16; Kahwin

449 57 3
                                        

Hari ini Taehyung tidak tidur di rumahnya. Dia tidur di rumah gengnya. Semua sedang kusyuk menonton tv tetapi tidak bagi Alif dia asyik termenung seorang diri.

"Awak cantik"

"Awak cantik"

"Awak cantik"

"Ambikla, saya boleh cari yang lain"

"Awak okey?"

Taehyung menampar pipinya berkali-kali. "Stop ah stop!" kata Taehyung tiba-tiba. "Dah la fik jangan fikir!" marah Taehyung pada diri sendiri. Mereka bertiga memandang Taehyung dengan pandangan pelik.

"Ni mesti berangan kahwin dengan Naura ni" kata Adam. Mereka bertiga tergelak sesama sendiri. "Nah rasakan" Taehyung menendang belakang Adam yang berada di depannya.

"Sakitla, adoii" kata Adam lalu mengosok belakangnya. "Weh cane weh rasa duduk dengan Naura berdua tadi?" tanya Aiman selaku mengusik. "Diam ah!" balas Taehyung dengan nada marah.

"Malu la, bodoh!" balas Taehyung lagi. Dia terus menutup mukanya dengan telapak tangan. "Pahal la harini asyik terserempak dengan Naura!" kata Taehyung lagi.

Amirul meletakkan tangannya di bahu Alif. "Ala fik, kitaorang takde niat pun nak tinggal kau sesorang tadi. Takde pakat pape pun" kata Amirul. "Haah betul tu" kata Aiman tanda setuju. "Tapi tula harini aku tengok Naura tu macam lain macam la. Nampak lain" kata Adam pula.

"Betul tu weyh! Tapi aku tak ingat la dia nampak lain tang mana" balas Aiman.

"Naura dah pakai tudung" kata Taehyung perlahan. Semua buat muka terkejut ala-ala beruk.

"Aah la dia pakai tudung harini!" kata Adam. Bila Taehyung teringat Naura memakai tudung makin hebat jantungnya berdegup kencang. Taehyung memegang dadanya. Mengurut dadanya perlahan agar kembali tenang.

"Naura nampak cantik" guman Taehyung perlahan. "Eleh aku cepuk jugak fik ni. Cakap perlahan-lahan pulak. Nasib baik aku baru korek telinga. Ye aku tahu Naura nampak cantik" kata Adam lagi.

"Mesti selama ni taik telinga bergunung" kata Aiman pula diikuti dengan ketawa Amirul. "Agak-agak ah aku tak sepengotor itu dong" kata Adam lagi.

"Eh Mirul, tadi aku nampak kau dengan Maisarah bersembang dekat perpustakaan tadi" kata Aiman.

Amirul buat muka gelisah. "Ala dia nampak ke?"

"Mak aii sembang apa siaaa, tak penah penah sembang ngan Maisarah" tanya Adam pula. Taehyung hanya mendengar sahaja.

"Bincang tentang sesuatu" balas Amirul selamba. Tetiba kepala Amirul kena head lock dengan Taehyung. "Bincang apa awak? Baik kau cakap" ugut Taehyung.

"Haah baik kau cakap sebelum kitaorang geletek kau" ugut Adam manakala Aiman buat muka creepy.

"Okey okey! Aku bincang pasal majlis kahwin" balas Amirul takut didirinya tidak suci digeletek dengan dua makhluk yang sewel.

"Ha? Majlis kahwin?" mereka bertiga pelik.

Kenapa pula majlis kahwin.

"Maisarah tu tunang aku, aku sebernanya berkenan kat dia. Tu yang aku bagitahu dia tu. Tak tahu pula dia suka aku juga. So, aku masukla minang. Cuti semesta nanti aku nikah." terang Amirul.

"Pai ti en tak bagitahu kitaorang" kata Adam acah-acah merajuk.

"Bukan taknak bagitahu tapi tunang kan kena rahsiakan".

Muka Taehyung mula berubah. "Mirul pun nak kawin dah. Aku ni bila nak confess"

"Alaaaa, fik kalau kau ada jodoh adala la tu. Takyah sesedih weyh" kata Amirul lalu memegang lembut bahu Taehyung.

Taehyung buat muka pelik. "Bila pula aku sedih. HAHAHHAHA. Aku tak cakap apa-apa pun".

"Memang la kau tak cakap, muka dah jelas cakap tanda kau sedih en"

"Nede, aku happy je. Well! Mirul dah nak kawin en" ucap Taehyung lalu menyiku lengan Amirul.

"Huhuks, janganla macam ni awak-awak semua malu tau!" kata Amirul pula. Malam itu dipenuhi gelak ketawa mereka.

_________________________________

Langit malam Taehyung pandang. Terukir senyuman di bibirnya tatkala teringat perbualan dia dengan Geng Abang Paling Hensem 🐸.

"Pahal duduk luar ni" tanya Adam.

"Saja"

"Teringat Naura?"

"Mungkin"

Keluhan Adam kedengaran.

"Aku tahu kau sayang sangat dekat Naura tu tapi.."

Taehyung berhenti mendongak memandang langit menoleh memandang Adam.

"lupakan la dia sekejap. Bukan maksud aku kau tak cintakan dia tapi sebab kau sayang dan cintakan dia la kau kena lupakan dia sekejap."

Bahu Taehtung dipegang Adam

"rosak hati nanti kalau asyik fikir tentang ajnabi ni"

"tepuk dada tanya iman"

Lalu adam berlalu pergi masuk semula ke dalam rumah.

"Izinkan aku lupakan Naura, Ya Allah"

[√] Naura AfifahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang