KREK!Taehyung membuka pintu rumahnya. Dia memerhatikan di sekelilingnya.
Taehyung terus sahaja memerhatikan keadaan ruang tamu yang sunyi dan juga bersih tanpa ada barang yang berselerak.
Selalunya kalau dia balik ke rumah selepas habis kuliah. Pasti akan ada suara bising budak kecil yang menyambutnya serta barang-barang mainan yang berselerak.
Tetapi kali ini.
"Appa dah balik lah!!! Yeey Appa nak Tae In tolong urut bahu Appa tak? Kee Appa nak…"
Tetapi untuk kali ini Taehyung langsung tidak di sambut dengan suara itu dah.
Taehyung hanya mengendikkan bahunya. Tanda tidak mahu mengambil peduli.
Lalu dia pun melangkah ke arah Sofa untuk merehatkan dirinya.
Tetapi.
"Appa jangan jalan kat situ! Kat situ ada mainan Tae In!! Nanti kalau Appa terpijak Appa sakit!"
Secara automatik Taehyung terus menghentikan langkahnya dan memandang ke lantai apabila teringat dengan kata-kata anaknya.
Tae In.
Satu hembusan nafas lemah di lepaskan olehnya.
Sekali lagi Taehyung mengendikkan kedua-dua bahunya. Cuba untuk tidak mengambil peduli lagi.
Taehyung membatalkan niatnya tadi untuk merehatkan tubuhnya di Sofa. Lalu langkahnya di aturkan pulak ke arah ruang dapur.
Setelah sampai di ruang dapur, Taehyung membuka pintu sejuk lalu menuangkan air sejuk ke dalam gelas yang dia ambil tadi.
Baru sahaja Gelas itu menyentuh bibirnya. Tiba-tiba sahaja dia menghentikan gerakkannya lalu memandang ke sekeliling ruang dapur.
Melihat ruang dapur yang juga bersih berserta tiada lagi pinggan atau mangkuk kotor yang berada di dalam singki.
"Taehyung aah tunggu sebentar yup…saya nak bersihkan pinggan ini dulu…lepas tuu baru kita makan okk"
Selepas itu kedua mata Taehyung terkunci pulak pada meja makan yang kosong dan langsung tiada makanan enak yang terhidang.
"Taehyung aah malam ini saya masak makanan kegemaran awak…mari lah kita makan sama-sama nea"
"Jom Appa!! Mari makan sama-sama! Nanti Tae In suap Appa tau!"
"Aku tak hingin nak makan semeja dengan makhluk yang menjijikkan macam koorang berdua!!"
Taehyung terkejut apabila teringat semula kata-katanya dahulu pada Je In dan Tae In. Sewaktu mereka selalu mengajaknya makan bersama.
Dan dengan geramnya Taehyung pun terus menghentakkan Gelas yang masih penuh dengan air sejuk itu ke atas meja.
"Boleh tak koorang berdua keluar daripada fikiran aku ha!!!" Jeritnya seorang diri.
Taehyung cuba untuk membuang kata-kata Je In dan Tae In yang masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.
Satu hembusan nafas dalam di tarik olehnya. Cuba untuk menenangkan dirinya.
Dengan langkah yang terasa berat. Taehyung pun menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya. Tetapi langkahnya di hentikan lagi apabila dia terpandang pintu bilik Je In dan Tae In.
Taehyung pun membuka pintu bilik Je In. Dia memandang ke sekeliling bilik Je In yang sekarang ini terasa sangat sunyi.
Tiada lagi kedengaran bunyi ketawa daripada bilik ini.
YOU ARE READING
Please Forgive Me
FanfictionSaya tahu saya menjijikkan untuk awak... Saya tahu saya tak setaraf dengan awak... Saya tahu saya adalah kesilapan terbesar untuk awak... Tapi tolong... Tolong hargai... Hargai saya dan anak saya... Tolong Kim Taehyung... ➖➖➖➖➖ Saya sedar saya bodo...