[Someone]
Aku tak rasa ini perkara yang betul, tapi aku tetap buat.
Maaf, Kwon Soonyoung. Aku tak nak Fara sukakan kau. Aku terus sambung menulis ayat 'aku suka kau.' Sehingga penuh satu kertas kemudian aku masukkan ke dalam sampul surat yang tertulis 'ksy.'
Dah ada 17 sampul yang dah siap. Aku tersenyum puas. Dan siaplah kerja turun harian aku untuk harini.
Untuk harini?
Yup, aku buat setiap hari. Dan aku masukkan ke dalam loker buku Fara. Saja nak buat dia annoying. Nanti dia akan benci Soonyoung.
Yup, benci Soonyoung yang tak bersalah dan bukannya aku.
——
[Somi]"Fara.." aku memanggilnya, perlahan. Dari tadi aku tengok dia berdiri tegak je depan loker dia selepas dia buka loker tu. Dia merenung sampul surat yang jatuh di lantai. Dan dia nampak menakutkan.
Orang yang lalu lalang, semua takut tengok Fara. Fara buat apa sebenarnya tu?
Aku terus menariknya pergi saat ternampak kelibat Soonyoung datang mendekati. Bahaya. Bahaya. Bahaya. Aku menariknya sampai ke kelas. Aku dudukkannya.
"Fara?" Aku memanggilnya dengan lembut. Dia hanya menunduk. Aku perasan air mata dia jatuh. Kenapa ?
"Somi.. aku takut. Aku takut kat Soonyoung." Laa.. alahai comel je kawan aku sorang ni. Takut kat sasaeng fan dia ke? Ergh! Comel je la kau ni Fara.
"Apa kau buat ni Somi?" Oh! Baru aku perasan. Ishh! Biadabnya aku! Kawan tengah menangis, kau pergi cubit-cubit pipi dia pulak. Dah, salah dia jugak. Siapa suruh comel sangat.
"Mian. Alah, kau ni! Takyah lah takut sangat! Dia takkan buat benda pelik kat kau pon lah! Setakat bagi surat je. Don't worry lah !" Aku cuba menasihatinya dengan cara sempoi. Baikkan? Mohon puji saya lebih-lebih.
Dia hanya mengangguk. Aku terpandang tangannya yang menggenggam erat hujung baju aku. Alahai Comelnya dia ni. Aku terus memeluknya, erat.
Terlambat senyuman pada mukaku.
——
🙋💕
YOU ARE READING
✔️ the voice | ksy
Fanfiction+ when an extra-ordinary people fall in love. © a seventeen fanfiction series