"Mama, Papa" panggil Naura bagi memecahkan kesunyian makan malam. Jujur selepas pemergian abangnya suasana di rumah sungguh sunyi.
"Ye, kenapa Naura" tanya Mamanya pula. Naura diam tak pasti macam mana nak beritahu hasratnya.
"Naura nak duit bagitahu papa. Nanti papa bagi" kata papanya pula.
Naura mengeluh. "Naura bukan nak duit la. Naura nak bagitahu sesuatu je"
"Ya, anak papa ni nak bagitahu apa?" kata papa dan mama menanti pemberitahuan Naura.
"Boleh tak Naura nak pergi rumah Ibu setiap hari Khamis. Ada usrah" kata Naura sambil menunduk.
"Ibu?" kata Mama pula. "Ibu mana ni?" tanya Papa pula.
"Naura kawan dengan anak dia. Anak dia baru 16 tahun. Ntah la budak tu rapat sangat dengan Naura. So, dia ajakla datang rumah. Naura kenal-kenal la dengan mak dia. Mak dia suruh panggil ibu. So, Naura pun panggil la ibu" terang Naura panjang lebar.
Papa tersenyum. "Ibu biasa ke ibu bukan biasa-biasa?"
Mama tertawa halus. Naura pula terpinga-pinga. "Ibu biasa ke ibu bukan biasa-biasa?"
"Maksudnya?" tanya Naura semula. Yelah pelik pula bunyinya. "Ke Ibu tu calon ibu mertua?" kata Mama pula tanda menyakat.
Terus tersedak Naura dibuatnya. Air ditepi diteguk bagi melegakan tekak. "Merepek je Mama dengan Papa ni. Anak dia pun Naura tak kenal" balas Naura. "Mula-mula memang la tak kenal. Lama-lama kenal la tu" usik Mama lagi.
"Hurm...takpelah Naura dah kenyang. Naura naik atas dulu eh. Nak siapkam assignment." kata Naura lagi. Pinggan dibawa ke dapur.
"Eh, Naura. Kenapa tak tinggalkan je pinggan kat situ. Nanti Acik Teha kemas" kata pembantu rumah yang setia berkhidmat untuk keluarga Naura.
"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" kata Naura diikuti dengan tertawa halus.
Kata-kata Naura diberi cubitan manja dari Acik Teha. "Auch! Sakitla. Suka ceni tau!" kata Naura lalu ketawa.
Naura terus ke tingkat atas meluru masuk ke dalam bilik. Kerusi belajar diduduk kemas. Laptop dipasang maka sesi menyiapkan assignment bermula!
Sudah hampir satu jam setengah Naura menyiapkan tugasannya. "Hmm.. Penatnya rehat jap ah"
Iphone di tepi di capai. Data dihidupkan. Keluarlah segala mak nenek notification keluar memecahkan kesunyian Iphone. Nasib baik tak hang.
Semua notification Naura scroll satu persatu. Tertera nama Amira
Nama Amira ditekan.
Assalammualaikum! Jangan lupa datang tau esok! Ada usrah! 💕💕
Naura tersenyum
Waalaikumussalam. Okey.😁
Tiba-tiba Naura teringat
"Ibu biasa ke ibu bukan biasa-biasa?"
"Mula-mula memang la tak kenal. Lama-lama kenal la tu"
Cepat-cepat Naura mengelengkan kepala apabila teringat akan Taehyung Fikri si lelaki pelik.
"Saya tahu awak suka saya, tapi janganlah cari saya sampai rumah" kata Taehyung selepas menyedari Naura masih memandangnya.
"Manada! Ntah-ntah awak yang suka saya sampai ikut saya sampai sini!" balas Naura pula.
"Ha apa-apa? Saya ikut awak? Aduhai, ni rumah saya tau." kata Taehyung lagi. "Alamak" Naura mati kata selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Taehyung.
Naura tunduk. Pipi mula membahang. Ditampar pipi berkali-kali.
"Stop la Naura! Jangan ingat lagi! Malu weh malu!" kata Naura lalu memegang pipinya yang terasa pijar akibat menampar diri sendiri. Terbit rasa simpati di dalam mimpi.
Sky melompat duduk di atas meja Naura. Digesel kepalanya manja di lengan Naura. Kepala sky diusap manja lalu dipeluk kucing kesayangannya.
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
Ting!
Naura membuka whatsapp.
Nombor yang tidak dikenali.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (65:4)
-Taehyung
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Storie d'amore#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...