27"

379 47 1
                                    

[Fara]

Aku lap rambut aku di hadapan cermin besar di dalam bilikku. Muka cantik milikku, aku tenung lama. Terimbas seketika kejadian tadi.

Flashback

"Kau suka siapa Joshua?"

Aku yang baru nak masuk kelas, terus terbantut. Tukan suara The8.

"Kau rasa siapa?" Haa.. tulah suara Joshua. Aku masih berdiri tegak di belakang pintu yang tertutup ni. Aku rasa tak elok aku dengar pasal ni, tapi aku tertarik sangat nak dengar. Dia crush aku kot.

"Nayoung" The8 meneka.

Tak. Aku tak rasa dia masih suka Nayoung.

Terdengar suara Joshua ketawa. "Kau tahu eh?" Eh? Takkanlah dia masih suka Nayoung?

"Betul ke kau suka dia?!" The8 bertanya lagi. Aku mendengar dengan khusyuk.
"Dulu je. Sekarang dah tak." Fuhh. Aku menarik nafas lega.

"Sekarang aku suka.."
"Siapa?"
"Cubalah teka."
"Ermm.."

"Lambatlah kau ni." Pfft. Paean muka The8 kena marah.

"Sabarlah. Nak tak la ni."
"Aku bagi jawapan teruslah."

"Ha, bagilah. Siapa?" Apakah, The8?

"Im Fara."

Laa.. dia suka Im Fara rupanya. Ingatkan siapa tadi. Tiba-tiba aku berasa jealous. Cantik sangat ke Im Fara tu? Jap, siapa Im Fara tu ek? Weyy!

Itu nama aku!

Aku gembira ke sekarang ni? Tapi aku tak tersenyum. Aku takut ke sekarang ni? Sebab aku menggigil.

Crush aku, suka aku.

Aku dah tak tau nak buat apa.

"Curi dengar pasal apa tu?" Seseorang datang lalu meletakkan telinganya pada pintu itu, seperti apa yang aku sedang buat.

INI. TAK. LAWAK.

Crush aku lagi sorang, Soonyoung, kau tak patut dengar benda-benda ni. Kau masih jahil untuk memahami.

Aku pantas menggeleng. Lidah dah kelu. Pantas aku berlalu pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang.

Boleh mati aku hidup macam ni.

End flashback

Aku masih termenung memandang mukaku yang semakin memerah. Aku blushing sebab apa ni?

Sebab Joshua suka aku ke?

Ke sebab Soonyoung tegur aku?

Terus aku pukul perlahan pipi merah aku tu.

"Jadi putih balik! Jadi putih balik!" Aku menjerit.

Aku merayu. Tolong jangan asyik blushing. Dah terlalu penat untuk cover.

--
[Soonyoung]

Aku terfikir tentang tadi.

Flashback

Aku menggosok belakang tengkuk ku. Aku hanya mampu melihat Fara berlalu pergi. Kenapa dia blushing sampai macam tu sekali?

"Seriouslah kau suka dia?! Tak silap aku Soonyoung pon pernah kata yang dia--"

"Aku apa?" Aku memotong kata-kata The8 setelah membuka pintu kelas. The8 terus kelu. Joshua hanya seperti biasa. The8 memandang aku seolah-olah dia takut kat aku.

Wey. Aku lagi takut tengok muka dia yang ketakutan tu.

"Korang cakap pasal apa ni?"
"Pasal siapa yang aku suka."
"So.. siapa?"

"Mana boleh bagitau kau." Eheh. Ini lebih. Ini rahsia kau ke rahsia Joshua?

"Kenapa kau nak tau?" Joshua bertanya.

"Tadi ada orang dah: terdengar."

"Siapa?" The8 pula bertanya.

"Im Fara." Selamba aku jawab.

Tapi respon diorang berdua tak mengecewakan. Dan muka Joshua mula blushing. Kenapa?

Eh jap. Tadi Fara curi dengar tentang crush Joshua. Dan dia blushing. Maknanya, sama ada Fara suka Joshua atau sebaliknya.

Aku berasa sakit hati lalu beredar dari situ.

End flashback

Erghh! Tangan aku pantas menconteng kertas di hadapanku. Kemudian aku koyakkan lalu ronyokkan dan campakkannya ke tepi.

Eh! Apa aku buat ni? Aku tampar diri sendiri. Takkan aku nak berebut Fara dengan Joshua? Dia jawab aku kot. Dan takkan lah aku nak mengamuk hanya kerana Fara? Sebab fikirkan hal tu, tamparanku di muka ku semakin kuat.

Tak, Soonyoung. Tak. Kalau sebelum ni, kau boleh tahan, kenapa tak sekarang? Kau mesti score periksa akan datang. Macam mana nak score kalau asyik fikirkan Fara? Kenapa baru sekarang aku jadi macam ni?

Baru sekarang?

Yup. Aku dah lama sangat sukakan dia. Sebelum dia perasan kehadiran aku lagi.

--

🙋💕

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now