36"

331 33 0
                                    

at last, aku tetap masuk kelas even sekolah dah nak habis

memang aku tak fokus lah sebabkan benda tadi. sesekali aku pandang ke arah fara

lepas habis sekolah, aku terus menuju ke tempat duduk dia. dia yang sedang kemas beg, aku segera tarik tangannya.

aku pon tak tau aku nak tarik dia ke mana. yang penting, jauh dari orang lain.

pelik, dia tak cuba menghalang. aku terus tarik dia, tanpa menoleh ke belakang

bila aku sedar, aku dah tarik dia sampai ke tepi padang sekolah.

akhirnya aku lepaskan tangan dia dan menoleh. dia kelihatan terkejut. laa, baru tau ke aku yang tarik dia dari tadi ?

dia ingin lari, tapi aku tahan bahu dia.

"tau tentang ni ?" aku tunjukkan sekeping sampul surat.

dia kelihatan tergamam tetapi mengangguk.

aku tersenyum sinis.

"ini semua.." aku bukak beg aku, dan terbalikkan ke bawah

"..bukan aku yang buat"

dia menekup mulut, kelihatan terkejut.

"ikut kau lah nak percaya ke tak. tapi kalau betul aku suka kau, aku akan
direct" aku terus berlalu pergi

"okey, aku percayakan kau. tapi tolong aku, aku takut"

langkah aku terhenti. aku menoleh lalu tersenyum mengangguk. dia sekadar membalas dengan senyuman nipis.

→→→

fara

aku menguap sambil berjalan memasuki pagar sekolah. ngantuk sangat. memang taklah aku dapat tidur lena lepas dapat tau perkara sebenar.

aku rasa serba salah kat soonyoung. aku benci dia tanpa sebab.

tiba tiba tanganku ditarik kasar oleh seseorang

"somi !" aku terjerit kecil

"ikut aku jap !"

"pergi mana ?"

"joshua dengan soonyoung tengah gaduh sebab kau"

ha ? gaduh ? sebab aku ?

w o w ✨

kami terhenti di satu tempat yang ramai orang sedang berkumpul

aku boleh nampak joshua dengan soonyoung. elok je bergaduh kt tengah tu. depan pintu masuk pulak tu. tak malu.

"aku tau kau yang buat, kau sengaja nak kenakan aku kan ?!" aku terdengar soonyoung menjerit.

mereka berdua masing masing dah berlebam di muka.

"kau cakap pasal fara ke ?" kata kata joshua buat jantung aku hampir berhenti.

asal nak mention aku ? semua dah bertepuk tangan. siap ada yang bersiul. tapi mereka berdua tetap teruskan aktiviti tumbuk menumbuk mereka.

"watak utama dah sampai
ah !" seseorang menjerit riang.

jap, aku kenal seseorang tu. jee lihoon. eh salah, lee jihoon.

dengan jeritan dia, semua menoleh memandang aku termasuk joshua dan soonyoung.

"err hai ?" srs aku tatau nak react apa.

tiba tiba cikgu lim datang.

"soonyoung, joshua ! bilik disiplin sekarang. yang lain bersurai dalam kiraan tiga"

semua termasuk somi terus berlari pergi dari situ. cuma aku je yang masih tercegat kat situ. cikgu lim sekadar tersenyum nipis memandang aku sebelum mengheret joshua dan soonyoung pergi.

aku srs terkejut

kenapa dorang gaduh sebab aku ?

→→→

aku terus berdiri sebaik sahaja joshua dan soonyoung keluar dari bilik disiplin.

"korang okey ?" mereka berdua kekal senyap.

heol.

tiba tiba tanganku ditarik joshua. serentak tu, soonyoung pantas menepis buatkan genggaman tangan joshua terlepas.

"pengirim surat tu joshua" soonyoung membisik ke telinga aku.

wait, w h a t ? !

pengirim surat tu crush
aku ?

aku menggeleng, tak percaya

"kau tau kan dia suka kau ? baik kau berhati hati" dia terus pergi.

tangan aku ditarik lagi oleh joshua. tho apa masalah laki ni nak tarik tarik tangan aku dari tadi ?

dengan perasaan marah, aku tepis tangan dia.

"jangan berani dekati aku!" aku terus tinggalkan dia kat situ.

teruk.

dia sanggup gunakan kawan dia sendiri. sampaikan aku tersalah membenci orang

dia yang sepatutnya aku benci.

→→→

sepanjang seminggu joshua dan soonyoung digantung sekolah, aku terasa aman

tapi,

segalanya tak lama.

selepas dorang kembali ke sekolah, surat yang aku dapat makin bertambah. dia kali ganda daripada sebelum ni.

ergh aku dah stress

tong sampah kat sekolah ni setiap hari penuh dengan surat aku tu.

memang tak lah aku dapat tahan lagi.






✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now