41"

271 30 5
                                    

fara

aku tersedar selepas muka aku direnjis air.

badan aku tak boleh gerak. langsung.

"bangun pon kau"

aku kenal suara ni. pantas aku cari pemilik suara. jumpa pon

dia duduk atas katil dia. sebuah katil usang. aku pandang sekeliling, cuba mengenal pasti tempat ni. rumah kayu yang usang ?

hanya dengan joshua ?

"macam mana aku boleh ada kat sini ?"
aku tanya dia, blur.

dia mencebik.

"lembaplah kau ni. kau sedar tak diri kau kena culik ? pagi tadi, aku pengsankan kau masa kau baru keluar rumah nak pergi sekolah. tapi jangan risau. abang kau yang bisu tu dah tau dah yang kau kena culik" dia menjawab sinis.

aku ketap gigi menahan geram. dia kutuk abang aku ? hey abang aku tu aku sorang jelah boleh kutuk !

"kau kata abang aku bisu ? dia tak bisu lah !"

"oh aah. aku lupa yang kau ni boleh baca isi hati orang. so, isi hati aku kau dah boleh baca belum ?"

aku tersentak

aah. aku tak dapat lagi baca isi hati dia.

aku merenung dia yang tersengih.

tak. seriously aku masih tak dapat baca.

"aku tak suka kau" aku balas sinis, tapi sengihan dia melebar.

"aku tanya benda lain, kenapa jawab benda lain ?"

"aku tak suka kau !" aku hadiahkan renungan tajam kepada dia.

tiba tiba dia kelihatan marah.

dia bangun mendekati aku lalu menarik dagu aku menghadapnya.

"kau memang tak reti nak hargai perasaan orang kat kau ke apa ?" dia cakap perlahan, tapi serious menakutkan.

aku tak mampu nak lawan sebab tangan aku diikat. tapi sayang, joshua takdelah cerdik mana

dia tak ikat kaki aku

dengan itu, aku sepak kaki dia buatkan dia menjauhkan diri dari aku

"hoi ! kau ingat kau bijak sangat lah tu. mesti kau pikir aku ni tak bijak sebab tak ikat kaki kau kan ? ada sebab lah aku tak ikat kaki kau !"

"sebab apa ?!"

"sebab aku tak sanggup lah ! kan aku dah kata aku suka kau !"

aku tergamam. kata kata dia berjaya buat hati aku tersentuh.

eh tak boleh fara. tengok apa yang dia dah buat kat kau. dia dah gila

"habis, kenapa kau buat aku macam ni ? kau tak kesiankan aku ke ? tengok ni apa yang kau dah buat kat aku ni"

dia menunduk.

"sebab.. sebab kau tak pernah nak dengar. cara ni je boleh buat kau dengar. maaf"

kemudian dia bangun, menuju ke penjuru bilik. dia mengambil sesuatu lalu disorokkan ke dalam poket sebelum kembali mencangkung di depan aku.

"kau nak buat apa ?" aku bertanya dia lembut.

dia pandang tepat pada mata aku.

"maaf. aku terpaksa"

benda tadi dia keluarkan balik dari poket dia.
lalu didekatkan ke tangan aku.

benda apa ?

picagari yang tak tau isi kandungannya apa

tak sempat aku menghalang, dia mencucukkan picagari pada lengan aku.

serta merta badan aku terasa panas sebelum aku berasa lemah. aku dah tak boleh gerak. badan aku macam dah takde tulang.

angkat tangan pon dah tak boleh, nak pertahankan diri apatah lagi

apa dia cuba nak buat ni ?

___________________________

soonyoung

aku terduduk. penatnya.

bayangkan aku dah lari hampir dua jam, tak henti. memanglah aku atlet tapi jarak dia agak melucukan lah

salah aku jugak. patutnya aku naik bas atau teksi. tapi aku rasa dah nak sampai. macam familiar kawasan ni.

eh jap

macam familiar tapi tak. aku tak tau kawasan ni. tempat apa ni ?

ah sudah,

aku dah sesat.

fara, macam mana ni ?

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now