38"

415 34 6
                                    

sejak dari haritu, soonyoung dah janji dia akan jaga aku.

aku tak mintak, dia yang offer.

no wonder lah sekarang aku makin rapat dengan dia. sampaikan hubungan aku dengan somi semakin renggang.

tapi sini kata takpe, dia faham. so okey jelah kan ?

i guess.

"bae, nak gi rehat tak ?" somi datang menegur aku

"sorry, soonyoung ajak aku rehat dengan dia harini" muka dia nampak muram, tapi tiba tiba tersenyum sinis.

ah sudah,

"dah sejauh mana hubungan korang ek ?"

aku terdiam kejap. tatau nak jawab apa

hubungan ?

aku suka dia. tapi aku tatau yang dia suka aku ke tak. sebab aku tak boleh baca isi hati dia.

"kawan" seseorang menjawab. aku menoleh.

soonyoung..

kawan ? dia cuma anggap aku sebagai kawan dia je. yelah, memang patut pon kan ? kitorang kawan je

somi sekadar mengangguk sebelum tersenyum lebar

"okey, chaw !" dia pon beredar.

"kau nak jawab apa tadi ?" ah sudah aku nak jawab apa sekarang ni ?

"em.. bodyguard ?"

okey srs itu je yang aku terfikir buat masa sekarang ni

dia tersentak kejap

"okey kau pergi rehat sensorang" dia terus berlalu pergi.

dduh, majuk plakk

tak pasal aku pergi kejar dia, untuk pujuk dia.

→→→

soonyoung

kesian betul aku tengok fara ni. tadi dah kena marah dengan cikgu sebab buku berconteng.

yang peliknya, berconteng perkataan 'aku suka kau' dan tak lupa nama aku di bawak sekali, 'KSY'

entah apalah masalah joshua ni, aku dah siap bagi last warning dah kat dia.

sejak dari naik bas tadi, fara terus tertidur. disebabkan aku risau, aku teman dia balik rumah.

pemandu bas yang membawa bas dengan laju menyebabkan kepala fara terhantuk kecil pada tingkap bas.

disebabkan rasa kesian, aku menyandarkan kepala dia kepada bahu aku. dia kelihatan lebih selesa dalam keadaan sekarang.

aku tersenyum sendiri.

aku suka dia tapi aku tak rasa dia suka aku.

nevermind, aku takkan confess. cukuplah aku dapat jadi pelindung dia

macam keadaan sekarang.

→→→

fara

aku terjaga.

eh ? macam mana aku ada kat bilik aku ? setahu tadi aku dalam bas dengan kepala aku terlentok kat bahu soonyoung

ufufu. aku tau. aku tersedar kejap tadi.

aku terus keluar dari bilik, mencari jaebum oppa.

"oppa !" dia kelihatan terkejut.

"macam mana fara boleh balik ? setahu fara tadi fara tidur dalam bas"

jaebum oppa sekadar tersenyum.

"tulah, tidur mati lagi. tatau ke yang soonyoung.."

"jap, jangan cakap soonyoung yang angkat fara sampai bilik" aku potong kata katanya

dia semakin tersenyum.

gosh !

aku dah malu. betul ke dia yang angkat aku dari stesen bas sampai sini ?

aku terus lari masuk bilik, mencapai phone aku.

nombor soonyoung dicari dan aku call dia.

"hello ?"

"soonyoung, aku mintak maaf. aku tak sedar. asal kau tak kejut je aku tadi ? asal kau sanggup dukung aku sampai rumah ? asal kau baik sangat ?"

terdengar soonyoung gelak.

"maaflah, tapi aku takdelah sebaik yang kau sangka"

"ah ? maksud kau ?"

"kau nak cakap aku dukung kau sampai rumah ? mana ada. kau yang jalan sendiri dari sana. aku cuma tarik kau je, sebab kau jalan macam orang mabuk"

n o   w a y

ergh. malunya aku

perasannya aku.

jaebum oppa la ni.

"fara ? kau tengah malu ke
tu ?"

"ma- mana ada !"

dia gelak lagi

"aku tutup kang" aku gertak dia

"eh, jap. apa nama oppa
kau ?"

"eh ? jaebum, im jaebum"

"dia takleh cakap ke ?"

"aah, aku tak pernah dengar suara dia kecuali suara hati dia"

"oh, padanlah"

"ok lah, aku tutup dulu"

"ok bye"

selepas tutup panggilan, aku terus berlari mencari jaebum oppa

jumpa je dia, aku smack down dia. ok tak. aku tenung dia tajam. dia gelak, tapi dalam hati.

"oppa tak cakap eh. fara yang perasan. oppa tak habis cakap lagi kan ?"

ergh.

perlahan aku beredar dari situ, dengan muka dah blushing

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now