3; Sentap

539 73 0
                                    

Naura dan Naufal sama-sama menikmati aiskrim di kedai aiskrim yang tidak jauh dari rumah.

"Actually, kenapa abang tetiba nak belanja aku?" tanya Naura sambil memasukkan aiskrim ke dalam mulut. Sedap!

"Saja la nak spend time dengan kau selagi ada masa" balas Naufal.

Ha? Selagi ada masa? "Kau nak pergi mana?" tanya Naura semula.

"Pergi jauh dari sini

Jauh sangat

Tapi dekat dengan Dia" ucap Naufal dengan tersenyum.

Dekat dengan dia? "Are you okey? Weh sori la kalau aku tengking-tengking kau dua tiga hari lepas. Kau pun satu mulut macam cibai" terang Naura selepas mendapati abangnya kelihatan aneh.

"Aip tak baik carut. Mencarut boleh mematikan hati. Kalau hati mati macam mana iman nak ada dalam hati? Kalau takde iman. Hidup jadi tunggang langgang.

Statistik menunjukkan 78% orang yang suka mencarut dapat pasangan yang suka mencarut. Lepastu nanti ...." tak sempat Naufal menghabiskan ayatnya dipotong laju oleh Naura

"Okey-okey, I'm sorry" pinta Naura tak mahu dengar Naufal membebel.

"Dengar ni baik-baik, lidah yang baik adalah lidah yang berzikir, membaca al-Quran, berkata benar dan mengajak manusia  kepada amal maaruf dan mencegah kemungkaran.

Sedangkan lidah yang buruk adalah lidah yang digunakan untuk mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Contohnya, mencarut" sambung Naufal dengan senyuman puas hati. Saja dia nak menyentapkan jiwa raga Naura.

Naura diam dan tersentap. "Okey, janji dah tak carut" kata Naura sambil mengangkat tanda sumpah dan tersengih.

"Dah jom balik".

Mereka keluar dari kedai aiskrim menuju ke tempat parkir. Langkah Naufal mula tidak terkawal. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Lagaknya seperti orang mabuk.

"Abang, kau okey tak ni?" tanya Naura meminta kepastian. Nampaknya Naufal betul-betul tak okey.

Naufal menepis perlahan tangan Naura yang memegang bahunya. "I'm okey, jangan risau" kata Naufal.

Belum sempat Naufal masuk ke dalam perut kereta,Naufal sudah muntah-muntah di longkang. Kejap-kejap muntah pastu muntah lagi dan lagi. Naura panik.

"Aku hantar kau pergi klinik?" kata Naura.

"Aku okey la"

"Okey apa dengan muntah tak habis-habis"

Naufal memicit kepalanya. "Naura drive. Abang nak tidur" kata Naufal lalu masuk ke dalam kereta.

Naufal tidur sepanjang perjalanan. Selama ni Abang okey je. Tak pernah pulak tengok abang sakit teruk macam ni. Selalu antibody abang kuat. Ada yang tak kena ke?

Naura memapah Naufal yang separa sedar ke dalam bilik. Diselimut abangnya. Naufal nampak sangat tenat dan penat.

Naura memerhati segenap ruang bilik abangnya. Cantik sama seperti dulu. Cuma dulu bilik Naufal bersepah tin bir tapi sekarang tersusun buku ilmiah dan terjemaah Al-Quran di rak.

Sejak bila abang berubah? Naura membaca risalah di atas meja Naufal. Banyak risalah di atas meja.

Save the Palestine

PRU 55 ROHINGHYA

Doa untuk Malaysia

"Rajin Abang jadi volunteer" guman Naura perlahan.

Diselak lagi risalah yang dibaca. Ada sekeping gambar di antara risalah. Ada 5 orang di dalam gambar termasuk Naufal.

Gambar mereka meletakkan tangan di bahu masing-masing dengan tersenyum lebar. Nampak gembira tentang sesuatu.

Gambar itu diterbalik ada tulisan. Mungkin tulisan Naufal.

"Janganlah engkau berduka cita. Sesungguhnya Allah bersama kita"

Surah At-Tawba, ayat ke-40

P/S: Stay Qowiy, mari kita bersama-sama fisabilillah dalam menegakkan Islam!

-Taehyung Fikri yang hensem :D

Nampaknya bukan tulisan Naufal. "Qowiy? Fisabilillah? Amenda tu?" kata Naura sendirian.

Naura susun semula risalah di atas meja Naufal lalu keluar dari bilik. Naura menghempas badannya di atas katil. Ditenung siling sedalam mungkin.

"Qowiy? Fisabilillah?"

Naura menaip perkataan itu dan menekan search.

Qowiy ialah kuat atau mantap. Apabila futur kita berasa lemah kerana itu ubatnya ialah menjadi qowiy. Kuat bukan dari segi fizikal tetapi dalaman.

Apabila nak berubah, kita kena lawan dengan diri sendiri yang lama. Contohnya dulu tidak menutup aurat. Kemudian mahu berubah menjadi muslimah. Tak mudah sebab akan ada pihak yang akan menjatuhkan semangat kita dengan pelbagai cara. Dari situ kita akan berasa futur dan untuk bankit semula kita kenalah qowiy.

"Ouhhh! Stay Qowiy tu stay strong rupanya!" ucap Naura teruja. "Deep juga contoh dia bagi ni".

Lalu Naura menaip pula Fisabilillah.

Fisabilillah adalah orang berjuang di jalan Allah dalam pengertian luas sesuai dengan yang ditetapkan oleh para ulama fikih.

Naura mula mengerti apa yang dimaksudkan dengan qowiy dan fisabilillah.

Naura meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Lalu melelapkan mata. Penat melayan Naufal yang sakit teruk sebentar tadi.

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now