Balik sahaja ke rumah, aku menangis. Secara tiba-tiba. Nak tau kenapa? Sejak dari insiden kat kantin tu, orang menguyyo-uyyokan aku. Asal aku lalu je mesti terdengar 'uyyo uyyo'.
Dalam kelas pon sama. Aku yang tak boleh fokus, makin tak boleh fokus. Tak dapat ilmu apa pon harini. Baik tak yah pergi sekolah.
Jae Bum oppa membuka pintu bilikku. Melihat aku menangis, dia segera memelukku.
"Oppa. Kenapa Fara harini macam ni? Tak mungkin Fara dah jatuh cinta." Aku berkata tanpa disoal.
Jae Bum oppa segera melepaskan pelukan.
"Fara, sebenarnya tak salah pon jatuh cinta. Yang salahnya kalau Fara terlampau ambil serious. Fara tu kecil lagi. Banyak benda boleh buat. Tapi tak salah bercinta. Kalau sorang sampai tua, mesti tak boleh hidup kan?" Kata hati dia jelas kedengaran.
Aku mengangguk tanda faham. Jae Bum oppa tersenyum lalu keluar dari bilikku.
Aku sempat menangkap kata hatinya. "Jangan jadi macam oppa tau. Oppa dah biasa sorang-sorang."
Tersentuh hati aku mendengarnya. Itu membuatkan tangisanku semakin menjadi-jadi.
——
Siblings goals, yehett!
🙋💕
YOU ARE READING
✔️ the voice | ksy
Fanfiction+ when an extra-ordinary people fall in love. © a seventeen fanfiction series