6; Pergi

477 61 0
                                    

4 bulan telah berlalu, Naufal semakin lama semakin tenat. Kata doktor tumornya telah merebak di semua tempat. Nampaknya rawatan kimoterapi sudah tidak berkesan dan Naufal kini sudah berada di peringkat ke-4.

Sudah tentu Mama dan Papa serta Naura sedih.

Naura duduk di tepi katil Naufal. Ditenung lama muka abangnya.

"Naura.."

Naura memandang muka Naufal.

"Naura..Abang nak air" pinta Naufal lemah.

Air dihulur. Naura turut membantu abangnya meminum air.

Pelik Naura, doktor kata Naufal sudah berada di tahap kritikal dan salah satu kesan sampingannya ialah kehilangan pertuturan dan penglihatan.

Penglihatan Naufal sudah hilang tetapi pertuturannya masih boleh didengari agak jelas walaupun kadang-kadang tak dapat dipastikan apa yang disebut Naufal.

"Naura, mama de..ngan papa ma..na?" tanya Naufal lemah.

"Papa kata diaorang otw. Kejap lagi diaorang sampai sebab sekarang jalan sesak" terang Naura.

Sumpah! Muka Naufal sangat pucat dan tenat.

"Abang rehatla, nanti mama dengan papa sampai. Jangan risau" pinta Naura.

Naufal memandang siling dinding lama. Matanya meliar memandang sekeliling.

"Naura.. abang...nak...Al-Quran".

Naura menghulurkan Al-Quran kepada Naufal dengan berlapik. Al-Quran yang bersaiz kecil didakap erat oleh Naufal.

Air matanya mengalir perlahan.

"Naura,

Dada aku sakit sangat.

Naura,

Boleh janji dengan aku tak?" tanya Naufal.

Naura memegang tangan abangnya. Air mata Naura mengalir deras. Naura mengangguk lemah.

"To..long..berubah.."

Naura mengangguk laju. Makin lama kuat esakan Naura.

"Kirim...salam..dekat mama dengan..papa..cakap dekat diaorang aku minta..maaf.."

"Aku sayang mama dengan papa. Doa..kan...diaorang...bagi...pihak..aku" kata Naufal dengan suara yang bergetar.

Kalimah syahadah mula meniti di bibir Naufal. Satu persatu disebut dengan lancar dan jelas.

Mata Naufal dipejamkan dan mesin nyawa berbunyi panjang.

Naura panik. Terus dia bangun dari kerusi.

"No! Abang! Please wake up! Bangun abang!

Please don't die!

Abang bangun! Tolong bangun!"

Mama dan Papa terus memeluk Naura yang baru sampai sebentar tadi.

Mama dan papa turut menangis.

"Ma, Pa abang dah takde. Abang tinggalkan kita. Sampai..hati abang tinggalkan kita. Abang janji abang taknak tinggalkan Naura... Abang jahat.."

_____

Sebelum Naufal dikebumikan, jenazah Naufal ditatap untuk kali yang terakhir. Ramai sahabat handai mencium dahi Naufal.

Suasana sangat hiba. Ramai yang mengalirkan air mata. Ramai juga kawan-kawan abang dari kelab volunteer kemanusian.

Mama mengucup dahi jenazah Naufal.

"Mama sentiasa halalkan makan minum Naufal..

Mama sayang...Naufal"

Papa pun mengucup dahi jenazah Naufal. Selama ni memang sukar untuk melihat papa menangis

Air mata papa jatuh menitik di atas muka Naufal.

"Papa dengan Mama tunggu Naufal dekat syurga"

Gilirin Naura pula. Naura yang teresak-esak menangis mencium pipi Naufal untuk kali terakhir. Muka Naufal berseri walaupun pucat.

"Naura...janji.."

Selepas Naufal dikebumikan. Suasana ketika itu sungguh suram dan gelap. Hujan mula turun renyai-renyai membasahi bumi. Naura masih duduk menatap kubur abangnya yang baru dikebumikan sebentar tadi. Para jemaah dan orang ramai mula pergi meninggalkan tanah perkuburan.

"Maafkan Naura, Abang" sayu suara Naura. Ramai orang cuba menenangkan.

Naura masih menangis. Kadang-kadang meratap tidak dapat terima satu-satunya abangnya. Langit makin lama makin gelap. Puas ibu bapanya memujuk tetapi sedikit pun tidak terkesan pada Naura.

"Boleh janji dengan aku tak?"

"Tolong berubah"

Naura menangis lagi tiap kali teringat pesanan abangnya. Makin lama esakan makin kuat kedengaran.

Mama dan Papa juga sudah balik meninggalkan Naura. Langit semakin gelap. Hujan turun renyai-renyai dan mungkin akan lebat selepas itu.

Tiba-tiba hujan tidak lagi membasahi dirinya walaupun hujan masih lebat. Naura mendongak kelihatan seorang lelaki berpakaian putih berkopiah putih tunduk memandangnya sambil mempayungkan Naura.

"Balikla, hujan ni. Nanti demam" kata lelaki berbaju melayu putih dengan berseluar slack hitam.

"Sudah-sudahla menangis. Lebih baik awak balik. Macam nak ribut pun ada." pujuk lelaki itu.

Naura bangun lalu mengulung tikar yang dialaskan tadi. Mereka saling berpandangan cepat-cepat lelaki itu mengalihkan pandangan.

"Ambil la payung ni. Saya balik dulu" lelaki misteri itu menghulurkan payung pendua yang dipegang dari tadi kepada Naura.

Payung dibuka. Perlahan langkahnya meninggalkan tanah perkuburan. Punat kunci kereta ditekan.

Lelaki tadi dan adiknya dalam belasan tahun mungkin. Dia menghulurkan buku sederhana saiznya kepada Naura. Tertera perkataan Surah Yasin di kulit bukunya.

"Sedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasin untuk abang awak. Balik nanti jangan lupa mandi dan jaga diri" kata lelaki itu selepas Naura mengambil buku Yasin yang gadis itu hulurkan.

"Assalammualaikum, kami pergi dulu ye kak" kata gadis tersenyum itu.

Naura terus masuk ke dalam perut kereta. Tudung seledang yang berada di kepala Naura betulkan. Dia mengeluh. Buku Yasin dia pandang.

"Kuatkan hati aku, Ya Allah"

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now