Selepas sesi mendengar usrah yang Ibu sampaikan sedikit sebanyak terkesan di dalam hati. Naura diam. Termenung. Semua dosa-dosa yang dia lakukan menyinggah ke minda tanpa henti. Seolah-olah kejahilannya dulu terlalu teruk sehingga tidak ingat semua dosa yang dia lakukan.
"Akak" panggil Amira. Naura menghentikan ayunan buaian menggunakan kaki. Muka Amira Naura pandang. "Jom masuk! Amira nak bagi sesuatu kat Akak" ajak Amira. Tangan Naura ditarik lembut meluru masuk ke dalam bilik Amira.
Tak terlalu besar tak terlalu kecil. Semua susunan biliknya sangat elegan dan kemas. Lainla Naura bilik bersepah dengan buku assigment je. Naura melabuhkan punggungnya yang gebu di atas katil Amira yang empuk.
Masih memerhati Amira mengeluarkan sesuatu daripada almari. Naura bertanya "Amira nak bagi apa dekat akak ni". "Kejap-kejap!" balas Amira.
Satu kotak yang cantik bungkusannya dihulurkan kepada Naura. Naura membelek kotak itu dengan penuh minat.
"Amira bagi akak ke ni?" tanya Naura menginginkan kepastian. Amira mengangguk laju. Dia tersengih dan tersipu malu.
"Ha! Akak bukaklah!" kata Amira. Naura membuka bungkusan itu dengan berhati-hati takut terkoyak pula.
Kotak dibuka. Ada sehelai tudung dan baju muslimah terletak elok di dalam kotak. Naura membelek barangan itu dengan perasaan teruja.
"Cantiknya!" ujar Naura. Amira tersipu malu. Tak sangka Naura menerima hadiahnya.
"Amira jahitkan khas untuk akak." kata Amira lagi. "Kenapa jahitkan untuk akak?" tanya Naura pula.
"Aku bukan sesiapa pun bagi hidup diaorang" ujar Naura di dalam hati.
"Sebab kalau jahitkan untuk ibu, ibu dah ada banyak dah baju ngan tudung macam ni. Takkan la nak bagi Along. Along mana pakai" terang Amira.
"Apa pula Taehyung tak pakai. Nanti dia bagila dekat bakal isteri dia" kata Naura pula. Betul juga apa yang dikata.
"Akak la bakal isteri Along" balas Amira dengan tersengih. Lengan Amira Naura cubit. Dia mengosok lengannya yang terasa pijar.
"Takde maknanya" kata Naura.
"Kalau ada?"
"Takkan"
"Yeke ni?"
"Ye"
"Amira, dah lewat ni akak balik dulu tau" kata Naura mencari alasan untuk pulang padahal malas nak bertekak dengan Amira mengenai Taehyung.
"Ibu, Naura balik dulu la ye. Btw, terima kasih untuk hadiah ni, Amira!" ujar Naura.
Selepas menyalam Ibu dan Amira. Naura terus masuk ke dalam perut kereta meninggalkan perkarangan rumah Ibu.
Sebernanya, Naura tidak pulang ke rumah sebaliknya menuju ke shopping complex. Dia berjalan-jalan memcari baju yang ingin dibeli.
Satu kedai pakaian muslimah menyinggah di mata. Ditarik nafas sedalam mungkin. "Let bygone be bygone" kata Naura. Dia mengorak langkah masuk ke dalam butik pakaian muslimah.
Semuanya cantik-cantik belaka. Semua pakaian dibelek dengan penuh minat. "Ye, cik. Ada apa yang boleh saya bantu" tanya pekerja itu selepas melihat Naura sungul untuk memilih baju.
"Saya nak semua baju muslimah yang ini. Saiz M"
Selesai membeli baju, Naura beralih pula ke butik tudung. Lagi sekali dan situasi yang sama Naura rambang mata untuk memilih.
"Hish kalau aku beli shawl ni macam mana nak lilit? Aku dah la tak reti" omelnya sendirian. Di pusing lagi satu kedai mencari tudung yang sesuai dengannya.
"Ada apa yang boleh saya tolong?" tanya pekerja yang tiba-tiba saja muncul dari celah mana.
"Memang ada. Ada banyak yang awak kena tolong saya" balas Naura.
"Saya ni tak pernah pakai tudung. Hmm maybe pernah kot dah lama sangat tak berapa ingat. Saya nak beli tudung tapi tak tahu nak beli macam mana. Karang beli shawl tak pandai lilit pulak" kata Naura bagi menerangkan masalah kepada pekerja itu.
"Kalau macam tu cik pakai instant shawl. Senang je. Sarung lepastu yang ni masuk sini lepas pin bagi kemas." terang pekerja itu pula.
"Wah senangnya! Saya nak instant shawl ni semua. Colour lain-lain tau"
Naura keluar dari butik itu dengan perasaan penuh bangga. Tersenyum lebar memegang beg kotak yang bakal mengubahkan dirinya.
"Terima kasih Amira"
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Dragoste#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...