Hari ni, aku bersemangat. Bersemangat, sampai aku lupa nak bawak buku bio aku. Dahlah hari ni periksa bio. Nak tau sebab apa?
Sebab aku dah jadi orang baru.
Joshua? Aku dah tak kesah. Dia suka Nayoung. Shuh. Pergi main sana. Tapi.. Soonyoung aku tak pasti. Takyah lah cakap pasal dia. Blushing dah ni.
Aku meletakkan pensel selepas selesai menjawab kertas soalan kimia. Aku tersenyum puas.
Aku pandang Joshua di kiri. Eh, tak. Aku tak pandang pon. Diakan suka Nayoung~ So, aku pandang kanan aku. Wow! Soonyoung dah tidur. Pensel dia elok tersusun di atas meja dia menunjukkan dia dah habis menjawab. Budak ni even dia kuat tidur, dia boleh tahan pandai jugak tau.
Baru aku nak menoleh melihat Nayoung, seseorang menghempas pintu kelas dengan kuat sampaikan Soonyoung pon terjaga. Eh.
"Lim Nayoung! Datang ke hadapan saya sekarang jugak!" Cikgu disiplin itu menjerit.
Nayoung yang masih menjawab, segera berdiri lalu menuju ke hadapan. Sampai sahaja dia di hadapan cikgu itu,
Pang!
Aku tercengang. Kelas mulai kecoh.
Nak tahu tak?
Nayoung ditampar.
Dengan kuat, sampai Nayoung terjatuh. Nayoung memegang pipinya.
Aku tak tau nak buat apa. Tapi badan aku tau. Aku terus berlari mendapatkan Nayoung.
"Gwaenchana?" Air matanya mula mengalir di pipi. Aku memeluknya. Maaf, aku tak nak pun buat drama kat sini, tapi terpaksa. Tiba-tiba, Somi menuju ke arah kami.
"Songsaenim. Apa yang Nayoung buat sampai dia ditampar?" Somi dengan beraninya bertanya. Kelihatan cikgu tu dah genggam penumbuknya.
"Lim Nayoung, telah menceroboh bilik peperiksaan dan mencuri skema jawapan."
Aku tercengang. Satu kelas terkejut. Aku pandang Nayoung yang berada di dalam pelukanku.
Dia.. tersenyum sinis?
Aku tolak dia menjadi aku. Dia masih tersenyum memandang aku.
Siapa Nayoung ni, sebenarnya?
——
🙋💕
YOU ARE READING
✔️ the voice | ksy
Fanfiction+ when an extra-ordinary people fall in love. © a seventeen fanfiction series