelbagai soalan oleh Tae In.
"Pukul 11:59 Malam"
"Haa!! Hari jadi Tae In hampir tiba!"
Tae In pun bangun lalu terjun daripada katil secara mengejut.
"Eeh kamu nak pergi mana tu? Sekarang waktu tidur! Esok jaa kita sambut hari Jadi kamu nea?"
Tae In tidak menghiraukan kata-kata Je In. Kaki kecilnya pun berjalan dengan laju mendekati Jendela kaca yang menghubungkan Balkoni.
Lalu Tae In pun membuka Jendela kaca itu dan memandang langit malam yang di penuhi dengan Bintang-bintang yang indah bersinar.
"Sayang kenapa nii?" Tanya Je In yang sudah berdiri di belakang Tae In.
"Omma tengok cantikkan Bintang malam nii!" Jerit Tae In yang teruja sambil menunjuk ke arah Bintang-bintang yang bersinar menerangi langit malam.
"Cantik" puji Je In sambil memandang kagum ke arah langit malam.
"Omma nak dukung"
Je In tersenyum kecil melihat tingkah imut Tae In. Lalu dia pun mendukung tubuh kecil anaknya. Manakala Tae In pun menyandarkan kepalanya ke bahu Je In untuk mencari keselesaan di dalam gendongan Ommanya.
"Omma sekarang pukul berapa?"
Je In pun melirik ke arah Jam Loceng yang berada di atas meja.
"Pukul 12:00 Malam tepat Hari Jadi Tae In! Selamat Hari Jadi hero hebat Omma!"
Tae In pun terus mengangkat kepalanya dan menepuk tangannya dengan gembira.
Je In pulak mengesek-gesekkan hidungnya ke hidung Tae In dengan lembut membuatkan Tae In tertawa kegelian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...