fara
disebabkan semua kebosanan selepas tamat persekolahan, the8 ajak kitorang semua pergi hangout
aku merenung ke luar cafe sementara menunggu soonyoung balik dari tandas. manakala dua orang kat depan aku tengah bergaduh berebut popcorn yang cuma tinggal beberapa ketul. siapa lagi kalau bukan the8 dengan soona kan ?
tiba tiba aku tergamam
mata aku terpaku pada seseorang.
aku kenal budak tu.
lim nayoung !
aku berlari keluar dari cafe lalu terus memeluknya. eh betul kan ni dia ? takut jugak kalau aku salah orang. ah betul lah
aku eratkan lagi pelukan.
lama weh tak jumpa."s-siapa ni ?!" dia kelihatan terkejut.
aku melepaskan pelukan.
"akulah. Im fara !"
aku baru nak pout sebab dia tak cam aku. tapi aku segera kembali dipeluknya.
kuat. hampir putus nyawa aku
"omg ! nayoung !" soona menjerit kecil sebelum memeluk kitorang.
"somi !" nayoung turut sama terjerit kecil.
"ehem. panggil dia soona" the8 yang baru tiba segera membetulkan nayoung. nayoung kelihatan blur.
aku tersenyum kecil.
actually, aku boleh baca perasaan soona dengan the8. masing masing menyimpan perasaan tapi bila aku tanya dorang berusaha menafikannya.
aku pon malas lah nak masuk campur. masalah aku pon tak settle lagi. so pandai pandai lah dorang. heheh
"kau kan suka joshua ? sempat tak kau
confess ?" soona bertanya gatal. nayoung tersenyum nipisah lupa nak cakap. actually joshua sempat dikejarkan ke hospital selepas insiden tu dan koma untuk seminggu sebelum tersedar untuk beberapa hari. tapi akhirnya keadaan dia kembali tak stabil lalu meninggal dunia.
so ramai jugak dari kitorang yang sempat jumpa joshua. cuma aku tak sempat sebab aku pon dalam keadaan koma time tu.
"hm tak"
jawapan nayoung buatkan yang lain mengeluh.
"eleh tipu. kau sempat confess kan ?"
terima kasih pada deria aku, aku dapat dengar isi hati dia.
"aduh aku lupa pulak pasal kau ni" dia menepuk dahi.
"dia terima kau kan ?" aku tersengih nakal
soalan aku buatkan soona dengan the8 dah teruja
"ish biarlah aku cakap sendiri kau ni. aku pon dah reti cakap okey" dia mencubit pipi aku
adoi
"so macam mana nayoung ?" the8 pulak yang eksaited terlebih.
"so hm yelah dia terima aku. untuk beberapa hari sebelum dia pergi untuk selamanya" nayoung menjawab sambil menunduk buatkan kitorang bertiga serba salah.
tiba tiba dia angkat kepala dia semula
"so kau dengan soonyoung macam mana
pulak ?" entah mana semangat nayoung dapat, dia kembali jadi macam biasa."eh aku ? hm ntahlah. soonyoung kata kalau dia suka aku dia akan terus confess. so aku tunggu jelah. dan aku tak boleh baca isi hati orang yang aku suka. so aku tak tau apa dia fikir tentang aku. aku pon tak nak lah confess dulu. takut kena reject" aku jawab panjang lebar, alang alang nak mengadu nasib.
YOU ARE READING
✔️ the voice | ksy
Fanfiction+ when an extra-ordinary people fall in love. © a seventeen fanfiction series