#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽
+I don't know how much time I have left+
-
[ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ]
Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari.
Hal...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
•••
Prologue
Suasana ketika itu sungguh suram dan gelap. Hujan mula turun renyai-renyai membasahi bumi.
Naura masih duduk menatap kubur abangnya yang baru dikebumikan sebentar tadi. Para jemaah dan orang ramai mula pergi meninggalkan tanah perkuburan.
"Maafkan Naura, Abang" sayu suara Naura. Ramai orang cuba menenangkan.
Naura masih menangis. Kadang-kadang meratap tidak dapat terima satu-satunya abangnya. Langit makin lama makin gelap. Puas ibu bapanya memujuk tetapi sedikit pun tidak terkesan pada Naura.
"Kenapa abang pergi tinggalkan adik" kata Naura dengan teresak-esak.
"Mama dengan Papa balikla. Naura nak teman abang" luah Naura lagi. Ibu bapanya saling berpandangan dan ambil keputusan untuk meninggalkan Naura disitu.
Adakah Mama dengan Papa dah lupakan Abang secepat ini? Kenapa diaorang tak menangis langsung?
Kemudian hujan yang renyai mula lebat sedikit demi sedikit.
Walaupun sakit dek terkena hujan yang jatuh menyembam bumi seperti batu Naura masih biarkan. Masih setia menatap kubur arwah abangnya.
Tiba-tiba hujan tidak lagi membasahi dirinya walaupun hujan masih lebat.
Naura mendongak kelihatan seorang lelaki berpakaian putih berkopiah putih tunduk memandangnya sambil mempayungkan Naura.
"Balikla, hujan ni. Nanti demam" kata lelaki misteri itu. Naura diam hatinya berdebar siapa lelaki ni? Masakan dia mahu berada di dalam hujan semata-mata ingin payungkan Naura? Di tanah perkuburan pula tu.
"Sudah-sudahla menangis. Lebih baik awak balik. Macam nak ribut pun ada." pujuk lelaki misteri itu.
Naura bangun lalu mengulung tikar yang dialaskan tadi. Mereka saling berpandangan cepat-cepat lelaki misteri itu mengalihkan pandangan.
"Ambil la payung ni. Saya pergi dulu" lelaki misteri itu menghulurkan payung pendua yang dipegang dari tadi kepada Naura. Selepas payung bertukar tangan lelaki itu terus meninggalkannya yang masih terpinga-pinga dengan kehadirannya.
Payung dibuka. Perlahan langkahnya meninggalkan tanah perkuburan. Punat kunci kereta ditekan. Baru saja ingin masuk ke dalam perut kereta. Bahunya ditepuk perlahan orang seseorang. Naura menoleh, kelihatan dua orang misteri. Sorang tersenyum sorang menunduk.
Lelaki tadi. Mungkin gadis dalam ini dalam belasan tahun mungkin. Dia menghulurkan buku sederhana saiznya kepada Naura. Tertera perkataan Surah Yasin di kulit bukunya.
"Sedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasin untuk abang awak. Balik nanti jangan lupa mandi dan jaga diri" kata lelaki misteri itu selepas Naura mengambil buku Yasin yang gadis itu hulurkan.
"Assalammualaikum, kami pergi dulu ye kak" kata gadis tersenyum itu.
Mereka berdua berjalan ke arah kereta yang tidak jauh dari kereta Naura. Naura terus masuk ke dalam perut kereta. Tudung seledang yang berada di kepala Naura betulkan. Dia mengeluh. Buku Yasin dia pandang.