"Assalammualaikum!" laung Naura dari luar rumah. "Ha, Waalaikumussalam. Masuklah Naura" kata Ibu tanda menjemput Naura masuk ke dalam rumah.
Kasut converse ditanggalkan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Kemudian dia duduk di dalam separa bulatan bersama dengan wanita dan gadis. Mungkin jiran tetangga Amira. Lengan Naura dipaut manja oleh Amira. Amira tersengih hingga menampakkan giginya.
Dia menarik Naura agar Naura duduk dekat dengannya. Kelihatan beberapa wanita dalam lingkungan umur seperti ibu berbisik sesama sendiri. Entahla. Mungkin sedang mengata Naura.
Naura seorang saja yang tidak bertudung dan berfesyen. Hanya mengenakan seluar jeans hitam dan baju merah berlengan panjang.
"Ehem, Assalammualaikum semua" kata Ibu yang sudah duduk di atas kerusi berhadapan kami semua.
"Semua sihat? Lama kita tak buat usrah macam ni
Tapi sebelum tu mari sama-sama kita kenal dengan saudari baru kita yang akan menjadi geng usrah kita" kata Ibu lalu menunjukkan Naura.
Naura bangun tersipu malu untuk memperkenalkan diri. "Saya Naura Afifah, 23 tahun."
"La Islam rupanya, makcik ingatkan kamu bukan Islam" kata salah seorang peserta usrah. Naura menunduk malu.
"Mah, tak baik cakap macam tu kecik hati dia" tegur Ibu kepada kawannya, Mah.
"Bismillahirrahmanirrahim, tanpa membuang masa. Ada sesiapa yang nak bertanya tentang kemusyikilan?"
Naura menangkat tangannya. Semua orang beralih memandang Naura. "Iman tu apa ?" tanya Naura menunduk.
Ibu tersenyum
"Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati.
Sedangkan menurut istilah, iman adalah:
تَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ.
Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan." kata Ibu
"Membenarkan dengan hati maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw."
"Mengikrarkan dengan lisan pula bermaksud, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat "Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah" (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad صلى الله عليه و سلم adalah utusan Allah)
"Seterusnya, mengamalkan dengan anggota badan maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.
Ada hadis yang menyebut siapa yang melihat kemungkaran di antara kalian, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim, 1/69).
Naura mengeohkan sahaja. Kini dia sudah faham tentang iman.
"Jadi kita beralih pula dengan 3 ujian dari Allah" kata Ibu lagi.
Ujian dari Allah?
Ujian?
Aku ingkatkan periksa je ada ujian dengan Tuhan pun ada ujian?
Jahilnya aku.
"Yang pertama adalah ujian bala
Maksudnya seseorang itu dikenakan bala ke atasnya untuk tujuan penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah" kata Ibu
"Yang kedua ialah ujian nikmat
Maksudnya seseorang itu dianugerah nikmat kekayaan, kekuasaan, pangkat, kepintaran dan sebagainya.
Kadang-kadang nikmat diberi berlebihan kepada orang yang kufur tapi kesemuanya mengandungi nikmat dan pengajaran tersendiri" terang Ibu lagi.
Naura berdehem. "Maaf bertanya, kufur tu apa?"
"Kufur tu tidak percaya kepada Allah dan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (saw)" terang Ibu
"Jelas, Naura?" tanya Ibu dengan nada lebih lembut. Naura sekadar menangguk.
"Ujian yang ketiga ialah Istidraj"
Istidraj? Sumpah tak pernah dengar
"Maksud istidraj ialah nikmat yang diberi kepada seseorang secara terus menerus lupakan Allah. Ianya 'nikmat' yang diberikan sebagai tanda kemurkaan Allah terhadap hamba tersebut. Akhirnya hamba itu akan terus bertambah lalai dan hanyut dengan nikmat yang dimiliki"
'Nikmat' yang diberi tanda kemurkaan.
Naura tersentap lagi. Jadi selama ni fikiran dia salah.
Aku tak solat aku tak mengaji tapi aku kaya aku pandai aku hebat
'Nikmat' tu semua untuk terus aku lupakan kewujudan Dia.
"Hati-hati ya, ujian nikmat boleh bertukar menjadi Istidraj jika seseorang itu lalai dan leka dengan anugerah pemberian Allah" sambung Ibu lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
[√] Naura Afifah
Romance#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...