Cuti semesta pertama telah pun bermula. Tidak seperti selalu kali ini Naura bangun awal kerana telah berjanji untuk menemani Ibu ke pasar. Ikutkan hati Naura tak mahu selepas puas dipujuk Naura akur.
Keadaan pasar agak sesak dengan manusia yang sibuk membeli belah. "Aduh, peliknya. Selama aku hidup ni first time aku pergi pasar"
Jika fikir logik, anak orang berada mana pergi pasar. Rumah pun ada pembantu rumah masakan Naura nak ke pasar.
"Dua singgit dua singgit!"
"Ikan murah ikan murah!"
Naura mengeluh perlahan. Kepalanya sudah pening dengan keadaan sekeliling. Kakinya juga sudah lenguh. Barang pun dah banyak dibeli. "Naura, boleh lagi ke ni nak jalan?" tanya Ibu setelah mengenal pasti wajah Naura yang sudah keletihan.
"Tak boleh dah, penat sangat ni" jujur Naura. Ikutkan hati tak mahu jujur tapi atas kefaktoran diri pun tak larat. Takkan nak paksa kan?
Jadi, Ibu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan Naura pun ikut sama ke rumah Ibu.
"Terima kasih la Naura sebab teman ibu pergi pasar. Maafla sebab susahkan Naura cuti-cuti ni" kata Ibu.
"Eh takpe. Apala sangat, pergi pasar je pun. Lagipun kat rumah tak buat pape. Mama ngan Papa pun busy sentiasa"
"Naura duduk la dulu, Ibu nak masak dulu"
"Eh. Kalau macam tu biarla Naura tolong".
"Assalammualaikum, Mira dah balik" ucap Amira di muka pintu.
"Ha baguslah Amira dah balik boleh tolong ibu" kata ibu sambil tersengih melihat wajah anaknya yang baru pulang dari aktiviti sekolah.
Naura akur dan duduk di sofa. Dia menjenguk-jenguk dari tempat duduknya. Kepalanya makin berat matanya makin kuyu. Sudah beberapa kali Naura menguap.
"Ibu! Taehyung tak balik kan?" tanya Naura.
"Cewah.. Akak rindu Along ke?" tanya Amira yang tiba-tiba menjawab.
"Nedela. Orang nak tidur kejap. Malu la kalau dia nampak".
Tiada balasan daripada mereka. Mungkin sedang kusyuk memasak.
Naura akhirnya terlelap di sofa dengan keadaan duduk. Kepalanya kejap ke kiri kejap ke kanan ke depan ke belakang. Mengantuk sungguh tu.
Kedengaran bunyi enjin motor dari luar rumah. Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah dengan ucapan salam. Beg sandangnya berlabuh di sebelah Naura yang disangka Amira yang sedang tidur. Tudung Naura menutupi sedikit wajahnya.
"Apa la anak dara ni tidur dekat ruang tamu" ucap Taehyung.
Taehyung menuju ke dapur bagi menghilangkan rasa dahaga tekaknya. "Eh Along bila sampai" tanya Amira.
"Bukan kau tidur dekat ruang tamu ke?"
"Bila pula? Dari tadi aku dekat sini"
"Habistu siapa kat situ?"
"Naura" kata ibu.
Taehyung terkejut. Dia bergegas semula ke ruang tamu untuk mengambil begnya tetapi
Naura sudah menjadikan beg sandang Taehyung sebagai bantal. Taehyung gelisah. "Macam mana aku nak ambil beg ni?" sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Ditarik perlahan-lahan beg itu tetapi masih tidak berjaya. Memacam idea cuba diperah agar tidak mengejutkan Naura yang sedang lena.
"Sah memang dah tak ada cara lain" kata Taehyung.
Dalam kiraan
1
2
3
Taehyung menendang sofa sekuat hati. Naura terus terjaga dengan terkejut. Tudungnya senget sedikit ke tepi dan mukanya sangat-sangat terkejut. Apabila dia melihat Taehyung sedang memandangnya.
Taehyung terus mengambil beg sandangnya sepantas kilat. "Sorry tak sengaja tidur atas beg awak" ucap Naura
Taehyung melarikan pandangan dan berkata perlahan "Tudung awak terselak". Naura cepat-cepat membetulkan tudungnya. Pipinya mula merah apabila mengetahui dia mendedahkan auratnya secara tidak sengaja kepada Taehyung.
"Kalau awak nak tidur, tidurla dekat bilik Amira"
"Se...bab tak sesuai awak tidur dekat sini"
Balas Taehyung.
"Sorry sebab kejutkan awak secara mengejut."
Lalu Taehyung terus masuk ke dalam bilik bersama beg sandang kesayangannya.
Pintu ditutup dan dikunci. Diketuk kepala di dinding perlahan. "Pahal dia ada kat sini?!!!!" guman dia perlahan.
"Naura, Naura"
Ucapnya perlahan bibirnya terukir senyuman.
Naura memegang dadanya lembut. "Kenapa berdebar sangat ni? Selama ni okey je".
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Romance#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...