Aku terbangun dari tidur dengan nafas yang tercungap-cungap.
'Mimpi ni lagi.'
Aku memandang jam loceng di sebelahku. Baru pukul tepat 3 pagi. Aku bertindak bangun dari katil lalu menuju ke bilik air.
Keluar sahaja dari bilik air, aku terus ke meja belajarku. Aku hanya belajar dengan hanya ditemani lampu belajar. Dari bio, fizik ke kimia, semuanya aku belajar dengan khusyuk sehinggalah terdengar ketukan di pintu bilikku.
Pintu bilik terbuka dan muncullah muka abangku Jaebum. Kelihatan dia masuk lalu tersenyum manis. Aku membalas senyumannya.
"Oppa, duduklah. Fara nak cerita sesuatu." Aku pelawa dia. Dia mengangguk lalu duduk di katilku yang masih tidak berkemas.
Jaebum menunjukkan muka minatnya untuk mendengar ceritaku.
"Fara mimpi waktu pertama kali Fara dengar suara hati oppa. Bukan sekali, tapi dah 3 kali." Aku mula mengadu.
Jaebum hanya tersenyum. Aku masih ternanti-nanti responnya. Tapi aku tak dengar apa-apa pon dari kata hati dia.
"Oppa?" Aku memanggilnya.
'Jomlah cerita pasal benda lain. Oppa tak suka cerita tu. Fara beruntung dapat belajar secara normal. Jangan jadi macam oppa. Oppa ni bengap.' Aku terdengar suara hati oppa.
"M-mana ada oppa bengap!"
'Fara yang cakapkan masa tu?'
Aku tersentak. Lalu menunduk. Oppa terus bangun menuju ke muka pintu. Sempat ditepuk bahu aku beberapa kali.
'Jangan sedih sangat. Oppa tak marah.' Kata hati oppa membuatkan aku sedikit sebanyak berasa lega.
--
Paawee pikir nak buat setiap chap pendek2 je. Bergantung kepada citer die lah. So, maybe citer ni bleh smpi 100 chap?
Hek hok. Moga anda setia bersama paawee.
🙋💕
YOU ARE READING
✔️ the voice | ksy
Fanfiction+ when an extra-ordinary people fall in love. © a seventeen fanfiction series