29"

377 41 13
                                    

[Fara]

Aku menongkat dagu merenung cikgu. Cikgu ni, membebel je kerja. Aku dapat tangkap beberapa ayat yang cikgu cakap.

"Semalam, saya ada suruh semua hantar buku nota sains. Dan semua orang dapat hantar. Cumanya Joshua, bangun." Cikgu suruh Joshua bangun? Sampainya hati cikgu. Die terlalu kacak untuk disuruh berdiri.

Aku memandang Joshua yang berdiri. Dia kelihatan blur. Cikgu berdehem beberapa kali.

"Saya nak tanya, dalam salah satu muka surat dalam buku nota awak tu, ada tulis 'Aku suka dia'. Boleh bagitau cikgu, siapa 'dia' tu?" Cikgu tersenyum nakal.

Joshua meneguk air liur. Kelas mulai kecoh.The8 memandangnya dengan matanya yang terbeliak. Kenapa The8? Joshua suka The8 ke? Pfft.

"Cepat Joshua. Masa berjalan. Ah ya? Fara? Dan Soonyoung?" Cikgu panggil nama aku dan Soonyoung?

Oh! Baru aku tersedar yang sekarang aku tengah berdiri. Aku pandang Soonyoung di kananku. Dia pon berdiri tapi kenapa? Dan kenapa aku pon berdiri?

Aku pandang Joshua Joshua di kiri aku yang sedang pelik melihat aku dan Soonyoung berdiri. Apa yang aku tengah fikir sekarang ni?

"Ya Fara? Awak nak apa?" Cikgu ulang lagi sekali. Aku nak apa? Ah, hentam jelah.

"Ermm, saya nak pergi tandas cikgu." Aku jawab.

"Dan saya nak tekan dia pergi tandas, cikgu." Ha? Ape dia merepek ni? Aku dah cukup besar untuk orang teman pergi tandas okey.

"Okey, cukup. Fara, boleh pergi tandas. Soonyoung, kami duduk. Ha, Joshua. Tak nak jawab soalan saya ke?"

Aku dah malas nak layan. Aku baru nak buka pintu kelas. Tiba-tiba..

"Cikgu! Saya nak jawab!" Dia menjerit membuatkan aku tersentak. Aku memandang dia yang turut memandang aku.

"Saya suka.. cikgu ??"

Ha?

Kelas serta-merta Senyap. Cermin mata cikgu pon jatuh.

Pantas cikgu tersedar dan mengutipnya kembali.

"Lawaklah kamu ni. Dahlah, duduk. Fara? Kamu tak apa-apa?" Cikgu bertanya.

Aku berpeluk mata untuk beberapa kali lalu perlahan-lahan mengangguk. Aku terus keluar dari kelas itu. Entah kenapa, senyuman aku tak boleh berhenti selepas tu.

Aku suka dia? Ye kot. Sebab dia suka aku.

——
[Joshua]

Aku tersengih di hadapan cermin. Kejadian tadi mula bermain di fikiran aku. Muka comel Fara yang terkejut bila aku nak bagitau cikgu tentang orang yang aku suka terimbas kembali. Comel. Tak tipu.

Sebab aku tahu yang dia tahu aku suka dia. Aku nampak senyuman dia waktu dia nak keluar kelas tadi.

Bukan nak perasan, tapi aku tau dia suka aku jugak.

Tapi aku ada saingan. Soonyoung. Kawan aku tu dah lama suka dia.

Aku bukan berniat nak mencuri, tapi hati manusia tak pandai menipu. Dan itulah hakikatnya. Mian, Soonyoung. Aku akan jaga dia baik-baik.

——
🙋💕

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now