1; Malam

823 82 3
                                    

Keadaan di kelab malam sungguh bising dan bingit. Pelbagai lagu yang memekakkan telinga dipasang sekuat mungkin. Aisyah dan Maisara tidak ketinggalan untuk menari di sana sini.

Baju mereka yang singkat sehingga boleh merangsang nafsu syahwat menjadi tumpuan para lelaki di situ.

"Weh aku duduk dulu tau, penat la menari ni semua" kata Naura lalu meninggalkan ruangan menari. Dia duduk di satu meja di hujung sudut.

Semua orang tahu Naura dan kawan baiknya sangat liar. Nasib diaorang tak tidur dengan bukan muhrim je lagi.

Tiba-tiba ada tangan yang melingkari pinggang Naura. Dicium sekilas pipi Naura.

"Sayang, I dah lama tak nampak you datang sini" kata lelaki yang dikenali dengan Ian (bukan nama seberna).

Tubuh lelaki yang tegap tu Naura tolak kasar. Mulut bau longkang ada hati nak cakap dengan aku! Pipi yang dicium sekilas oleh Ian, Naura kesat kasar. Jijik dengan perlakuan Ian.

"Mampos la aku datang sini ke tak. Yang kau kecoh pahal?!" pekik Naura. Naura bingkas bangun lalu berjalan keluar dari kelab malam.

Laju dia mencari kunci kereta yang berada di handbag. Gotcha!

Enjin kereta dihidupkan maka Naura memandu meninggalkan kelab malam yang bingit tadi.

Setelah puas memandu Naura memberhentikan kereta di bahu jalan. Kereta dikunci tingkap di bukakan sedikit. Jalan lengang.

Sekotak rokok yang berada di dalam tas tangan dikeluarkan. Dinyalakan putung rokok lalu dihisap dengan penuh nikmat.

Makim dihisap makin banyak asap rokok keluar dari hidung walaupun pedih itulah yang Naura pilih.

Punat radio ditekan.

Menghitung menunggu mati,
Agar kau jumpa yang dinanti,
Semoga pemberianku ini,
Terbaik untukmu.

"Gila betul lagu ni, acah je nak mati putus cinta kena toreh pisau tahu nangis" ucap Naura lalu menghisap rokok lagi sekali.

Kedengaran lagu One Call Away di skrin telefon Naura. Iphone dicapai tertera nama Maisara aka Sara di skrin.

"Kau mana siaaaa, tinggal aku sesorang kat sini" marah Maisara.

"Malas la aku nak hadap muka beruk Ian tu. Geli duh!" balas Naura.

"Dah kul 3 lebih dah ni, aku nak balik karang bising pula abang aku tu" kata balas Naura lagi lalu mematikan panggilan.

Naura sambung pemanduannya balik rumah.

Tombol pintu Naura pulas lalu merebahkan dirinya di atas katil yang empuk. Mengeliat dia di atas katil lalu terlelap.

Naufal abang kepada Naura memerhati dari jauh perangai adiknya, Naura. Hatinya sangat pedih melihat kelakuan satu-satunya adiknya seperti itu.

Naufal mengeluh panjang. Disebabkan mama dan papanya tidak memberi pendidikan agama yang cukup kepada mereka. Adiknya sudah masuk ke alam maksiat.

Naufal kiranya bernasib baik mempunyai seorang sahabat yang menyedarkan dirinya tentang kekhilafan yang dia lakukan.

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.

۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَىٰ ۙ وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Naufal bergegas mengambil wudhuk lalu melakukan solat tahajjud sebanyak 2 rakaat serta solat hajat.

Dia menghajati supaya keluarganya dapat menerima hidayah Allah.

InshaAllah.

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now