14; Seksi-Kawan-Buku

360 56 0
                                    

Plastik sampah Naura genggam.

"Tarik hembus. Tarik hembus" kata Naura. "Fighting Naura!" kata Naura bersemangat di dalam bilik. Plastik hitam Naura kibarkan. Pintu almari Naura buka. Terserlah semua baju-baju Naura yang mengundang dosa.

Satu persatu baju Naura cabut dari hanger. Walaupun baju ni semua mahal-mahal. Keredhaan Allah itu lebih penting. Semua baju Naura sumbat dalam plastik hitam yang besar saiznya.

Naura tepuk tangannya gembira dengan kejayaannya. Plastik hitam diikat kemas. Lalu diseretnya turun ke bawah. Mama dan Papa serta Acik Teha memandang pelik plastik hitam besar yang Naura seret turun ke bawah.

"Apa tu Naura!" tanya Mama dengan nada terkejut. Jangan risau Naura tak bunuh orang letak dalam plastik sampah. Sky juga memandang plastik hitam yang besar itu dengan pandangan pelik.

"Baju la, Ma" balas Naura ringkas. "Naura buang semua baju?" tanya Papa pula. Naura angguk.

"Baju ni semua mengundang dosa. Kesian dekat papa kena tanggung dosa Naura sebab pakai seksi-seksi. Abang pun sama." kata Naura. "Kalau Naura pakai seksi mesti Abang kena seksa" sambung Naura lagi.

Mama dan Papa saling berpandangan. Mungkin mati kata dengan kata-kata Naura. "Habis tu Naura nak pakai apa?" tanya Mama pula. Naura tertawa halus.

"Pakai daun"

"Pikir kelakar lah tu" balas Papa.

"Hahahah, Chill la. Naura dah beli baju yang cukup kain." kata Naura lalu memberi wink kepada kedua ibu bapanya.

Mama dan Papa Naura sangat terbuka dengan hal-hal macam ni. Tak kisahla nak jadi apa pun asalkan tak buat perkara yang tak elok. Mama dan Papa merupakan orang yang baik. Tak lokek dengan harta. Sering melakukan kebaikan. Tak pelik la Mama dan Papa Naura orang yang berjaya.

Mama Naura take over syarikat atuk dan Papa pula buka syarikat sendiri. Kiranya Naura ni anak orang senangla.

Tapi itula, mereka baik tapi satu je mereka sombong. Sombong dengan Allah. Tak pernah menadah tangan mensyukuri nikmat yang diberi kepada mereka.

_________________________________

Naura masuk ke dalam dewan kuliah 15 minit awal. Semua memandang Naura dengan pandangan pelik. Naura duduk di tempat biasa. "Naura" panggil seseorang. Naura menoleh memandang perempuan yang menampakkan lesung pipitnya. Automatik Naura tersenyum. Dia duduk disebelah Naura.

"Wah dah pakai tudung" kata Maisarah. Dia membelek tudung yang Naura pakai.

"Kau pun sama" balas Naura. Sesuasana mula menjadi kekok. Sebernanya sejak Maisarah mula bertudung Naura mula menjauhi Maisarah. Kata Naura nanti orang membanding-bandingkan mereka berdua.

Hampir 7 bulan jugalah mereka tidak bertegur sapa. "Kau sihat?" tanya Maisarah. "Aku sihat, Alhamdulilah" balas Naura.

Suasana senyap semula. "Aku rindukan kau" ujar Naura.

"Hurmm.. Naura" panggil Maisarah.

"Apa"

"Aku rindukan kau"

Naura tersenyum lebar lalu memeluk erat sahabatnya dari sekolah menengah. "Aku pun" kata Naura.

Maka mereka bersahabatlah semula.

_________________________________

"Naura, aku nak pergi tandas. Kau pergila dulu perpustakaan" kata Maisarah lalu berlalu pergi ke tandas.

Naura mengangguk faham. Dia mengorak langkah menuju ke perpustakaan.

Beg sandang dia letak di rak. Mengeluarkan barangan yang penting sahaja.

Naura mengatur langkah ke rak-rak buku. Dia mencari buku yang hendak digunakan. Tiba dia satu lorong rak. Kawasan itu hanya ada beberapa orang saja. Dalam 3 orang. Naura berjalan perlahan sambil memerhati buku-buku yang disusun rapi.

Sehinggalah Naura berdiri di sebelah seorang lelaki. Lelaki itu juga seperti Naura mahu memilih yang mana satu.

"Ha jumpa pun!" kata Naura. Naura memegang buku itu dan secara tak sengaja lelaki itu juga turut sama mahukan buku itu tetapi dia terpegang tangan Naura.

Masing-masing menarik tangan sepantas kilat. Naura toleh memandang lelaki itu. Taehyung Fikri.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja." Taehyung menunduk meminta maaf. Nampaknya dia sedikit pun tak berani nak pandang Naura. "Saya betul-betul tak tahu awak nak buku tu" kata Taehyung lagi.

Naura menghulurkan buku yang Taehyung inginkan. Taehyung mendongak memandang Naura. "Ambikla, saya boleh cari yang lain" kata Naura sambil tersenyum.

Taehyung mengambil buku itu walaupun teragak-agak. "Terima kasih" ujar Taehyung.

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now