Episdoe 9

286 40 0
                                    


Kelas matahari dengan Ji Hyo Seonsangnim sebaga Guru kelas. Dan di sana lah Tae In belajar.

Saat ini Ji Hyo Seonsangnim tengah memberikan tugas melukis dengan tajuk My Family lalu kemudian mereka semua akan di minta untuk menceritakan kisah keluarga mereka di depan kelas.

Tae In sedang menggoreskan crayon berwarna biru untuk menwarnakan langit serta menebalkan sisi luar rumah yang dilukisnya. Di sisi kanan rumah dia melukis ayunan kecil berwarna koko.

Manakala di sisi kiri rumah itu pulak dia lukiskan Patung Ryan iaitu Patung kesukaannya berserta sebuah buku kecil yang di pegang oleh Patung Ryan itu. Iaitu buku dongeng bertajuk Shrek yang selalu di bacakan oleh Ommanya sewaktu dia ingin tidur.

Dan di hadapan rumah pulak dia lukiskan tiga orang yang saling berpegangan tangan. Dan ketiga orang itu ialah Taehyung Appa, Tae In, Je In Omma.

Dua orang yang cukup bermakna dan penting di dalam kehidupan Tae In.

Setelah selesai, dia pun mengangkat kertas lukisannya dan tersenyum gembira melihat apa yang di lukisnya.

"Tae In nak tunjukkan lukisan ini pada Appa dan Omma! Pasti Appa dengan Omma suka dengan lukisan Tae In!"

Tae In pun melihat ke arah Ji Sung yang duduk di sebelahnya. Ji Sung sedang melukis sebuah Pokok dengan crayon berwarna hijau dan koko untuk batang Pokok. Dilihatnya kertas Lukisan Ji Sung penuh dengan robot.

"Ji Sung apakah semua ini adalah robot?"

"Yup Tae In! Robotnya dari luar negara!"

"Luar negara?"

"Ne, Appa saya selalu pergi ke luar negara. Dan kalau balik mesti dia akan selalu membelikan saya robot yang banyak"

"Awak tak sedih kaa Appa awak pergi luar negara?"

"Aniya! Omma saya kata Appa saya pergi luar negara untuk berkejar…dan pasti akan selalu balik dengan robot yang cukup banyak untuk saya selepas itu Appa pasti akan selalu ajak saya dan Omma keluar jalan-jalan"

"Jalan-jalan? Apakah Appa awak akan belikan awak Aiskrim?"

"Mestilah! Appa selalu belikan saya Aiskrim! Lalu Appa juga akan selalu bermain dengan saya! Serta Appa pasti akan menggendong saya di bahunya jika saya kepenatan atau tertidur" Kata Ji Sung dengan senyuman yang cukup lebar.

Manakala Tae In hanya terdiam mendengar kata-kata Ji Sung yang penuh dengan keseronokan.

Tae In berasa cemburu kerana Ji Sung dibelikan mainan oleh Appanya. Tae In juga berasa cemburu kerana Ji Sung selalu dapat keluar jalan-jalan bersama Appanya. Tae In juga berasa cemburu kerana Ji Sung selalu di gendong oleh Appanya.

Perlahan-lahan Tae In melihat semula kertas lukisannya dan melihat tulisan Taehyung Appa. Dia memuncungkan sedikit bibir kecilnya ke depan.

Appa tak pernah belikan Tae In mainan.

Appa tak pernah ajak Tae In dengan Omma keluar jalan-jalan.

Dan Appa juga tak pernah gendong Tae In.

Tae In hanya mampu memandang lukisannya dengan sedikit perasaan kecewa yang muncul di hatinya.

Akhirnya tibalah saat semua murid menceritakan lukisan mereka di hadapan kelas.

Ji Sung menjadi murid pertama yang bangun daripada kerusinya lalu menceritakan kisahnya di hadapan kelas. Murid-murid di kelas itu di buat kagum saat Ji Sung menceritakan jika Appanya selalu membelikannya mainan yang banyak setiap kali balik daripada luar negara.

Please Forgive MeWhere stories live. Discover now