Naura bangun dari tidur turun ke bawah. Kepalanya terasa berat selepas menunaikan solat subuh. Dengan kudrat yang bersisa Naura gagahkan diri turun ke bawah mencari Taehyung.
Kelihatan Taehyung sedang memasak. Jam dikerling Naura.
Lamanya tidur dah nak pukul 12. Tubuh Taehyung dipeluk dari belakang. "Sorry, tak masakkan untuk awak lagi" guman Naura perlahan.
"Hmm...awak boleh duduk dulu tak dekat ruang tamu. Saya nak masak ni" jawab Taehyung dingin.
Pelukan dileraikan. Sah Taehyung merajuk! Naura mengatur langkah duduk di sofa. Dibaring tubuhnya lemah di atas sofa.
Taehyung merajuk
Taehyung merajuk
Taehyung merajuk
Taehyung merajukHanya itu yang berada di kepala Naura. Makin dia ingat tentang kemarujakan Taehyung lagi sakit kepalanya dibuatnya.
Taehyung duduk disebelah Naura yang sedang memejam matanya. Naura dengar Taehyung mengeluh.
Taehyung hanya senyap tanpa mengerakkan Naura untuk bangun. "Awak menyesal kahwin dengan saya?" tanya Naura tiba-tiba.
Taehyung memandang wajah Naura lama-lama. Dia senyap tak membalas. "Diam tandanya betul" kata Naura lagi.
Taehyung geleng. "Kenapa pula nak menyesal?" tanya Taehyung balik.
Naura tunduk taknak pandang Taehyung. "Lain kali jangan janji awak buat saya berharap
"Janji pun tak boleh pakai" bidas Taehyung.
Naura tersentak. Walaupun muka Taehyung tenang suaranya kedengaran dingin. Air matanya mula berada di tubir. Dia betul-betul tersentap dengan Taehyung. Bukannya dia sengaja. Dia tertidur.
"Ni kenapa nangis pula ni?" tanya Taehyung pedas.
Dada Naura terasa sesak. Sesak dengan tuduhan Taehyung. Akhirnya, Naura pengsan nasib baik sempat disambut Taehyung.
Tubuh Naura dicempung masuk ke dalam bilik. Dahi dipegang. "Panas" guman Taehyung.
Naura diselimutkan dan Taehyung bergegas mengambil besen yang berisi air suam dan kain kecil.
Kain kecil direndam dalam air suam lalu diperah. Diletak perlahan pada dahi Naura. Pipi Naura diusap. "Awak kecil hati dengan saya ke, Naura?" tanya Taehyung perlahan.
Taehyung tak bermaksud nak buat Naura terkecil hati tapi Naura dah janji semalam.
"Awak.. esok saya janji saya akan masak untuk awak. Kesian awak asyik masak je" kata Naura.
Taehyung tersenyum. Pipi Naura ditarik manja. "Yeke ni? Ntah-ntah tidur je lagi" bidas Taehyung.
Naura membuat muka toya "Perli je tahu. Ye saya janji" tangan kanannya diangkat seperti bacaan ikrar.
Taehyung tersenyum. "Saya tuntut eh, kalau awak tak buat siap awak" kata Taehyung tegas.
Tapi hakikatnya bila Taehyung menunggu Naura masak untuknya Naura masih tidak bangun. Nak digerak kesian pula.
Sekarang Naura demam pula. Taehyung termenung sendirian sambil tangannya memegang tangan Naura dengan matanya memandang night.
"Saya ni menyusahkan kan?" tanya Naura.
Taehyung memandang Naura yang baru terjaga. Taehyung tersenyum kelat. "Sikit" jawab Taehyung.
Naura tergelak palsu "Jujurnya" guman Naura.
"Dah tanya takkan nak tipu" balas Taehyung. Macam biasa masih dingin.
Naura bangun dari katil tetapi tangan ditarik Taehyung lalu Naura tepis kasar.
"Awak kenapa?" tanya Taehyung.
"Saya ni nampak kesian sangat ke kat mata awak?
Saya tahu saya ni menyusahkan sebab tu dari dulu lagi saya taknak awak kahwin dengan tapi awak tetap nakkan saya!" suara Naura mula meninggi.
Taehyung tersenyum sinis "So, awak nak kata saya tepuk sebelah tangan ke ni? Macam saya je terhegeh-hegeh dekat awak macam tu?!" Suara Taehyung pun turut meninggi.
"Bukan macam tu..
Saya tak layak terima semua ni. Awak sepatutnya beri kasih sayang awak dekat orang yang boleh jaga awak.
Saya tak mampu. Saya tak kuat. Saya lemah." suara Naura diperlahankan.
Taehyung terdiam. Nampaknya Naura betul-betul telah terkecil hati. Taehyung terus memeluk Naura untuk memujuknya.
"Abang minta maaf. Mesti sayang kecil hati dengan Abang."
Taehyung biarkan sahaja Naura menangis di dadanya. Taehyung menyesal dia tak patut buat Naura menangis.
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Romance#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...