Episod 20

447 39 8
                                        

Please listen to song :

Huh Gak : Don't Forget Me
G.NA : Because You Are My Man
V And 4 o'clock

Kota Seoul sudah hampir memasuki waktu 3 Pagi.

Tetapi seorang Namja yang berwajah tampan masih lagi berjaga. Tidak kunjung untuk tidur lagi. Entah kenapa malam ini dia berasa sangat susah untuk memejamkan kedua matanya.

Sudah banyak kali dia mengantikan posisi tidur, bahkan berulang kali juga dia cuba untuk memejamkan kedua matanya tetapi tetap juga dia tidak merasa mengantuk walaupun cuma sedikit.

Taehyung tidak pernah merasa seperti ini. Biasanya dia akan cepat tertidur apabila berasa penat. Namun, untuk kali ini kedua matanya masih lagi tidak boleh terpejam dan membawanya ke alam mimpi.

Sakit dan penat masih lagi menguasai dirinya.

Sakit di dalam dirinya apabila dia merasai perasaan yang semakin banyak menghempak hatinya.

Penat kerana dia asyik memikirkan sesuatu perkara.

Memikirkan sesuatu? Entah lah mungkin sekarang ini Taehyung boleh menyebutkan hal yang di fikirkannya itu lah penyebab dia tidak boleh tidur.

Kepalanya asyik di penuhi tentang perbualannya dengan Wonwoo di kelasnya. Membuatkan otaknya mencerna setiap perkataan yang di ungkapkan oleh Wonwoo.

Nasihat yang di berikan oleh Wonwoo. Kata-kata penyedar daripada Wonwoo yang menyebabkan sisi sebenar di dalam dirinya Taehyung muncul.

Sisi sebenar Taehyung yang tak pernah di tunjukkan oleh Taehyung pada orang lain.

Sisi penyesalan, rindu dan juga kehilangan.

"Je In…" mungkin ini sudah menjadi puluhan kalinya dia menggumam nama gadis itu.

Gadis yang di rindui olehnya.

Gadis yang dahulu selalu berada di sisinya.

Gadis yang sudah Taehyung cintai sejak daripada kecil lagi.

Tetapi hanya kerana perbezaan taraf sahaja.

Taehyung menyeksa Gadis itu.

Memarahinya. Memakinya. Memukulnya.

Air mata jernih mulai mengalir daripada hujung kelompok matanya.

"Tae In…"

Kali ini nama itu juga turut di ucapkan oleh Taehyung puluhan kali.

Taehyung meletakkan lengannya untuk menutup kedua-dua matanya.

Taehyung teringat semula mimpi di mana Tae In sudah meninggalkan dirinya untuk selamanya.

Teringat macam mana tubuh kecil itu yang tidak bermaya di atas katil. Yang di kelilingi peibagai wayar.

Membuatkan dia berasa sangat takut waktu itu. Terlampau takut.

"Je In…Tae In…"

Perlahan-lahan tangan Taehyung yang di letakkan untuk menutup kedua matanya terangkat dan lalu mengenggam bajunya. Tepat di bahagian jantungnya yang berdegup kencang.

Taehyung merasa sangat jahat sekarang ini.

Sekarang mungkin Taehyung sedang merasakan apa yang di namakan perasaan penyesalan, rindu dan juga kehilangan yang menjadi satu di dalam hatinya.

Taehyung semakin kuat mengenggam bajunya. Dadanya terasa sangat menyeksakan, terasa lebih menyakitkan, terasa kehilangan sesuatu yang cukup berharga di dalam hidupnya.

Please Forgive MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang