Je In baru sahaja tiba di tadika **** iaitu tempat Tae In bersekolah. Dan nasib baik dia tidak ada jadual pembelajaran sehingga ke senja yang boleh menyebabkan dia perlu habiskannya di UniversitiJe In mengerutkan dahinya pelik apabila tidak melihat kelibat anaknya di antara sekumpulan kanak-kanak yang keluar daripada pintu pagar Tadika.
"Mana Tae In??" Katanya seorang diri lalu dia pun mengalihkan pandangannya ke sekelilingnya dan bingo! Kedua matanya dapat melihat Tae In yang sedang duduk di ayunan di taman Tadika itu.
Satu senyuman kecil tercipta di wajah cantik Je In lalu Je In pun mengaturkan langkah ke arah anaknya.
"Tae In sayang," panggil Je In yang sedang berjongkok di hadapan Tae In untuk mensejajarkan badannya dengan Tae In yang masih duduk di ayunan.
"Omma…" jawab Tae In dengan nada suaranya yang perlahan sambil melihat wajah Je In.
"Tae In, kenapa tak tunggu kat luar hum?" Tanya Je In yang membuatkan Tae In menundukkan kepalanya ke bawah
"Tak apa lah…dah jom kita balik sayang"
Je In pun menghulurkan sebelah tangannya pada Tae In tetapi peliknya Tae In langsung tidak menyambut huluran tangan Je In dan hanya memandang ke sekelilingnya.
"Tae In kenapa nii?" Tanya Je In lagi sambil memandang anakanya dengan pandangan pelik.
"Omma…" Tae In memanggil Je In dengan suara yang perlahan. Dengan kedua matanya yang masih melihat ke sekelilingnya serta tangan kecilnya yang sedang meremas seragam sekolahnya.
"Tae In kenapa nii?? Kamu lapar kaa?? Atau sakit??"
"Aniya, Omma…"
"Jadi kenapa tak nak bangun nii?"
"Omma…"
"Hum kenapa sayang?" Tanya Je In lalu mengarahkan tangannya mengusap lembut rambut hitam Tae In.
"Omma, boleh tak kalau kita tunggu Appa dulu nea?" Tanya Tae In yang membuatkan Je In sedikit terkejut serta usapan tangannya di kepala Tae In pun terhenti
"Hmm kenapa nak tunggu Appa?"
"Omma cuba tengok kat sana" kata Tae In yang mengarahkan jarinya ke arah kawan-kawannya. Dan Je In pun mengikut arah tunjukkan Tae In. Untuk seketika barulah Je In faham maksud kata-kata Tae In.
"Kawan-kawan Tae In selalu di jemput oleh Omma dan Appa mereka. Jadi Tae In pun teringin juga nak di jemput oleh Appa dengan Omma sekali"
"Tapi Tae In…"
"Jebal boleh Omma lagi pun selama ni Appa tak pernah jemput Tae In langsung"
"Sayang, Appa sekarang sedang belajar di Universiti"
"Kalau macam tu kita tunggu Appa ne, Omma! Bolehkan?" Tanya Tae In dengan nada suara yang bersungguh-sungguh berserta senyuman cerah yang terukir di wajah comelnya.
Manakala Je In pulak menatap sendu anaknya. Dia dapat melihat dengan jelas sebuah keinginan yang cukup besar daripada kedua mata bulat Tae In. Dan ketika melihat mata itu membuatkan Je In tidak dapat menolak permintaan Tae In kerana sebetulnya Taehyung pasti tidak akan menjemput dirinya dengan Tae In.
"Omma bolehkan?"
Satu hembusan nafas di lepaskan dengan berat. Dia tak sanggup untuk menolak permintaan putera kecilnya lalu dia pun menganggukkan kepalanya yang membuatkan Tae In terus turun daripada ayunan dan memeluk erat tubuh Je In.
"Horeey!! Gomawo Omma!!! Jadi Omma cepat lah telefon Appa!!"
"Kamu pergi bermain dulu nanti Omma telefon Appa okk"
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...