5; Taehyung

514 65 2
                                    

Naura masuk ke dalam wad vip abangnya. Semua figura yang tidak dikenali Naura berada di situ. Mereka kelihatan agak rapat dengan Naufal. Semua mata memandang tepat ke arah Naura.

"Er...Assalammualaikum" ucap Naura selepas menyedari semua macam iman muda.

Salam Naura dijawab. Naura memandang abangnya dengan pandangan diaorang-ni-siapa?

"Itulah, adik aku."

"Hai! Kitaorang semua kawan abang awak" kata salah seorang dari mereka. Nampaknya pasti dia suka berseloroh.

Naura tertunduk malu. Takdela malu mana cuma tak selesa kerana dia seorang perempuan. Tidak bertudung pula tu.

"Mama dengan papa tak dapat datang melawat harini. Busy sangat." kata Naura.

"Hmmm.okey"

"Takpela kalau macam tu, aku nak keluar dulu. Have fun." lalu Naura keluar dari wad vip.

Naura terus ke kedai hospital untuk membeli beberapa snek untuk alas perut. Ikutkan hati nak je bedal buah yang bagi dekat Naufal tadi. Terbantut pula selepas kawan-kawan abangnya datang melawatnya.

Naura duduk di satu bangku panjang. Snekku Tam Tam menjadi kudapan petang yang hening ini. Mata Naura liar memandang pesakit dan ahli keluarga mereka menghabiskan masa di taman bunga.

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan dirimu

Rangkap lagu bila waktu telah berakhir nyanyian opick menyinggah ke telinga Naura. Naura bangun mencari punca suara yang menyanyikan bait kata lagu itu dengan penuh perasaan.

Tidak jauh dari Naura. Ada seorang lelaki bersama gitarnya kusyuk menyanyikan lirik lagu tersebut.

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

Naura menepuk tanganya tanda kagum dengan nyanyian lelaki itu. Dia menoleh dengan riak terkejut. Lelaki yang memakai t-shirt hitam putih berseluar jeans hitam berkasut converse hanya memandang Naura dengan pandangan aneh. Naura nampak begitu teruja.

"Wah! sedapnya suara awak! boleh jadi artis ni" ucap Naura dengan bersemangat.

"Terima kasih" kata lelaki itu dengan tersipu malu.

"Nama saya Naura!" kata Naura lalu menghulurkan tangannya.

Lelaki itu hanya memandang tangan Naura. Lama Naura menunggu dan Naura termalu sendiri selepas menyedari salamnya tidak disambut.

"Ouh. Tak touch perempuan eh? Sokay" kata Naura lalu mengosok lehernya bagi cover malunya.

Lelaki itu tersenyum tawar. Dia mengangguk.

Suasana mula menjadi awkward.

Tiba-tiba kedengaran seorang wanita terjerit-jerit meminta pertolongan.

Mereka berdua terkejut lalu melihat apa yang berlaku.

Kelihatan seorang lelaki yang tinggi dan sedang-sedang saiznya mengacu pisau di leher seorang gadis melayu. Ibunya menangis dan merayu anaknya dilepaskan.

Wah! Dekat hospital pun nak tunjuk samseng? Kena ajar ni!

Naura mendekati penjenayah itu tetapi ditahan oleh lelaki itu. Terlupa pulak aku duduk dengan dia tadi!

"Awak nak buat apa?" tanya lelaki itu panik.

"Nak goreng jagung boleh jadi popcorn. Lepastu boleh tengok drama dekat sini" kata Naura dengan loyar buruk.

"Jangan cuba nak jadi berani. Awak tu perempuan" balas lelaki itu.

"Kalau macam tu biar saya jadi lelaki sebab saya berani".

Naura melangkah mendekati penjenayah itu. Gadis tebusan pula telah lama menangis di situ.

"Lepaskan dia"

Lelaki itu tertawa sinis. "Aku akan lepaskan dia kalau kau bagi aku RM 1000 000"

Naura tertawa halus. "Boleh dengan syarat lepaskan perempuan tu dulu"

"Kau tak payah nak ajar aku la sial!"

"Sebab kena ajar la saya nak ajar awak ni. Supaya jadi manusia yang berguna" Naura tersengih.

Naura menapak selangkah ke hadapan. Muka lelaki itu mula cuak. Dia menolak gadis yang menjadi tebusannya jatuh ke tanah.

Dia mengacukan pisau ke arah Naura hampir sahaja terkena muka Naura.

Naura mengelak lalu menjatuhkan lelaki itu dengan sekelip mata sahaja. Naura terus duduk di atas lelaki tersebut dengan mencekak belakang lehernya.

Lelaki misteri tadi hanya memerhati Naura. Tak sangka Naura seberani itu.

"Ha tengok apa lagi? Tolong la!" pekik Naura memarahi lelaki misteri

Dia pun menolong Naura memegang lelaki itu. Selang beberapa minit kemudian, polis datang menangkap lelaki tak guna itu. Sekian.

Selepas mendapati penjenayah itu diberkas polis Naura terus pergi dari situ. Duduk satu bangku. Siku Naura berdarah barangkali terseret ketika pergelutan tadi.

"Ouch, sakitnya"

"Nah" dia menghulurkan kotak first aid kecil.

"Pergi basuh dulu luka tu lepastu letak detol lepastu letak iodin lepastu letak kapas lepas.."

"Tahula, lepas tu tampal dengan plaster awak yang comel ni" balas Naura pula. Rimas dengar penjelasan dia yang panjang lebar.

Semasa Naura membersihkan lukanya sendiri, Naura tersenyum sendiri. Yelah, si dia tu dah la kacak caring pulak tu. Hiks. Gatalnya Naura!

Naura bangun meminta diri.

"Saya balik dulu dah lewat dah ni" lalu memandang jam tanganya sekilas.

Dia mengangguk. "Bye, jaga diri"

Naura mengangguk faham.

Setelah beberapa langkah berjalan "Selamat berkenalan Naura! Saya Taehyung Fikri" ucap Taehyung lalu melambai tangannya.

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now