1"

3.3K 103 18
                                    

Aku terduduk di tepi jalan. Dalam cuaca hujan lebat, aku menangis sendirian. Kiri, kanan, depan dan belakang semuanya jalan raya yang kosong. Langsung tiada tempat berteduh.

'Macam mana nak hadap omma ngan appa? Keputusan makin teruk.' Getus hatiku.

Report kad di tangan, aku campak ke tengah jalan. Aku smirk dalam tangisanku apabila melihat report kadku mulai basah kerana hujan. Tidak lama kemudian, aku meraung bagai orang gila. Rambutku yang basah lencun aku serabaikan. Kemudian, aku menangis teresak-esak.

Aku yang menunduk, dapat melihat sepasang kaki berdiri di hadapanku. Aku merasakan badanku tidak ditimpa hujan lagi. Aku mendongak memandang makhluk berupa manusia di hadapanku, yang memayungkan aku menggunakan payung hitamnya.

Riak wajahku yang sedih serta-merta bertukar marah. Ya, aku marah melihat kehadiran orang ini.

Abang aku, Im Jaebum tersenyum memandangku sambil menghulurkan tangannya di hadapan mukaku. Walaupun dengan senyuman menawan dia, kekacakan muka dia dan segalanya yang sempurna pada luaran dia, aku tetap bencikan dia.

Sebab apa?

Sebab dia bisu.

Jujur aku cakap, aku tak pernah dengar suara dia. Yang menambahkan lagi benci aku pada dia, dia tak sekolah. So, dia tak pandai. Actually dia belajar. Omma upah tutor khas untuk ajar dia kat rumah.

Bagi aku yang sentiasa number 1 in all exams ni, aku tak pandang orang macam tu. Dari kecil lagi omma dan appa dah sematkan dalam hati aku, untuk sentiasa menjadi no.1.

No wonderlah aku benci dia.

Jaebum ditolak kuat olehku. Dia jatuh terjelopok di jalan raya itu. Mukanya kelihatan terkejut. Kami berdua mulai basah.

"Aku tak pernahlah nak anggap kau sebagai abang aku. Asal aku susah je muka kau yang muncul. Semak tau tak! Dahlah bisu! Bengap lagi! Pergi matilah!"

Aku herdik dia. Muka dia? Macam muka orang takut. Aku nak jaga hati dia? Memang taklah. Kesah apa aku.

Nafas aku turun naik menahan marah. Any memandangnya tajam. Tiba-tiba matanya membalas renungan tajam mataku.

'Oppa tak pernah mintak pon nak jadi macam ni. Walaupun oppa serba kekurangan, sekurang-kurangnya oppa masih mengaku Fara tu dongsaeng oppa. Oppa still ada tanggungjawab untuk jaga Fara.'

Riak wajahku berubah. Aku memandang sekeliling. Setahu aku hanya kami berdua je dekat sini. So, tadi tu suara siapa?

Tiba-tiba otak aku berfungsi untuk menafsirkan Maksud ayat itu tadi.

"Oppa? Suara kau ke tadi tu?" Aku bertanya.

Jaebum menunjukkan muka peliknya.

'Macam mana Fara boleh dengar kata hati aku?' Aku terdengar lagi suara tu.

"Suara.. s-suara tu! Oppa punya suara? Oppa.. dah boleh cakap?" Aku bertanya lagi.

Jaebum hanya menggeleng perlahan.

------

Ok, yang baru lagi Hoho
Mohon kecam paawee😂🔫

P/S: paawee da gna format baru! Mohon support paawee yehet!

🙋💕

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now